Kenderaan bergerak perlahan di jambatan Sg Semenyih Lebuhraya Utara Selatan Arah Selatan


Bermula jam 4.30 petang ini kenderaan  Lebuhraya Utara Selatan di jambatan Sungai Semenyih arah selatan telah bergerak perlahan. Ketika artikel ini ditulis kadangkala kenderaan berhenti menunjukkan kesesakan untuk pulang ke selatan tanahair menyambut Hari Raya Aidiladha esok.

Pemerhatian ini aku lakukan daripada base station yang dapat melihat pergerakan kenderaan yang perlahan. Cuaca pada ketika ini mendung dan kemungkinan besar akan ribut petir berdasarkan ramalan cuaca.

Kepada pemandu yang pulang berhari raya berhati-hati ketika memandu. Semoga selamat sampai dan berjumpa orang yang tersayang.

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada muslimin dan muslimat.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...