Blog yang penuh kontroversi


Hari ini di facebook ramai rakan ham sedang memperkatakan tentang sebuah blog yang berani menulis tentang hobi radio amatur.

Blog bertajuk Aku Benci Radio Amatur dengan alamat http://akubenciradioamatur.blogspot.com/

Apa yang menarik tentang blog ini adalah luahan seorang isteri yang tidak puas hati tentang hobi ini oleh suaminya.

Ironinya beliau turut mempunyai callsign dan sanggup menuduh bahawa hobi ini adalah bodoh.

Fikir dahulu sebelum menulis lebih lagi di bulan yang mulia ini.

Rakan-rakan boleh berfikir secara rasional apa yang penulis itu telah lakukan terhadap hobi kita ini.

Setakat penulisan ini, blog itu telah mencapai 2800 total pageview. Penulisannya bertarikh 13 Julai 2012 dengan tiga artikel.

Saya rasa rekod dalam 3 hari sahaja boleh mencecah hingga 3 ribu pelawat yang mungkin rata-rata adalah rakan ham yang ingin tahu apa isi kandungannya.

Sememangnya satu penulisan yang sangat berani dan haruslah bertanggungjawab apa yang telah dilakukan.

Tepuk dada tanya selera

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

1 comment:

  1. Pada saya seorang suami itu walaupun minat kepada ham radio tangjawab pada rumah tangga jangan di abaikan. Rumah tangga dulu baru hobi ham radio. Jangan terlampau sibuk dengan eye-ball qso. Dan yang pasti dia adalah isteri kepada seorang operator ham radio yang mulai melupakan tanggungjawab sebagai suami dek kerana kegilaan terhadap ham radio dan si isteri ini sedang menyindir suaminya sendiri. JANGAN KERANA HAM RADIO, RUMAH TANGGA BERCERAI BERAI. INGAT HAM RADIO hanyalah sekadar hobi !

    ReplyDelete

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...