Eyeball V38 Putrajaya

Malam semalam berlangsungnya eyeball Komuniti Radio Amatur Putrajaya (P.A.R.C). PARC telah didaftarkan dengan no pendaftaran PPM-007-16-09032017.
Komuniti Radio Amatur Putrajaya atau dikenali sebagai Putrajaya Radio Amateur Community (P.A.R.C) merupakan satu komuniti di Putrajaya yang meminati bidang radio dua hala secara umum dan radio amatur secara khusus.

Untuk mengendalikan radio amatur, kita perlu menduduki peperiksaan bagi melayakkan kita mempunyai lesen daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
PARC menggalakkan penyertaan keahlian daripada orang ramai terutama mereka yang menetap dan bertugas di Putrajaya. PARC juga akan membimbing ahli-ahli yang tidak mempunyai lesen bagi mendapatkan lesen bagi mendapatkan lesen yang sah.

Matlamat PARC
1. Meningkatka pengetahuan dan amalan komunikasi radio dua hala bagi menggalakkan pertukaran maklumat di antara sesama ahli.
2. Memberi khidmat bakti kepada masyarakat sekeliling amnya Putrajaya dalam kerja-kerja kemasyarakatan, kebajikan, aktiviti sosial, kecemasan dan lain-lain aktiviti yang berfaedah dalam aktiviti radio dua hala.

Acara 2m net telah dijalankan pada jam10.30 malam dan berakhir jam 11:59 malam. 



Antara stesen yang berjaya check-in adalah
9W2AET, 9W2RFX, 9W2SVY, 9W2NVA, 9W2DKA, 9W2DFL, 9W2NDF, 9W2TDG, 9W2BXD, 9W2DYA, 9W2LIX, 9W2LQK, 9W2AXF, 9W2XIK, 9W2EVQ, 9W2ULH, 9W2BRO, 9W2PAZ, 9W2EUM, 9W2VDN, 9W2YOE, 9W2GPB, 9W2SMF dan 9W2BXI. 



No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...