QSO bersama 9W2YXM

Pada 9.20 pagi sempat QSO bersama abg Rahim 9W2YXM simplex V47. QSO dari base Taman Tasek Kesuma, Beranang ke portable stesenku di Batu 10, Cheras.

Kuasa pancaran 5 watt menggunakan rig berjaya menerjah audio ke Cheras. Terima anda readabilty 5 dan signal strength 9. Manakala beliau terima audioku 5/7 di Beranang.

Nampaknya signalku berjaya mencapai hingga ke Beranang. Kebiasaannya beliau di V66 Semenyih dan scan sangkut di V47 ketika aku memanggil mana-mana rakan yang berkesudian dan berkelapangan untuk bergabung.

Kemudian beliau bersiap untuk tugasan langsung QRT. Ada kelapangan dapatlah bertemu lagi diudara mahupun didaratan. Salam keluarga buat keluarga.

Jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet de 9W2DYA


No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...