Satelit Lapan A2 IO-86 mode APRS YB0X-1

Percubaan untuk mendapatkan packet dari Satelit Lapan A2 IO-86 YB0X-1 dari 9W2DYA-2 gagal. Hanya pagi tadi sahaja mode APRS diaktifkan bermula jam 8:59 hingga 9:08. Menurut jadual sebelah petang aprs turut diaktifkan.

Walaubagaimanapun, merujuk kepada raw YB0X-1 tidak kelihatan sebarang stesen. Dua stesen yang aktif mendapat packet sebelah pagi tadi adalah HS0BBD dan VK6HV-10.

Beberapa hari yang lalu stesen 9W2DYA-2 berjaya mendapat packet daripada YB0X-1;
10/3/18 jam 9:39 pagi
8/3/18 jam 8:52:15 pagi sebanyak dua packet
7/3/18 jam 18:57 

Harap esok sangkutlah satu packet.

Jadual Mode APRS YB0X-1
14/3/18  9:18-9:38 pagi - 19:45-20:05 malam
15/3/18  9:41-10:01 pagi - 18:23-18:43 petang
16/3/18  10:03-10:23 pagi - 18:46-19:06 malam
17/3/18  8:42-9:02 pagi 
18/3/18 9:04-9:24 pagi

Stesen 9W2DYA-2 menggunakan antena omni directional Quaterwave  groundplane.

73, Jojet de 9W2DYA





No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...