Satelit Lapan A2 IO-86, Satelit Fox 1A AO-85, Satelit Fox 1D AO-92

Malam ini monitor Satelit Lapan A2 IO-86 jam 20:19MST.
AOS Azimuth 251darjah dan LOS Azimuth 97 darjah.
Max Elevation 39.5 darjah.

Antara stesen yang dapat dicopy;
YE0EEE
9W2VRD
YD0NXX
YD0RH
YF1ZQA
9M2DA
Terima anda 5 9 
OJ02VV

Jam 22:37MST Satelit Fox1A AO-85
AOS Azimuth 208 darjah
LOS Azimuth 15 darjah
Max Elevation 56.9 darjah
Heard 9W2VRD QTH Taiping 

Jam 23:11MST Satelit Fox 1D AO-92
AOS Azimuth 188 darjah
LOS Azimuth 330 darjah
Max Elevation 25.6 darjah

Percubaan untuk copy sebarang stesen gagal. Ada kedengaran audio tetapi gagal untuk copy callsignnya. Mungkin kedudukan antena yang gagal mengesan dengan tepat. Laporan dari 9W2AWA mengatakan beliau bekerja dan mendengar stesen VU3FTP, VU2PLL dan VU3USI.

Nampaknya aktiviti komunikasi satelit di rantau ini semakin meriah. Banyak rakan tetangga semakin mengaktifkan di frekuensi satelit. Tambahan pula dengan pelancaran satelit yang baru ke orbit menambah kerancakan. 

Banyak stesen baru muncul untuk mencuba nasib berkomunikasi melalui satelit yang menjangkau jarak yang lebih jauh bagi jalur 2 meter.

Malam ini saya boleh mendengar rakan dari seberang berkomunikasi bersama rakan di Malaysia. Dunia tanpa sempadan mengerat hubungan antara negara. Rakan dari India juga boleh berkomunikasi antara di Semenanjung.

Jadi, tidak mustahil menggunakan band 2 meter tidak boleh menjangkau lebih jauh. Melalui komunikasi satelit, perhubungan boleh mencapai lebih jauh lagi.

Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...