Berjaya mendapat 2 packet YB0X-1 Satelit Lapan A2

Pagi ini, sekali lagi berjaya menambah 2 packet YB0X-1 oleh Igate 9W2DYA-5. Hasil daripada dua lintasan YB0X-1 berjaya mendapat 13 beacon.

Lintasan pertama dari jam 9:20:02 hingga 9:22:31 mendapat 8 beacon. Manakala, lintasan kedua jam 11:02:22 hingga 11:06:31 pula mendapat 5 beacon.



Penambahan 2 packet hari ini menjadikan keseluruhan untuk bulan April adalah 5 packet.



Satu stesen berjaya mendapat packet luar dari Asia Tenggara adalah EA8BQD. Stesen dari Pulau Canary, Sepanyol terletak di barat Maghribi. Sela masa antara 9Z4DZ-6 Trinidad dan Tribago dengan EA8BQD adalah lebih kurang 10 minit.

Seterusnya YB0X-1 ke Asia Tenggara mengambil masa lebih kurang 26 minit pada pagi tadi. Terbuktilah bahawa banyak lagi stesen baru yang akan aktif bersama YB0X-1. Selain itu, rakan dari Australia juga sememangnya aktif bersama YB0X-1 terlebih dahulu.

Pada sebelah malam sewaktu lintasan pertama, berjaya menerima satu beacon YB0X-1. Terdapat 2 stesen dari Indonesia iaitu YC8NYJ dan YD0NXX. Stesen YC8NYJ dengan jarak 2165.81km ke Bangi Lama. Manakala  stesen YD0NXX dengan jarak 1155.25km ke Bangi Lama.



Stesen YC8NYJ menulis mesej Salam AMSAT-ID dari Poso City. Manakala stesen YD0NXX menulis mesej Stay at home Fight Corona. Mesej ini mengelilingi orbit dihantar melalui Satelit Lapan A2.


Seterusnya, lintasan kedua telah berjaya mendapat 4 beacon 
YB0X-1 serta stesen HS6KLJ-2 dengan jarak1190.41km . Maka pada hari ini sahaja telah berjaya menerima 18 beacon YB0X-1. Rekod terbanyak dalam sehari. Ini dicapai apabila YB0X-1 diaktifkan selama 2 jam.



Pada 11:48 pagi, tidak semena-mena stesen RS0ISS dari ISS juga berjaya masuk ke Igate 9W2DYA-5. Dua satelit berjaya menerjah ke Igate 9W2DYA-5 setakat ini. Satelit lain masih susah untuk menembusi Igate 9W2DYA-5 ini.



73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...