RX 2 Stesen DX

Pagi ini berjaya menerima dua lagi stesen DX melalui satelit. Ketika laluan pertama Satelit Lapan A2 YB0X-1 berjaya menerima 4 beacon dan stesen YD0NXX. Jarak sejauh 1155.26km bagi YD0NXX. Jumlah terkumpul packet sehingga lintasan pertama YB0X-1 oleh Igate 9W2DYA-5 adalah 14.

04/08/2020 9:54:01 AM+08:00YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,9W2DYA-5:> -5C #WajibPakaiMasker #JagaJarak #Stay@Home #FightCovid19





Satu stesen DX adalah HS6KLJ-6 diterima jam 10:22:18 pagi ini. Berdasarkan path stesen ini adalah RS0ISS dan ARISS. Sedangkan ISS melintas jam 10:47 pagi. Tidak pasti satelit apa yang ditembak oleh stesen ini.



Semalam berjaya menerima 12 beacon YB0X-1 dan satu stesen DX. Masih juga YD0NXX dengan jarak 1155.26km.



Lintasan kedua YB0X-1 pagi ini bermula jam 11:29. Berjaya mendapat 6 beacon dan satu stesen DX. Stesen YC5ABK dengan jarak yang direkodkan adalah 540.41km. Igate Air Haji terletak di Sungaipenuh, Jambi Sumatera Indonesia.




Kempen memerangi Covid-19 disalurkan melalui YB0X-1. Raw packets YB0X-1 pada pagi tadi terselit Igate 9W2DYA-5.

Lintasan kedua YB0X-1 pada malam berjaya mendapat beberapa stesen lagi. Jumlah keseluruhan beacon pada hari ini adalah 14. 
3 daripadanya adalah packet menjadi jumlah keseluruhan  
YB0X-1 untuk Igate 9W2DYA-5 menjadi 17.



Berikut jumlah beacon yang diperolehi dari stesen DX pada hari ini;
1. YD0NXX adalah 1 beacon
2. HS6KLJ-6 adalah 2 beacon
3. YC5ABK adalah  4 beacon
4. YB3MBN adalah 1 beacon

Esok memburu banyak lagi stesen sementara Perintah Kawalan Pergerakan masih berjalan.


73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...