Dapat dua rakan sms di APRSdroid


Cuti hujung minggu yang agak panjang ini membolehkan percutian dapat dilakukan. Ramai tang berkunjung ke kawasan tengah kemungkinan atas undangan walimatul urus yang dapat dilihat di mana-mana tempat.

Semasa memantau di aprs.fi beberapa callsign yang jarang kelihatan dapat dilihat diskrin laptop aku. Apabila melihat kepada raw yang tertera mereka menggunakan aprsdroid. Ini memudahkan aku untuk contact melalui message.

26 Januari 2013 jam 17:38 akan cuba sms bersama 9W2OWL-9 Azmi dari Pahang. Nasib dia membalasnya dan mengenalkan dirinya sebagai Azmi dari Peramah aprs group pergi ke Putrajaya.

Seterusnya aku mengesan 9W2JDY-5 iaitu Junaidy juga dari Kuantan. Agaknya mereka ada program di Putrajaya semua rakan Pahang turun Putrajaya atau kebetulan sahaja.

Keesokannya aku dapat melihat Junaidy diskrin sekali lagi. Beliau petang itu ingin pulang semula ke Kuantan. Aku mengucapkan selamat jalan dan berhati-hati ketika bermobile.

Aku juga terlihat satu stesen lagi iaitu 9W2HEX-5 3°08.31' N 101°46.60' E - locator OJ03VD33EF dan menghantar sms kepadanya tetapi tidak dapat response. Melihat kepada data yang diberi stesen ini juga dari Peramah aprs team.

Senang dapat sms melalui APRSdroid walaupun kita tidak tahu nombor telefon mereka. Inilah kelebihan hobi radio dapat menyatukan rakan jauh mahupun dekat.

73, Jojet 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...