Dapat dua rakan sms di APRSdroid
Cuti hujung minggu yang agak panjang ini membolehkan percutian dapat dilakukan. Ramai tang berkunjung ke kawasan tengah kemungkinan atas undangan walimatul urus yang dapat dilihat di mana-mana tempat.
Semasa memantau di aprs.fi beberapa callsign yang jarang kelihatan dapat dilihat diskrin laptop aku. Apabila melihat kepada raw yang tertera mereka menggunakan aprsdroid. Ini memudahkan aku untuk contact melalui message.
26 Januari 2013 jam 17:38 akan cuba sms bersama 9W2OWL-9 Azmi dari Pahang. Nasib dia membalasnya dan mengenalkan dirinya sebagai Azmi dari Peramah aprs group pergi ke Putrajaya.
Seterusnya aku mengesan 9W2JDY-5 iaitu Junaidy juga dari Kuantan. Agaknya mereka ada program di Putrajaya semua rakan Pahang turun Putrajaya atau kebetulan sahaja.
Keesokannya aku dapat melihat Junaidy diskrin sekali lagi. Beliau petang itu ingin pulang semula ke Kuantan. Aku mengucapkan selamat jalan dan berhati-hati ketika bermobile.
Aku juga terlihat satu stesen lagi iaitu 9W2HEX-5 3°08.31' N 101°46.60' E - locator OJ03VD33EF dan menghantar sms kepadanya tetapi tidak dapat response. Melihat kepada data yang diberi stesen ini juga dari Peramah aprs team.
Senang dapat sms melalui APRSdroid walaupun kita tidak tahu nombor telefon mereka. Inilah kelebihan hobi radio dapat menyatukan rakan jauh mahupun dekat.
73, Jojet 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Melilau Mencari
Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment