Ham Tracker untuk rakan ham yang menggunakan iOS


Bagi rakan ham yang menggunakan gajet sistem operasi i daripada apple boleh memuat turun program Ham Tracker. Aplikasi ini dapat menghantar maklumat secara langsung QTH kita berada dan dapat dilihat seperti di aprs.fi . Lebih bagus gajet kita mempunyai GPS yang diaktifkan memberi kedudukan yang lebih tepat.

Ham Tracker ini dibangunkan oleh Mark Tunner yang mengendalikan KramStuff. Maklumat lanjut untuk memuat turun boleh melawat http://www.kramstuff.com/Ham_Tracker.html

Aplikasi ini dapat memeriahkan lagi xtvt aprs di negara kita. Berdasarkan maklumat yang diberi kita juga dapat mengemas kini status facebook  melalui ham tracker ini selain menghantar mesej.


Memang menarik jika menggunakan smartbeacon apabila igate dan digipeater tidak dapat menjangkau di sesuatu kawasan itu. Konfigurasinya juga mudah dan tidak memeningkan kepala hanya menggunakan gajet yang tersedia dengan GPS.


Selamat mencuba harap lebih ramai lagi rakan ham aktif dengan aprs selepas ini. Ini juga langkah permulaan bagi yang ingin  belajar tentang aprs yang sememangnya menarik seperti xtvt radio yang lain.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...