9W2DYA/P Cheras


Hari ini selepas mesyuarat panitia sempat juga aku mencuri masa untuk mengaktifkan lagi igate. Kali ini hasil kurang memberangsangkan mungkin propagasi tidak menyebelahi aku pada kali ini.

Hanya dapat 9W2XYX, 9W2AA, 9W2DIE-8 dan 9M4RDG-3.
Stesen 9W2XYX yang paling dekat mudah untuk decode signalnya.

Kali ini aku dapat 9M4RDG-3 di Genting, untuk pengetahuan semua dari portable stesen ini aku boleh melihat terus dengan mata kasar. Setakat QSO menggunakan rubber duck tidak menjadi masalah. Harap nanti aku dapat terus bekerja dengan stesen ini terus menerus untuk decode signalnya.

Ada kelapangan aku akan teruskan lagi mengaktifkan igate dari sini kerana lokasinya sangat sesuai untuk mengaktifkan aprs.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Pagi ini Jatuh di Morib

 Belon KLIA malam tadi pun telah jatuh ke darat. Radiosonde WxR-301D 2405015797 jatuh jam 20:58 malam bertarikh 18 November 2025. Namun, alt...