Astra MTB Open Challenge 2013

KEJOHANAN MOUNTAIN BIKE TERBUKA ASTRA 2013
Astra MTB Open Challenge 2013
Objektif:
  • Memperkenalkan Astra kepada masyarakat.
  • Menonjolkan Koperasi Astra Pulau Pinang Berhad.
  • Mengeratkan hubungan antara ahli Astra dengan masyarakat serta memperkenalkan apa itu Radio Amatur serta kelebihan dalam komunikasi dua hala.
  • Perancangan untuk menjadikan salah satu acara tahunan untuk Astra.
  • Menyahut seruan kerajaan untuk melibatkan golongan belia dalam cara hidup sihat dengan bersukan.
Golongan Sasaran:
  • Program ini dirancang akan mendapat sambutan daripada semua pihak. Acara ini disasarkan kepada semua peminat sukan lasak.
Penganjur:
  • Koperasi Astra Pulau Pinang Berhad.
  • Kerjasama Komuniti Astra Negeri Pulau Pinang.
  • Persatuan Radio Amatur Melayu Malaysia.
Tarikh Kejohanan:
  • 13 April 2013 (Sabtu)
Masa:
  • 8.00 pagi (pelepasan)
Tempat:
  • Sekitar Seberang Perai Selatan (Simpang Empat Tasek)
  • Mula & Tamat di SK Seri Tasek.
Penyertaan:
  • Terbuka kepada 1500 orang peserta.
Yuran Penyertaan:
  • RM70.00
  • Tambahan RM10 dikenakan untuk pendaftaran lewat.
Acara:
  • Cabutan bertuah untuk semua peserta yang berdaftar. Hadiah-hadiah menarik menanti anda.
Makanan dan Minuman:
  • Makanan dan minuman peserta disediakan oleh penganjur kejohanan pada hari kejohanan.
  • Beberapa lokasi akan ditempatkan minuman dan buah untuk peserta kejohanan.
Hadiah:
  • Hadiah wang tunai untuk pemenang tempat pertama hingga tempat ke sepuluh.
  • Medal kepada 500 peserta terawal yang dapat menamatkan kayuhan.
  • Setiap peserta yang berdaftar akan mendapat jersey dan goodies.
  • Senarai Goodies
  1. Jersey
  2. Sijil
  3. Minuman
  4. Energy Bar
  5. Tuala Kecil
  6. Kupon Makan
  7. Plat Nombor
  • Senarai Hadiah
  1. Pertama RM500
  2. Kedua RM400
  3. Ketiga RM300
  4. Keempat RM200
  5. Kelima RM100
  6. Keenam hingga Kesepuluh RM70
Tarikh Tutup Pendaftaran:
  • 24 Februari 2013 jam 11.59 PM
Hubungi:

Laluan Kejohanan

Laluan sepanjang 30 km melalui 20% di jalan raya dan 80% di trek cukup menarik untuk dilalui, ditambah pula dengan ketinggian semasa mendaki sehingga 170 meter dari aras laut.
Peta ke lokasi starting point pada hari kejohanan akan di muat naik seminggu sebelum tarikh kejohanan.
 
layout02
layout03
 


No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...