Stesen K4UAH-11, K4UAH-12, K4UAH-13 dan K4UAH-15 diaktifkan


Pagi tadi beberapa stesen K4UAH telah diaktifkan. Seolah berlumba diantara satu sama lain. Pendahuluan adalah stesen K4UAH-11 dengan kelajuan 89 km/h dengan bearing 249 darjah. Altitud ketinggian 28387m dengan suhu -38 darjah celsius. Tenaga kuasa 1.35 volt. Penerbangan berhampiran Arkabutla yang mempunyai sebuah tasik.


Kedudukan kedua adalah stesen K4UAH-15 dilepaskan dengan kelajuan 56 km/h berserta bearing 281 darjah. Altitud ketinggian 28794m yang paling tinggi antara yang lain dengan suhu -38 darjah celsius. Tenaga kuasa 1.36 volt. Penerbangan di Laws Hill berhampiran Tasik Sardis.


Kedudukan ketiga pula, stesen K4UAH-12 dengan kelajuan 46 km/h berserta bearing 284 darjah. Altitud ketinggian 24565m dengan suhu -42 darjah celsius. Tenaga kuasa 1.32 volt. Penerbangan di Dumas. Kelihatan juga satu stesen yang aktif adalah KF5PRT-1.


Kedudukan terakhir adalah K4UAH-13 dengan kelajuan 33 km/h dengan bearing 266 darjah. Altitud ketinggian 23462m dengan suhu -43 darjah celsius. Tenaga kuasa 1.33 volt. Penerbangan di Pisgah.


Manakala stesen K4UAH-6 kembali ke Laut Kara menghala Pulau October Revolution. Kelajuan 65 km/h dengan bearing 31 darjah. Altitud ketinggian 12780m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenag solar 3.30 volt. Locator NQ18EF.

 

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...