Stesen K4UAH-6 melepasi Laut Greenland ke Pulau Svalbard, Norway.


 Pada malam ini, stesen K4UAH-6 berada di Laut Greenland menghala ke Pulau Svalbard, Norway. Pulau  paling utara yang boleh dikunjungi terletak di lautan Artik.



Jam 22:18 kelajuan 33 km/h dengan bearing 158 darjah. Altitud ketinggian 12120m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.10 volt. Locator IQ98XJ.


Keindahan dikala waktu malam di Svalbard dengan memburu aurora di kaki langit.

Jam 22:28 kelajuan 30 km/h dengan bearing 158 darjah. Altitud ketinggian 12120m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.10 volt. Locator JQ08AI.

Jam 22:38 kelajuan 11 km/h dengan bearing 89 darjah arah timur. Altitud ketinggian kekal 12120m dengan suhu turun kepada 0 darjah celsius. Tenaga solar makin menurun 3.90 volt. Locator JQ08BI.

Jam 23:08 kelajuan 26 km/h dengan bearing 180 darjah arah selatan. Jikalau terus menerus ke arah selatan pasti tidak sampai ke Pulau Svalbard di sebelah timur. Altitud ketinggian 12120m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 3.80 volt. Locator JQ08CG.

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...