Stesen K4UAH-6 meninggalkan negara Skandinavia.

 


Semalam stesen K4UAH-6 baru menghala ke negara Skandinavia. Pada malam ini, baru melepasi negara Skandinavia di utara Norway. Penerbangan berada laut Barents.

Terdapat dua stesen berhampiran iaitu LA4YUA-2 dan LA5SJA-B.
Waktu tempatan di Norway ketika ini adalah 16:12.

Jam 22:28 kelajuan 46 km/h dengan bearing 53 darjah. Altitud ketinggian 12060m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar semakin rendah di petang ini 3.60 volt. Locator KQ50QF.

Pada 12 Jun 2021 penulis dalam blog ini pernah melaporkan bahawa stesen K4UAH-6 berada di laut Barents. Ketika itu menghampiri Pulau Yuzhny, Rusia. Pada hari merupakan permulaan perjalanan ke arah pulau tersebut sekali lagi dipantau oleh penulis.

Jam 22:38 kelajuan 37 km/h dengan bearing 89 darjah arah timur memasuki perairan Rusia. Altitud ketinggian 12060m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar makin kurang kepad 3.50 volt bagi minit terakhir. Locator KQ50SF.

Jam 22:58 kelajuan 46 km/h dengan bearing 53 darjah. Altitud ketinggian 12060m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 3.30 volt semakin rendah. locator KQ50VG.

Jam 23:08 kelajuan 37 km/h dengan bearing 89 darjah arah timur. Altitud ketinggian 12060m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar naik semula kepada 3.40 volt. Locator KQ50XG.

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...