Aktiviti APRS cuti PRU 13


Hari cuti pada hari ini mengambil kesempatan untuk mengaktifkan stesen 9W2DYA. Bermula sebelah petang jam 6 petang hingga 9 malam aku mengoperasikan Igate.

My working condition adalah menggunakan antena cili padi quarterwave terus ke laptop melalui handy. Memang berbaloi beberapa stesen dapat aku kesan beaconnya.

Jam 6 petang aku dapat stesen 9W2DIE-9 di Sungai Buloh. Kemudian mendapat jiran terdekat iaitu 9W2WEE-3 jam 6.11 patang.

Seterusnya sebelah malamnya adalah stesen 9W2NHE-3 jam 8.50 malam dengan jarak 15.4 batu. Koordinatnya 03.06.12N, 101.41.08E.

Kemudian stesen mobile adalah 9W2SIS-9 di Bangi dengan jarak 3.6 Batu. Koordinatnya 02.56.81N, 101.45.70E.

Hanya stesen 9W2WEE-3 dapat packet dan datanya terpapar di aprs.fi. 8 packet telah berjaya didengari pada hari ini dan menunjukkan antena dapat membantu lebih banyak stesen dikesan.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...