Monitor di aprs.fi


Monitor di aprs.fi dapat melihat segala aktiviti aprs secara live. Kegemaran aku kini jika ada kelapangan adalah melihat segala pergerakan yang ada di skrin.

Pada pendapat peribadi penulis, kepentingannya adalah ia dapat membantu segala perancangan bagi penggunaan tracker yang bergantung penuh kepada digipeater dan igate. Sesetengah kawasan masih tiada liputan kerana kurangnya stesen yang mengwujudkan dg dan igate ini.

Apabila melihat rakan yang sedang bergerak aktif diskrin, ketahuilah bahawa kawasan-kawasan yang tertentu mempunyai dgpeater dan igate ini. Cara ini dapat membantu mengaktifkan tracker berfungsi dengan baik.

Kita juga dapat mengenalpasti stesen-stesen yang mengaktifkan dgpeater dan igate serta keluasan liputan jangkauannya. Sebab itulah penting diwujudkan lebih banyak digipeater dan igate bagi memperluaskan dan mengaktifkan aprs disesuatu kawasan.

Bagi ingin mendapatkan maklumat dan aktiviti aprs di negara kita bolehlah merujuk kepada MyAPRS iaitu Malaysia APRS Group. Ramai rakan yang mahir dan pakar tentang aprs boleh dihubungi di sini. Selamat mencuba.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...