Digipeater dan Igate di Bangi


Bangi mempunyai dua stesen yang aktif dalam aprs iaitu 9W2CEH-3 dan 9W2WEE-3. Jarak dari base adalah 2.6km bagi 9W2WEE-3 membolehkan tracker aku dapat diaktifkan sepanjang masa. Sebelum ini, 9W2CEH-3 dari base aku tidak dapat diaktifkan kerana jaraknya adalah 5.5km.

Sebelum kedua-dua stesen ini aktif aku hanya mengharapkan stesen mountain top 9M4RDG-3 dapat berfungsi dengan baik. Jika anda bermobile di kawasan Bangi anda tidak perlu risau kerana kedua-dua stesen ini berfungsi dengan baik hinggalah ke sempadan Negeri Sembilan.

Ada satu lagi stesen yang aktif di Kajang iaitu 9W2LL-5. Pada pemerhatian aku, stesen ini menerima packet bagi kedudukan yang jauh. Aku tidak pasti adakah ia betul-betul terletak di situ. Jarak dari base aku ialah 10.5km.

Manakala di Putrajaya pula terdapat stesen 9W2DIE-3 dan jarak dari base aku adalah 11.3km.

Bagi aku pula, perlu memasang antena base bagi membolehkan lebih banyak stesen lagi dapat aku dengari.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...