Stesen K4UAH-6 berada di Alaska, Amerika Syarikat


Stesen K4UAH-6 telah berada di Alaska, Amerika Syarikat. Berdekatan dengan Koyuk terbang ke arah barat laut. Pusingan kedua bagi penulis menjejak stesen ini.

Jam 10:58 kelajuan 35 km/h dengan bearing 320 darjah. Altitud ketinggian 12540m dengan suhu 0 darjah celcius. Tenaga solar 4.30 volt. Locator AP95VF.

Jam 11:38 kelajuan 35 km/h dengan bearing 320 darjah juga. Altitud ketinggian 12540m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar menurun kepada 3.70 volt. Locator AP95SJ.

Ada satu stesen WX CW5523 di Nome. Waktu tempatan adalah 19:38 pada 24 Jun 2021. Ketika ini masih lagi cerah di sana memandang telah masuk musim panas. Oeh sebab itulah tenaga solar masih dapat dijana ketika ini. 

Jam 12:08 kelajuan sama 35 km/h dengan bearing 320 darjah. Altitud ketinggian yang sama 12540m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar meningkat sedikit 3.80 volt. Locator AP95PM.



 

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...