Stesen K4UAH-6 berada di Lautan Pasifik Utara


Stesen K4UAH-6 telah berada di lautan Pasifik utara menghala ke Teluk Alaska. Penerbangan sangat sempurna dan berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah.

Jam 7:28 kelajuan 181 km/h sangat laju dengan bantuan arus yang kuat dengan bearing 40 darjah. Altitud ketinggian 12660 m dengan  suhu 20 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt. Locator BN05PI.

Melepasi garisan tarikh antarabangsa menjadikan hari bertambah lewat dan berubah kembali. Bagi penulis, menjejak stesen ini akan lengkap satu pusingan selepas berada di kawasan Teluk Alaska. Mengambil masa 20 hari untuk melengkapkan satu pusingan mengelilingi glob. Kali pertama menjejak adalah pada 4 Jun yang lalu.

Jam 10:38 masih laju dengan 181 km/h dengan bearing 23 darjah. Altitud ketinggian 12540m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt. Locator BN29GE.

Jam 10:58 kelajuan menurun kepada 143 km/h dengan bearing 14 darjah. Altitud ketinggian yang sama 12540 km/h dengan suhu kekal 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.20 volt. Locator BN29IO. 


Skala 200km sudah kelihatan pulau-pulau di hujung Alaska. Tempat pertama kali penulis memantau stesen ini 20 hari yang lalu.

 

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...