Stesen K4UAH-6 berada di Heilongjiang Sheng, China


Pagi ini, stesen K$UAH-6 telah berada di Tasik Bali. Mengikut perkiraan, ia menghala ke Harbin. Jam 8:08 kelajuan 28 km/h dengan bearing 103 darjah. Altitud ketinggian 12600m dengan suhu darjah celsius. Tenaga solar waktu pagi ini adalah 4.40 volt.

Jam 8:58 kelajuan 30 km/h dengan bearing 89 darjah ke timur. Berdekatan dengan tasik Qingken altitud ketinggian kekal 12600m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt. Locator PN26SJ.

Stesen yang terdapat di sekitarnya adalah BG2EFX-9, BG2EFX-10, BG3KZE-N. Waktu tempatan masih sama seperti di Malaysia.

Jam 9:08 kelajuan meningkat 76 km/h dengan bearing 89 darjah terus ke timur. Altitud ketinggian kekal 12600m dengan suhu kekal 5 darjah celsius. Tenaga solar turut kekal kepada 4.40 volt. Locator PN26UJ.

Jam 15:38 kelajuan 26 km/h dengan bearing 0 darjah arah utara. Altitud ketinggian 12660m dengan suhu 0 darjah celsius. Locator PN36QJ.

Penerbangan petang ini berhampiran dengan kawasan Heishan Scenic Area, Menggu Mountain Scenic Area, Xiangmoshan Scenic Area, Xinglong National Forest Park dan Jiguan Scenic Area.

Jam 15:48 ketinggian meningkat kepada 12720m dengan suhu 10 darjah celcius. Tenaga solar 4.30 volt. 

Jam 15:58 kelajuan 28 km/h dengan arah utara lagi. Altitud ketinggian kekal 12720m dengan suhu turun kepada 0 darjah celsius. Tenaga solar menurun kepada 4.10 volt. Locator PN36QK.

Jam 16:08 kelajuan 37 km/h bertukar arah ke timur. Altitud ketinggian turun semula kepada 12600m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.20 volt. Locator PN36RK.

Jam 16:28 kelajuan menurun kepada 26 km/h dengan bearing 0 darjah ke utara. Altitud ketinggian  meningkat 12660m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar turun kepada 3.80 volt. Locator PN36RM.

Jam terakhir 16:58 kelajuan 26 km/h dengan bearing 0 darjah arah utara. Altitud ketinggian 12660m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 3.30 volt. Locator PN36SO.

 

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...