Stesen K4UAH-6 berada di utara Suihua, China


Pada pagi ahad ini, stesen K4UAH-6 berada di Suihua, China. Masih berada dipersekitaran timur laut negara China. Pergerakan perlahan tidak bergerak jauh keluar dari lokasi semalam.

Jam 7:18 bergerak arah barat dengan kelajuan 37 km/h. Altitud ketinggian 12780m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar pada pagi ini adalah 4.20 volt. Locator PN38LA.

Kelihatan satu stesen pada pagi ini di Harbin. Stesen tersebut adalah BG2CLX-N. Suihua juga terdapat satu stesen yang aktif. Stesen tersebut dikenali sebagai P-BG2EOB.

Manakala di Changcun, stesen yang aktif adalah BG2-N, BG2LFR-9, BG2KZM-10, BG2LFR-10, dan BG2LBF-10. Seterusnya di Jilin City terdapat dua stesn yang aktif adalah BD2OS-3 dan BG2KCG-10.

Jam 10:08 kelajuan 9 km/h dengan bearing 306 darjah. Altitud ketinggian 12840m dengan suhu 15 darjah celsius. Tenaga solar 4.50 volt. Locator PN38HE.

Jam 12:18 altitud ketinggian 12780m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt. Locator PN38EB.

Jam terakhir 17:18 altitud ketinggian 12840m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar petang ini adalah 3.40 volt. Locator PN27RU.

Pada hari ini pergerakan sangat perlahan. Masih dipersekitaran yang sama. Seolah-olah berpusing-pusing tanpa pergi lebih jauh. Jam terakhir menunjukkan ke arah barat pula. 

 

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...