Ingin bermesra dan bermain dengan Capybara? Boleh bermain di IOI Mall Damansara. Tempatnya di Just Pets Megastore aras satu.
Cuti Awal Muharam keesokan hari sempat ke Just Pets untuk bertemu dengan Capybara yang jinak. Pertama kali menjejak ke IOI Mall Damansara tidaklah terlalu sibuk seperti IOI City Mall.
Bayaran masuk dikenakan kepada dewasa dan kanak-kanak. Bertemu Capybara di Just Farm. Bayaran dewasa RM68 dan kanak-kanak RM58 sahaja. Kawasan dalam bangunan dan berpendingan hawa pastilah memberi pengalaman berbeza. Pendedahan kepada anak-anak urban yang tidak didedahkan dengan pelbagai haiwan. Maka, Just Farm tempat yang sangat sesuai memberi pengalaman sedemikian rupa.
Satu lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi di sini adalah Just Cat. Tempat bermain dengan kucing domestik pasti menyeronokkan. Baka dari luar negara turut ada di sini untuk bermain-main. Bayaran masuk Just Cat adalah RM 48 untuk dewasa manakala kanak-kanak sebanyak RM38 sahaja.
Usai membuat pembayaran terus masuk ke dalam. Bahagian reptilia menyambuat kedatangan kami. Pelbagi spedies reptilia berada dalam bekas berkaca seperti akuarium. Damia tidak berminat dengan dunia haiwan ini. Terus bergerak menemui haiwan mamalia terlebih dahulu.
Ada empat ekor haiwan Alpaca pelbagai saiz dan warna menarik minat para pengunjung. Ramai yang menghulur makanan kepada empat ekor haiwan tersebut.
Damia beralih arah ke kolam kura-kura. Pelbagai saiz kura-kura memenuhi takungan. Berenang-renang meminta palet. Ada berkumpul di atas pelantar yang disedikan berehat.
Alpaca menanti penuh kesabaran untuk mendapatkan makanan. Sebekas makanan hirisan lobak dan timun adalah RM5 sahaja.
Dua ekor Ferret turut kelihatan dalam kandang sibuk bermain. Tanpa memperdulikan pengunjung sekeliling bergerak bebas. Boleh menyorok dalam ruang-ruang kosong yang disediakan untuk tidur tanpa gangguan.
Kura-kura berkumpul di atas pelantar. Berehat menunggu makanan yang dihulurkan. Penat berenang duduk atas ini menghilangkan kebosanan. Haiwan dua alam boleh hidup di darat mahupun dalam air.
Kolam itik, terdapat angsa juga. Berkejar-kejar pengunjung menebarkan dedak untk makan. Kulit itik-itik ini sangat bersih. Tidak seperti petting zoo tempat lain yang sangat comot. Mungkin dalam kawasan bangunan berpendingin hawa menyebabkan ia menjadi sangat kemas dan bersih.
Laluan masuk ke dalam kolam. Itik yang ingin bermandi-manda menggunakan laluan ini untuk berendam dan bermain air. Lantai kawasan itik ini juga sangat bersih.
Lihatlah putih melepak bulu itik yang sangat bersih ini. Suhu yang dingin membuatkan bulu-bulu itik ini terjaga rapi.
Memberi makan kambing antara kegemaran Damia.Anak kambing ini turut tidak berbau hamis. Kebiasaan jumpa kambing pastilah menghidu bau yang agak kuat. Tidak di sini! baunya kuranglah sangat.
Satu lagi spesies kambing biri-biri berkepala hitam. Agak comel dan jinak juga. Nampak gaya berasal dari negara beriklim sederhana 4 musim.
Tikus Belanda yang banyak agak jinak juga.Tikus yang jinak datang menerpa meminta makanan juga. Boleh masuk kawasan yang disediakan untuk bermain dan memberi makan.
Terdapat dua ekor Capybara di pusat ini. Tertera di papan tanda bernama Re dan Me. Setiap haiwan di sini mempunyai namanya tersendiri.
Capybara yang berada di luar kandang inilah boleh beramah mesra dengannya. Jinak dan tidak takut orang. Sangat baik melayan gelagat pengunjung.
Ramai pasti berhenti bergambar dengan seekor Capybara ini. Peluang tidak harus dilepaskan begitu sahaja.
Setelah menyentuh Capybara tersebut bolehlah membasuh tangan di sinki yang disediakan. Pastikan tangan dibasuh terlebih dahulu sebelum menyentuh pelbagai spesies haiwan di sini.
Ini amatlah penting bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit yang boleh menular kepada haiwan mahupun manusia.
Terdapat juga seekor Walabi di sini. Berkongsi kandang dengan seekor rusa bintik. Walabi ini agak liar. Sukar untuk didekati. mungkin ada perasaan malu.
Walabi dan Rusa biintik berkawan rapat. Berkongsi kandang membuatkan mereka hidup dalam keadaan harmoni.
Usai ke kandang Walabi dan Rusa Bintik Damia berpatah balik ke Capybara semula. Tunggu Capybara keseorangan, barulah boleh bermain dengannya. Maklumlah antara haiwan ikonik yang tidak boleh dilepaskan.
Kini, haiwan ini sangat viral. Maklumlah video-video di media sosial menyebabkan ia telah terkenal seluruh dunia. Video duduk atas badan buaya itu sangat menakjubkan. Sifat ketenangan yang ada menyebabkan pemangsa tidak pedulikan haiwan ini.
Bukan setakat itu sahaja, banyak barangan cenderamata dan barangn mainan bertemakan haiwan ini. Tidak terkecuali Damia, turut membelinya yang ada dijual di megastore ini.
Mengintai semula dua ekor kambing kepala hitam ini. Bulu yang putih dan tebal pastilah selesa dengan suhu yang agak dingin di sini. Sangat jinak dan pasti rapat meminta makan.
Kalau di luar jarang nak jumpa bulu biri-biri secantik ini. Hanya bulu yang nipis serta bulu yang agak kotor. Maklumlah iklim khatulistiwa lembap dan panas sepanjang tahun.
Begitu juga dengan empat ekor Alcapa ini. Bulu sangat cantik dijaga rapi. Agak tebal dan bersih selalu. Macam pakai rambut palsu pun ada. Bila disentuh lembut sekali.
Yang putih ini sangat aktif. Berebut makanan dengan Alcapa yang lain. Pastilah si hitam yang kecil itu sering dipinggirkan. Bersaing untuk meneruskan hidup. Kuat pasti sentiasa berjaya ke hadapan.
Si cokelat ini juga tidak kurang hebatnya. Menjadi pesaing kepada siputih itu. Hidup penuh persaingan menyebabkan terus mambawa diri maju ke hadapan lagi.
Capybara menunggu dengan penuh kesabaran. Damia memilih hirisan lobak dan timun untuk diberika kepada Capybara tersebut.
Oleh kerana, Damia lambat sangat. Terus Capybara menerpa ke bekas makanan tersebut dan sempat dielak. Tak sabar juga Capybara ini ya. Bab makan manusia juga hilang sabar.
Peluang seperti ini tidak ada di tempat lain. Semua haiwan tersbut berada di dalam kurungan sahaja. Just Farm memberi peluang pengunjung bermain-main dengan Capybara tersebut. Ia sangat jinak dan telah biasa dengan sentuhan orang ramai.
Puas bermain dengan Capybara, Damia ajak bermain dengan kucing pula. Just Cat pula tempat untuk bermain dengan kucing-kucing.
Terpaksa menunggu jam 12.30 tengah hari. Pengunjung hanya dibenarkan bermain dengan kucing dalam masa 45 minit sahaja. Sebelum itu, dalam 15 minit para pekerja mengemas tempat tersebut.
Tempat ini mula dibuka jam 10.30 pagi. Perlu sanitizer tangan terlebih dahulu sebelum memegang kucing-kucing tersebut.
Kucing putih ini yang mula-mula datang dekat dengan kami. Kucing lain mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan pengunjung lain. Sifat semulajadi kucing.
Si Oyen berbandana merah ini mempunyai baka berkaki pendek. Agak lambat juga untuk bermesra. Setelah rasa selamat barulah bergaul dengan orang.
Penat tidur sahaja. Ada yang suka berjalan dalam gelungan berpusing ini. Lakukan senaman bagi menguatkan otot-otot. bagus untuk ketangkasan mengejar bola.
Kucingpun pandai bersenam. Marilah kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalakan senaman tiga kali seminggu. Pasti hidup lebih sihat dan bahagia selalu. Kecergasan meningkat serta fikiran lebih fokus.
Kucing pun suka berjalan ulang-alik. Bosan terkurung! Berjalan lebih membawa faedah dapat meningkatkan kapasiti aerobik masing-masing. Sehari 10,000 langkah pasti hidup cergas dan cerdas sentiasa. Secara tidak langsung dapat mengawal berat badan juga.