Treasure Hunt

Pada 27 November yang lalu aku dipanggil oleh rakanku untuk menjadi marshal untuk xtvt Treasure Hunt di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam.9M2SSP selaku pengarah program mengarahkan aku jadi sweeper menyapu semua peserta hingg tamat ke garisan tamat. Selain berkenalan juga rakan ham Abg Ali 9W2CFN base di Kuantan sedang portable di Sungai Buloh. Jelopi abg ali telah jadikan pusat komunikasi oleh Usop sebagai pengarah. Peserta terdiri dari mahasiswa dari Unisel  melibatkan 23 pasukan yang terdiri 4 orang sepasukan. Acara bermula dari Amphitheather dan  terus ke permulaan jalan ke Camar Rimba jalan batu bata. CP 1 peserta menyelesaikan tugasan mengasingkan kacang hijau, kacang dal ke dalam bekas di sediakan.
Kemudian peserta terus ke CP2 dipersimpangan ke empangan air kuning untuk tugasan seterusnya. CP 3 pula di empangan air kuning peserta melastik pokok bermacam gelagat dapat dilihat. Bukan senang hendak melastik rupanya kerana memerlukan daya tumpuan yang tinggi. Seterusnya meredah trek ke Empangan Sungai Baru untuk CP4 iaitu jigsaw puzzle. Habis selelsai tugasan ke CP5 terpaksa trekking di kawasan berbukit untuk ke CP5 membuat layang-layang. Patah balik ke empngan sungai baru melalui trek yang sama untuk ke CP6 di tempat letak kereta dan di CP7 melakukan tugasan mendayung kayak dan menuruni tembok untuk abseiling. Hinggalah ke garisan penamat di tempat permulaan semula.
73, Jojet, 9W2DYA

2meter Gemilang Check Net

Pada 9 November 2010 aku monitor di 147.825MHz kedengaran 2m Gemilang Check Net dari Negara Brunei Darussalam. Pengendali rangkaian oleh Roslan Dambong V85AVE. Ramai rakan 9W dan 9M turut menjayakan check net malam itu. Terima anda dari base Bandar Seri Putra Bangi, Selangor Malaysia 5/9. Ada kesempatan boleh bertemu di udara. Jumpa dan Jumpa lagi.
73, Jojet, 9W2DYA

NA1SS contact with 9M2RPN

Pada 2 November 2010 yang lalu ketika melayari blog kawan-kawan aku terbaca dari blog 9W2KEY yang bertajuk ISS School Contacts. Kebetulan acara itu akan berlangsung pada malam itu. Jadi akupun standby di frekuensi untuk mendapat pengalaman monitor audio dari ISS melalui 145.800MHz. Mengikut jadual ISS akan melalui ruang udara pada jam 2.02 pagi 3 November 2010. Jadi bolehlah aku menantinya memandangkan esok merupakan cuti. Sementara menantinya Nesrac ada 2M net yang dikendalikan oleh Abg Taib 9W2TBD dan monitor dan juga cuba check in.
Kemudian dalam pukul 11.30 malam monitor di Nesrac kedengaran Rizal 9W2KNZ sedang qso dengan Abg Saad 9W2TS yang merupakan saltmine di Planeterium Negara telah mengesahkan bahawa pada malam ini akan diadakan program ARISS oleh pelajar SK Bukit Damansara. Maka aku berasa gembira bahawa malam ini bolehlah aku monitor audio dari ISS. Tepat jam 2 pagi 3 November akupun menanti-nanti audio tapi tak kedengaran. Maka aku bergerak-gerak untuk mendapat audio maklumlah aku pakai handy sahaja maka perlulah mencarinya. Sahlah aku mendengar audio dari ISS memangil-manggil 9M2RPN untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh para pelajar. Terima audio 5/9 dari Col. Douglas Wheellock KF5BOC. Audio terhenti jam 2.20 pagi. Jadi seronoklah dapat juga mendengar audio dari ISS. Kemudian aku qso bersama Rizal 9W2KNZ di jalur Transnasional Astra. Menurut beliau telah berjaya merakam qso tersebut.Tahniah Rizal yang sibuk membuat log untuk contest yang lepas. Jika ada kesempatan lagi aku ingin monitor semula audio dari ISS ini.
73, Jojet, 9W2DYA

Malaysian Contact Successful

Malaysian Contact Successful


On Tuesday, November 2, students from S.K. Bukit Damansara visited the National Planetarium in Kuala Lumpur, Malaysia and participated in an Amateur Radio on the International Space Station (ARISS) contact. The youth posed questions to astronaut Doug Wheelock, KF5BOC about what it is like to live in space. The contact was made in conjunction with the “Prime Minister’s - National Space Challenge Trophy 2010” event.

sources from ISS Fan Club.

Jogathon PSKPP 2010

Sepertimana yang dijanjikan pada 30 oktober 2010 yang lalu aku menyertai kontinjen daerah untuk jogathon PSKPP Selangor di mana daerah Gombak menjadi tuan rumah. Selain jogathon, pertandingan bola sepak turut diadakan di Pusat Penyelidikan Getah Malaysia, Sungai Buloh. seawal pagi lagi aku bersama xyl telah tiba disambut dengan hujan renyai yang bermula selepas subuh lagi. Kedinginan mencengkam diri membuatkan terpaksa membuat regangan dan aktiviti memanaskan badan secukupnya untuk mengelakkan diri dari kekejangan sewaktu larian dimulakan nanti. Ramai peserta telah tiba dan aku dapati mereka bukanlah calang-calang atlet jarak jauh. Kebanyakan mereka aku kenali lebih-lebih lagi sewaktu kejohanan olahraga yang lepas. Masa itu pelajar-pelajar yang bertanding kini giliran jurulatih pula yang akan menunjukkan kehebatan dan bakat sendiri.
Pengurus pasukan datang aku dibekalkan dengan sehelai baju, bestlah dapt  juga baju hehe. Selepas pendaftaran dibekal pula nombor larian yang isematkan ke dada dan belakang. Khabar buruk diberitahu bahawa jarak sebenar larian adalah 10K bukanya 8K seperti yang dimaklumkan terdahulu. Mampus aku, tapi tidak mengapa yang penting dapat menyertai dan menamatkan larian tanpa masalah. Acara bermula jam 9 pagi dilepaskan oleh pegawai dari PPD Gombak dengan tembakan pistol. Apalagi larilah mengikut kemampuan masing-masing. Apa yang dapat aku lihat pelari-pelari ini memang memberi persaingan yang sengit untuk mengejar kejuaraan. Akupun berlari mengikut pace sendiri. Laluan menarik dikawasan ladang getah di pusat penyelidikan ini. Lebih 60% permukaan adalah jalan tanah merah dan berbatu kelikir, manakala 40% lagi merupakan jalan berturap. Jalan yang beralun dan kadangkala terpaksa mendaki sedikit tetapi tidaklah terlalu curam. Semasa mendaki terasa keletihannya tetapi bila menuruni langkah panjang diambil untuk meningkatkan kelajuan. Ada masanya juga, terpaksa berhati-hati kerana permukaan jalan yang tidak rata ditambahkan pula dengan batu-batu kelikir yang mmbolehkan kita tergelincir mahupun jatuh memboleh terseliuh adalah amat merbahaya sekali. Oleh disebabkan cuaca hujan dan mendung ada sesetengah trek digenangi air lopak menyebabkan kita terpaksa mengelakkan atau redah sahaja. Jika redah juga alamak kasut bertambah basah dan menyebabkan penggunaan tenaga menjadi semakin cepat penat. Tapi baik juga redup dan mendung kurang sikit penatnya, tapi boleh juga mudah mendapat kekejangan. Ada pelari yang lebih suka berlari waktu panas kerana badan cepat panas dan cepatlah sampai kegarisan penamat.
Larian diteruskan dengan penuh bersemangat walaupun dihadapan tiada lagi kelihatan pelari, ini menunjukkan aku sudah ketinggalan hehe. Tapi dibelakang ada pelari seperti mengejar-ngejar aku untuk memotong. Maka ia menjadi motivasi aku supaya aku tidak dipotong olehnya. Sebenarnya dia dihadapan aku tadi, tetapi telah aku potong  dan seterusnya aku terus membuka langkah agar dia tidak memotongku lagi. Kilometer terakhir adalah jalan berturap maka aku terus membuka langkah hingga ke garisan penamat. Xyl telah menyambut aku, menurutnya jarak aku dengan orang sebelum ini adalah jauh dan catatan aku adalah 68 minit mendapat tempat ke 24. Bolehlah sudah lama tidak berlari dan memberi seribu kepuasan dan meningkatkan kecergasan dan kesihatan.Tahun depan kalau diberi peluang bolehlah lari lagi.
73, Jojet, 9W2DYA.

Takziah buat 9W2TSE

Semalam (28.10.2010)selepas berjoging di Lake Valley selepas cool down sempatlah monitor di mana-mana  jalur yang kedengaran rakan sedang qso. Tiba-tiba dapat sms dari 9W2BCT yang berbunyi Salam, info kebajikan. Bapa mertua 9W2TSE Fendi telah meninggal dunia... Selepas itu monitor pula di V47 senyap sahaja selepas itu kedengaran 9W2BCT sedang memanggil mana-mana rakan ahli CORE Bulan Sabit ada info penting. Tetapi rakan tidak menjawab maka akupun cuba qso dan mendapat balas darinya. Jadi beliau mencari rakan-rakan tetapi mungkin semua telah saltmine. Jadi tentang berita kematian itu, 9W2BCT menyatakan akan ke Hospital Serdang dalam sejam lagi selepas menyelesaikan urusan peribadi. Kalau tak qrl akupun ingin ke sana. Selepas itu pulang ke rumah fundamental siap-siap bersarapan dan mandi aku terus ke Hospital Serdang. Tiba di sana kelihatan tempat letak kereta penuh dan sesak menunjukkan ramai pelawat pada pagi itu. Sampai di sana aku sms 9W2BCT menanyakan qth beliau dan membalasnya serta qso di jalur V47 infokan qth sebenar. Kemudian akupun ke lokasi kejadian dan bersalamanlah dengan beliau dan juga satu rakan baru 9W2FJO abg Jo dan kemudian ucapkan tahziah kepada abg Fendi 9W2TSE.Kemudian tidak beberapa jam datang abg Man 9W2BMX bersama rakan swl. Selepas urusan selesai van jenazah bergerak ke Kluang Johor untuk urusan pengkebumian. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
73, Jojet, 9W2DYA.

Jogathon PSKPP 8K 2010

Hari sabtu ini 30 Oktober akan berlangsung kejohanan PSKPP di RRIM Sungai Buloh. Kejohanan tahunan ini mengumpulkan pasukan dari setiap daerah bagi menentukan wakil ke peringkat kebangsaan. Aku dipanggil untuk menyertai jogathon setelah pemilihan yang dibuat tiada sambutan, jadi pengurus pasukan menyuruh aku mangambil bahagian, jadi akupun setuju memandangkan sudah lama juga tidak menyertai pertandingan larian jalan raya mahupun merentas desa. Menurutnya jarak pertandingan adalah sejauh 8km mengikut trek di persekitaran pusat penyelidikan itu. Pernah dulu aku pergi melihat kejohanan ini 2 tahun lepas, persaingan pasti sengit bagi menunjukkan kejaguhan. Trekpun boleh tahan, habislah baru minggu lepas aku  mula berjoging. Harap dapat tamatkan larian dengan baik. Terdapat 2 kategori dipertandingkan iaitu Lelaki dan Perempuan terbuka serta Lelaki dan Perempuan Veteran. Matlamat aku nak habiskan larian tanpa masalah kecederaan.
Persediaan untuk beberapa hari lagi ditingkatkan jarak dan masa. Aku berlatih di Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn Cheras. Taman tasik yang menyediakan kemudahan riadah bagi penduduk setempat. Kalau hendak memancar ke Nesrac dan jalur panjang astra memang boleh memandangkan kedudukan tasik ini dikawasan bukit. Sempatlah juga aku qso dengan abg Taib 9W2TBD selepas berlatih minggu lepas. Puncak Genting dan Telapa Buruk memang boleh kelihatan jika cuaca baik. Jadi tiada masalah untuk memancar memandangkan hanya menggunakan handy.
Akhir sekali menyertai larian semasa di Maktab di Sungai Petani ketika menyertai merentas desa. Sejak itu jarang dapat berlari lagi.Akhir kata lari dan terus berlari untuk jaga kesihatan juga.
73, Jojet, 9W2DYA.

9M4SJO JOTA ke 53 2010

Pada hari Sabtu 16 Oktober berkesempatan mengikuti program JOTA dan JOTI di stesen 9M4SJO QTH di SJK(C) Ladang Bukit Keledek, Nilai 71800 Nilai Negeri Sembilan. Sekolah yang baru ini sukar juga untuk dicari jika kita tidak bertanya kerana kedudukannya jauh ke dalam, tetapi ia berdekatan dengan Nilai College. Setibanya di sana kelihatan beberapa buah khemah telah didirikan untuk penginapan ahli pengakap dari seluruh Seremban. Kelihatan pelbagai aktiviti sedang dijalankan seperti khidmat masyarakat, aktiviti menganyam ketupat, aktiviti JOTI dan yang dicari adalah stesen radio 9M4SJO bagi stsen JOTA Negeri Sembilan 2. Dari jauh sudah kelihatan antena menyebabkan aku teruja untuk melihat aktiviti radio amatur pada hari itu. Setibanya di stesen kelihatan 9W2MYZ sedang mengendalikan radio bersama ahli-ahli pengakap qso di jalur NESRAC dan dipantau bersama 9W2RNC. Sementara 9W2ZE sedang mengendalikan set HF untuk aktiviti hari tersebut.
Seterusnya qso ahli pengakap diteruskan untuk memberi pengalaman tentang dunia radio amatur.Ramai yang seronok apabila dapat qso kerana merupakan pengalaman yang baru rata-ratanya.
Kemudian 9W2TBD dan 9W2NIE, turut hadir di stesen 9M4SJO bagi memberi sokongan terhadap aktiviti ini. Aktitviti secara simplex dijalankan antara 9W2RNC dikonti dan 9W2NIE di tapak perkhemahan bagi ahli pengakap memahirkan diri untuk qso sebelum menggunakan jalur di pengulang.
Selepas itu kelihatan 9W2WFL dan 9W2FHZ tutur hadir bagi memberi sokongan. 9W2KDJ datang bersama dua harmonicnya yang juga mempunyai pengetahuan dalam radio amatur.
Aktiviti terus berjalan mengikut 4 stesen yang dijalankan mengikut kumpulan. Setiap aktiviti akan bertukar setelah mengikut tempoh masa yang ditetapkan bagi memberi semua peluang kepada setiap ahli merasai pengalaman itu. Aktiviti JOTI tidak kurang meriahnya, ahli pengakap berkomunikasi dengan pengakap yang lain secara chat melalui internet diseluruh dunia.
Ini juga pengalaman pertama tentang HF ketika monitor 9W2KDJ dan 9W2MYZ qso di frequensi. Stesen juga dapat contact dengan stesen jota yang lain seperti 9M4SJA, 9M4SJP, 9M4SJN, 9M4SJV dan lain-lain stesen lagi.Harap selepas ini dapat menyertai lebih banyak stesen jota pada tahun hadapan. Tidak lupa juga dengan 9W2ZE yang dapat berkongsi pengalaman dan cerita tentang radio dan juga rakan-rakan Nesrac yang lain. Ini kerana satu aktiviti yang baik untuk mempromosikan lagi aktiviti radio dikalangan generasi muda. Syabas Nesrac atas penglibatan dalam aktiviti JOTA.
73, Jojet, 9W2DYA

JOTA 53

Senarai stesen JOTA Malaysia yang dikeluarkan oleh SKMM bagi tahun 2010

Family Radio Service

This was established in 1996 when Bob Miller, K2RM, a vice president with RadioShack, petitioned the Commission for 14 channels, narrow band, within the GMRS spectrum.
The no-license FRS equipment is generally inexpensive, small, reasonably rugged, and easy to use. Most FRS radios also have adequate voice quality, and use common inexpensive disposable batteries."Recently, more elaborate FRS radios have been developed that incorporate GPS capabilities to enable users to determine their location, and automatically pass that information to nearby similarly equipped FRS radios," says the FCC, and it rightly worries about the multi-band combination FRS radios.
It's generally acknowledged that the average end user has little concept of the difference between FRS and GMRS channels. Generally, it is not life threatening when users stray up into channels that currently require a license. What can be a life threatening, however, are the people who use combination FRS/Marine VHF transceiver and may, while fishing off a jetty with friends, mistakenly go on yak-yak-yakking Channel 14(not FRS Channel 14, but Marine Channel 14, 156.700). Unknowingly they are talking right on top of the US Coast Guard Vessel Traffic System radar approach marine VHF channel!
And it could get worse. Say these jetty fishermen, with a combo FRS/GMRS radio accidentally dial up the wrong Channel 16 and end up on the International Distress and Safety chanel, guarded by rescue agencies through out the world! Don't expect to see marine radio manufacturers continue with added FRS capabilities.

resources POP'COMM OCTOBER 2010 PAGE 31-32

Teringat dahulu semasa sering melakukan aktiviti pendakian gunung ada rakan mempunyai set walkie-talkie motorola Talkabout. Rupa-rupanya inilah yang dikatakan Radio FRS. Audio yang dapat dicopy memang cantik walaupun jarak yang dapat dijangkau dalam 5KM. Bermula dari sinilah aku mula berminat dengan dunia radio. Ada sekali diatas puncak sebuah gunung terdengar audio dari entah mana dan monitorlah semasa itu. Mungkin audio dari kereta tarik tak QSL. Selepas itu akupun beli satu set Radio FRS ini digunakan semasa xpdc dan juga aktiviti perkhemahan dan trekking. Kadang kala untuk aktiviti Flying Fox dan Abseiling. Memang tanpa perlu lesen untuk penggunaan alat ini kerana ia dijual berleluasa dipasaran.Ia juga sebagai batu loncatan untuk mendapat lesen radio amatur.
73, Jojet, 9W2DYA.

QSO antara 9W2KKB bersama HS9PKT

Hari in jam lebih kurang 9.30 pagi semasa monitor di jalur transnasional Astra kedengaran audio siam antara 9W2KKB dan HS9PKT. Jadi tak fahamlah apa yang dibualkan. Rakan kita itu memancar dari Satun menggunakan pengulang Gunung Raya. Jadi tiada masalah rakan dari seberang untuk memancar dijaluran kerana berjiran dengan Langkawi. Seronok juga dengar sekali-sekala bahasa siam digunakan dijaluran boleh merapatkan hubungan sesama rakan ham pelbagai negara. Selalunya rakan dari Karimun dan Dumai yang memancar di jalur.
73, Jojet, 9W2DYA

Peperiksaan Radio Amatur Siri Ke Empat Tahun 2010

The 53rd JOTA

The 53rd JOTA theme: “The Right to be Heard”


This years JOTA will have a theme directly related to article 12 of the Convention of the Rights of the Child: the Right to be Heard. The theme is linked to the 20th anniversary of the Convention: http://www.unicef.org/rightsite/



How is article 12, the Right to be Heard, linked to the JOTA? Scouts in many, but not all, countries have the permission to speak directly over amateur radio. This greatly enhances their JOTA experience: a free and direct exchange of ideas between Scouts of all Nations. It helps them to get a feeling and understanding of other cultures. The Right to be Heard is also a Right to be Listened to.



The International Amateur Radio Union (IARU) is fully supporting the Scouts to participate in JOTA. And even further, IARU stimulates to educate them in radio techniques so that they may once operate their own station. In fact, the IARU Region 1 Conference 2008 in Cavtat, Croatia passed the following resolution CT08_C3_Rec 24: (Paper CT08_C3_39): In recognizing the importance of the JOTA (Jamboree-On-the-Air) for radio amateur recruiting, it is recommended that Member Societies encourage radio amateurs to assist boy Scouts and girl Guides to participate in the annual JOTA the third full weekend of October each year, organized by the World Organization of the Scout Movement (WOSM) and to use this opportunity to present amateur radio recruiting possibilities to the Scouts/Guides.



The Right to be Heard….on the air. Many amateur radio associations offer youth courses to pass the radio exams; educational, fun to do and another step to the Right to be Heard. Ask your national amateur-radio association for details.

Salam contact kenal

Malam tadi propagation baik dapatlah qso dengan rakan-rakan di sekitar base station. Salam contact kenal kepada rakan yang baru mendapat lesen untuk memancar kepada 9W2EBO dan 9W2AYH di Putrajaya. Semasa qso di V40 malam tadi turut serta bersama 9W2SIS di Bandar Baru Bangi. Semua menggunakan handy sahaja dengan bantuan antena masing-masing di base terima audio rakan 5/9. Sebelum itu monitor rakan di V25, ketika itu 9W2ODD qso bersama 9W2WPC dan turut bergabung dari Kuala Kubu Bharu 9W2ZYF terima anda 3/8. Memang jalur simplex aktif kedengaran dari dalam rumah sahaja, biasanya kena duduk di tepi tingkap untuk monitor.
73, Jojet, 9W2DYA

Depiction

Radio amateurs can now achieve two-way, real-time visual communicatins from within a dynamic simulation scenario using the new APRS Live add on for Depiction mapping and simulaton software.

Depiction is apowerful tool for integration of multiple types of data, including images, spreadsheets, and GIS files.

Depiction has been used extensively in emergency communications of mapping, information recall, and many other functions.

APRS is a digital communications protocol for exchanging data between multiple radio stations across a region, including position information, telemetry, weather data, short text messages and more.

is used by amateur radio users for position tracking, gaining situational awareness during emergencies, coordinating large-scale public service event such as bike races and marathons and more.

The add-on allows APRS packet information received by a radio and transmitted to a computer using a terminal node controller (TNC) connected to a serial port to be displaed within Depiction as simulation elements.

For example, search-and-rescue workers can be tracked alongside a simulation of an 8-foot storm surge,or bike race volunteers can be tracked along race maps.

Depiction and APRS Live both function without internet access, but if the internet is available, the add-on can bring in APRS data from any of the many public APRS-IS servers across the world.

For more information, go to http://www.depiction.com/

Nike City 10K Kuala Lumpur

To celebrate this challenge, we will be hosting a physical race in each city. Sign up for the race now and get 50% off your Nike+ Sportband!.




DATE: 10 Oct 2010 (Sunday)



TIME: 7am onwards



VENUE: Kuala Lumpur City Centre



CATEGORIES: 5KM & 10KM



REGISTRATION FEE:



RM10 (24 YRS OLD AND BELOW AS OF 10 OCT 2010)

RM50 (OPEN CATEGORY - MEN'S & WOMEN'S)

For more info visit  http://www.nikerunning.nike.com/

Genting Trailblazer 2010

Genting Trailblazer International Cross Country

Date: 29 - 30 October 2010

Start and Finish: Awana Genting  Football Field

Distance: 6K,8K and 12K


For more info http://www.gentingtrailblazer.com/

Setahun sudah berlalu

Setahun sudah berlalu menjadi warga ham memang memberi sejuta pengalaman dan pengetahuan tentang teknologi komunikasi. Apa yang dapat disimpulkan bahawa dunia radio ini memang menyeronokkan dan memberi satu kepuasan tersendiri tentang apa yang kita minat.Kepayahan menjawab RAE terubat bila callsign yang diidamkan dizahirkan membolehkan kita menggunakan jalur yang dikhaskan untuk radio amatur.
Setakat ini hanya dapat bekesimpung dalam VHF sahaja. Cita-cita untuk mendapatkan sebuah rig masih lagi dalam proses kerana kepentingan lain lebih diutamakan. Apa yang penting dengan sebuah handy bolehlah digunakan untuk monitor dan memancar. Kebanyakan hanya monitor sahaja, untuk memancar perlu memastikan yang rakan itu boleh menerima audio kita maklumlah hanya kuasa pancaran 5 watt sahaja. Kalau guna pengulang bolehlah qso dengan rakan-rakan. Simplex pula disaltmine adalah V47 Alam Damai, manakala di base V38 dan V66 Beranang Semenyih. Rakan-rakan kalau datang ke kawasan Kajang, Bangi, Putrajaya, Semenyih, Beranang panggil-panggillah antara simplex ini pasti tidak mengecewakan. Tetapi bergantung pada masa dan hari itulah kerana rakan-rakan mungkin saltmine. jumpa dan jumpa lagi.
73, Jojet, 9W2DYA

Majlis Solat Hajat

SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras akan mangadakan majlis bagi anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini.

Tarikh:    2 Oktober 2010
Tempat:  Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai Kuala Lumpur
Tentatif:
                   8.45pagi Ketibaan IbuBapa dan tetamu
                   9.00pagi Tazkirah/Motivasi
                   9.30pagi  Solat Sunat Dhuha
                   9.40pagi  Solat Sunat Hajat
                   10.00pagi Bersurai

Rakan-rakan yang berkesudian dan berkelapangan dijemput bersama untuk mendoakan kejayaan anak kita.
73, Jojet, 9W2DYA

Mega Eyeball Aidil Fitri 2010

 

 

MEGA EYEBALL AIDIL FITRI 2010 akan berlangsung pada 3hb Oktober 2010, jam 4.00 ptg - 7.00 mlm, bertempat di Danga Bay Beach Club, Johor Bahru. Anjuran SKMM Wilayah Selatan, JASRA, MARTS, MARES, ASTRA JOHOR, ASTRA MELAKA, NESRAC, MERACC, PERAKAM, KRKPJB, KPFM, FAKULTI KEJURUTERAAN ELETRIK, UTM. HUBUNGI 9W2EKP @ 0177135768

Gotong-royong dan sambutan Aidilfitri Nesrac

Semalam repeater Nesrac telah pun dibaiki oleh rakan-rakan yang dipertanggungjawabkan. Tahniah semua yang bertungkus lumus membaikinya, hasil daripada monitor malam tadi terima audio sangat memuaskan semasa rakan-rakan qso. Nesrac turut akan mengadakan xtvt gotong-royang dan sambutan Aidilfitiri pada Ahad 26 September bermula jam 8 pagi diinfokan di Rumah Kelab. Rakan-rakan yang berkesudian dan berkelapangan bolehlah turut bersama menjayakannya. Jangan lupa bawa kuih raya hehe.

73, Jojet, 9W2DYA

The 2010 CQ WW DX Contest

Phone: October 30-31

CW: November 27-28

Starts 0000 GMT Saturday

Ends 2400 GMT Sunday

Objective: For amateurs around the world to contact other amateurs in as many zones and counties as possible.

Bands: All Bands, 1.8 through 28 MHz, except for WARC bands.


73, Jojet, 9W2DYA

Majalah CQ Amateur Radio Communications & Technology

Majalah CQ yang terkenal yang menyambut ulang tahun ke 65 sejak 1945 telah aku temui. Apa lagi belasah walaupun harga senaskah RM24.90 harga asal di US cuma $5.99 sahaja. Aku ambil bulan september 2010 sahaja, walaupun untuk bulan Julai dan Ogos turut dijual di Popular book shop di Mutiara Damansara di pusat membeli belah Ikano. Rakan ham yang bermnat boleh dapatkan segera dikhuatiri kehabisan stok boleh tunggu keluaran seterusnya pula. Banyak perkara baru dapat dipelajari dan diketahui melalui pembacaan majalah. Model-model radio yang terbaru dari jenama terkenal turut dapat diikuti. Berita-berita tentang perkembangan radio amatur terkini dapat memberi makluamat yang tepat dan terkini di serata dunia. Pembacaan ini membuka lebih minda dan pengetahuan yang sememang berkembang ikut peredaran terkini. Maklumat lanjut boleh melayari http://www.cq-amateur-radio.com/

73 Jojet , 9W2DYA

Result of the 2009 CQ WW DX CW Contest

First congratulation our Malaysian have list ini this result. Proud to be Malaysian.  They are 9M2JKL, 9M2CNC, 9M2TO OP:G4ZFE, 9M6LSC, 9M8YY OP:KM0O, 9M6YBG OP:JR3WXA on CW. Another is on QRP are 9M2MRS and 9M6XRO. Some of the DXpeditions that made the CQ WW CQ more interesting for all of us were 9M2CNC and 9M8YY. This achievement can be anspire to another Malaysian ham. Malaysia Boleh! log on http://www.cq-amateur-radio.com/
73, Jojet, 9W2DYA

Beraya di Ladang Cenas

 Raya tahun ini di Johor pula, tahun lepas di Bagan Serai rumah Ibu xyl. Pulang hari rabu sebelum raya dan pulang hari rabu selepas raya. Sempat juga monitor di frekuensi 145.737mhz transnasional astra dan 146.650mhz Jasra. Sepanjang hari raya qrl juga, sempat juga curi-curi monitor, tapi tak sempat hendak memancar ke pengulang Pulai. Qth atas bukit terus ke Pulai dapat terima 59 dengan baik. Jalur Jasra masa monitor dapat dengar lokalan V66 qso seperti 9w2nsx, 9w2ceh, 9w2dga dan 9w2mjr. Hari terakhir di johor cuba memancar Jasra tetapi tidak dapat disahut oleh rakan lain mungkin qrl dengan tugasan. Jalur Transnasional dapat juga qso dengan 9w2cig yang bermobile dari utara ke kawasan tengah ketika itu di higway plus kawasan juru. Semasa ke Johor Bharu pula monitor juga di 145.600mhz tak qsl repeater mana. Simplex kedengaran V47 rakan sedang qso di JB. Bulan disember ini balik lagi ke Johor boleh cuba lagi qso dengan rakan lain.9w2dya

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan ham di mana-mana berada. Maaf zahir dan batin. Berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung. Memandu ikut had laju kebangsaan bukan had laju kebanggaan. Selamat sampai ke tempat yang ditujui. Cq cq agar rakan lain lain dapat bertemu di udara dan bersalaman didaratan.9w2dya.

Gua Tempurong


Ini gambar bersama swl Fahmi di dalam Gua Tempurong yang lalu semasa mengadakan aktiviti meneroka

gua bersama pelajar-pelajar. Aktiviti yang menarik dan mencabar menguji ketahanan fizikal dan mental setiap

peserta. Bermula dengan meneroka melalui sungai bawah tanah hinggalah menaiki tangga hingga ke puncak.

Selepas itu menuruni tangga disajikan pemandangan yang indah dengan bantuan lampu-lampu yang dipasang

di beberapa lokasi. Paling menyeronokkan semasa menggelongsor dipermukaan batu dan ketika melalui

sungai di bawah batu dan melalui lubang atau lohong untuk melepasi halangan.9w2dya.


2 meter Net Sahur

Tarikh: 1 September 2010

Masa: Sahur

Pengawal Rangkaian: 9W2DGA

Radio Operator: Den Mega

QTH: Mantin, Negeri Sembilan

Contact: 46 stesen

Tahniah, Abg Den Mega terima anda 5 9 dari base kita Bandar Seri Putra, Bangi. Jumpa dan jumpa lagi 7 3.
9w2dya

2m Net Setia Bersama NESRAC

Rakan-rakan yang berkesudian dan berkelapangan bolehlah check net pada hari selasa waktu malam. Pada

bulan yang mulia ini, ia bermula selepas 10.30 malam. Pengawal rangkaian seperti biasa 9w2tbd Pak Taib

qth Seremban. Terima anda 5 9 dari base station kita tapi masih belum dapat memancar dapat monitor

hehe. Boleh check in melalui email, alamat email tak qsl? Tahniah Pak Taib meneruskan check net ini selepas

lama menyepi.9w2dya

2m net Ceria Bersama ASTRA

Tarikh: 22 Ogos 2010

Masa: 10.35pagi hingga 1.50ptg

Pengawal rangkaian: 9w2iku

Radio Operator: Pak Chat / Suhaimi

Contact: 90 stesen

Tahniah!
9w2dya

Malaysian Lighthouse weekend

Welcome to our website devoted to Ham Radio and Lighthouses.


There is a strong following of lighthouse enthusiasts around the world and amateur radio makes for an interesting connection.





Purpose of activities:



i. This event is not a contest, there are no prizes or any other enticements to participate and is therefore free of charge.



ii. To promote public awareness of ham radio and lighthouses in Malaysia.



iii. To acknowledge the contribution and recognition of the lighthouses and their keepers.



iv. To foster fellowship among members of the various Ham Radio clubs and Lighthouse Societies in Malaysia.



v. To gain experience for DX-peditions for the Ham Radio operators and to promote “exotic” Malaysia among International DXCC chasers or seekers.



vi. Pilot project proposed, as a future yearly event on the 2nd weekend of August and to be inserted in the Tourism Malaysia Calendar of the year.

vii. Since the 2nd weekend of August every year, coincides with the “Asia Pacific JOTA”, this ILLW event is extended to all Boy Scouts and Girl Guides via BP House Malaysia, to join in the fun at the light houses or contact the light houses via Ham Radio.


Aktiviti ILLW berulang kembali, kali ini lebih mencabar. Penganjur mengalu-alukan rakan-rakan untuk mengikuti aktiviti ini yang akan berlangsung pada 21 & 22 Aug 2010. Untuk pendaftaran bolehlah email terus kepada 9m2rdx@gmail.com.

Petikan dari http://www.mlhw-tggelang.blogspot.com/

The River Jungle Marathon 2010

Date: Sunday 15 August 2010

Time: 4.30 am (compulsory race briefing )
          5.00 am (start time )

Venue: Balai Polis Batu 18 Hulu Langat

Entry Fee: RM60

Run enquiries: 603 7877 7221

For more info www.themarathonshop.com.my/events/junglerun2010/

Good luck for all competitors.9w2dya

2m net Sahur Check Net

Semasa bersahur dibulan ramadaan yang mulia ini, sempat juga bercheck net sahur yang dikendalikan9m2yrs Pak Yup sehingga waktu imsak. Rakan-rakan bolehlah memeriahkan check net dibulan yang mulia ini sementara menunggu waktu subuh sebelum ke salt mine masing-masing. Tahniah Pak Yup atas usaha ini, saya berdoa agar dapat meneruskan menjadi net controller sehingga 1 Syawal. Mari rakan-rakan kita bersama memeriahkan jalur panjang Astra. Terima Kasih Astra.9w2dya

Tahniah atas penganjuran Eyeball QSO ADARC & ASTRA TENGAH serta Eyeball V66 menyambut bulan ramadan

Sekalung tahniah diucapkan atas penganjuran eyeball kepada kedua komuniti V47 dan V66 dengan jayanya pada minggu lalu. Malangny aku qrl tidak dapat turut serta bersama-sama untuk bersalaman didaratan. Khabarnya ramai rakan ham yang hadir pada kedua-dua majlis itu yang diadakan di Restoran D'Penghulu Batu 9 Cheras( dekat je dengan rumah mak aku) dan Restoran Rimba Klasik, Bandar Baru Bangi ( tak jauh dengan base aku ). Di harap ada lagi majlis ini pada masa hadapan. Aku juga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan ham. Selamat menjalani ibadah di bulan yang mulia ini. Semoga mendapat keberkatan dan kemuiaannya.9w2dya

146.875MHz sudah berfungsi

Hasil monitor pagi ini , frekuensi ini telah berfungsi dengan baik terima audio di Cheras Selangor 4 8.
9w2dy

Malakoff University Duathlon Series

Races Date: 7th August 2010

Races Start/Finish:  Pusat Sukan Parking Lot, University Putra Malaysia Serdang

Races Start: 7.30am bike/gear check
                    9.00am-Race start

Race kit collection: Friday 6th August 2010
                             Pusat Sukan University Putra Malaysia
                              2.00pm-5.00pm

Race Briefing:  Friday 6th August 2010
                       Dewan Serbaguna Pusat Sukan University Putra Malaysia
                       3.00pm to 4.30pm

Category:  Men's University
                 Women's University
                 Men's Open
                 Women's Open
                 Men's Team
                  Mixed Team
                 Media

For more information please website http://www.duathlonseries.com.my/
9w2dya have a good race!

Eyeball V66 Menyambut Bulan Ramadan

Pihak V66 simplex komuniti menjemput mana-mana rakan amatur atau swl  untuk datang ke eyeball julung kali diadakan oleh rakan-rakan V66

Tarikh: 7 Ogos 2010
QTH:  Rimbun Klasik Bandar Baru Bangi
Masa: 5 petang dan keatas

maklumat lanjut layari http://www.v66ham.blogspot.com/

Korobori dan Pertandingan Kemahiran dan Kepandaian Pengakap Kanak-kanak

Korobori dan pertandingan kemahiran dan kepandaian Pengakap Kanak-kanak Daerah Hulu Langat

Tarikh:  6 - 8 Ogos 2010 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat:  SK Taming Jaya, Balakong Hulu Langat
Penyertaan: Sekawan 6 Pengakap Kanak-kanak Hulu Langat

Tahniah Hamfest 2010

Kesempatan mengunjungi Hamfest yang pertama harap ada lagi selepas ini pada sabtu 31 Julai bersama xyl. Tiba di kaki KL Tower kelihatan ramai pengunjung berpusu-pusu ke sana. Selain hamfest, ada acara lain juga berlangsung sepanjang hujung minggu itu. Sampai di pintu masuk terpampang banner besar hamfest lalu bergambar kenangan. Terus menapak ke tempat pendaftaran.Sepanjang perjalanan kelihatan jelopi rakan-rakan di tepi jalan. Sampai sahaja di meja pendaftaran di sambut urusetia 9w2bdl dan dua orang yang tak pasti callsignnya. Terus daftar bersama xyl mendapat lencana dan terus ke kaunter tiket untuk mendapat sticker KLTower dan terus naik ke tower head 3. Acara yang sedang berlangsung adalah Santai bersama Ham Veteran 9m2fk dan 9m2gj dipengerusikan oleh Pak Yup 9m2yrs. Ramai juga rakan ham bersama-sama dalam aktiviti santai ini. Seisi soal jawab bersekitar pengalaman kedua rakan ham veteran ini. Soal jawab dikemukakan oleh rakan ham bagi berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Apa yang ditekankan oleh kedua rakan ham veteran ini adalah betapa pentingnya warga ham mengikuti SOP dalam qso. Ini penting bagi menghormati rakan yang sedang qso bersama rakan yang lain. Pengalaman kedua mereka ini memberi satu pengalaman yang baru disamping bertukar-tukar cerita dengan rakan yang lain. Tahniah juga kepada 9m2yrs berjaya mengandali  ini dengan baik sekali. Selesai sudah acara, sumbangan hadiah oleh pihak penganjur diikuti dengan bergambar kenangan. Dapatlah juga bersama-sama rakan ham yang lain semasa di megaview. Sempat juga aku bergambar dengan 9m2fk,9m2gj dan 9m2yrs. Ada juga kenalan lama hafiz 9w2wrk bersalaman didaratan dan rakan lain seperti 9w2bhl Pak Farid. Selepas itu, tidak melepaskan peluang untuk bergambar suasana Kuala Lumpur. Sebelum naik lif yang laju itu, sempat bersalaman dengan Azam 9w2zxz yang baru tiba dari Johor semata-mata hendak menghadiri aktiviti santai itu. Beliau turut memberi peta dunia ham kepada kedua rakan veteran semasa penyampaian hadiah. Selepas puas bergambar aku dan xyl turun bawah. Tibanya dibawah hujan turun dengan lebatnya. Jumpa pula dengan  Iqbal 9w2mrq di bawah ketika menunggu hujan reda untuk melawat ke tapak pameran yang lain. Selepa itu, bergambar lagi dengan beberapa rakan yang lain sebagai kenangan. Apabila dah reda  terus ke tapak pameran bahagian komunikasi polis dan Skuad penyelamat DBKL. Ketika ke sana terserempak pula dengan Ben 9w2lmf bersama rakannya yang tidak pasti callsignnya. Turut bersalaman dengan 9w2rvs ketika hendak balik ke tempat pendaftaran. Selepas itu dapat juga melihat hasil homebrew 9w2rf memang mengagumkan. Balik dengan kepuasan kerana mendapat satu lagi pengalaman yang berharga. Harap masa hadapan diadakan lagi Hamfest untuk merancakkan lagi aktiviti radio amatur di Malaysia.9w2dya
Gambar diambil daripada blog 9w2mrq.Gambar bersamanya di Hamfest 2010

Practical Wireless majalah radio amatur

Selepas mengunjungi KL Tower sempena Hamfest 2010 sempat juga aku ke KLCC untuk jalan-jalan cari makan. Terjumpa pula satu majalah radio amatur ditingkat atas berdepan dengan Petrosains di kedai buku yang terkemuka di sini. Majalah berkaitan tentang dunia radio amatur. Harga untuk pasaran di kedai itu adalah RM26.90 jadi rakan yang berminat boleh mencarinya kerana ia jual berdasarkan bulan terkini. Selain itu penerbit yang sama juga ada mengeluarkan majalah RadioUser berkaitan tentang listening. Maklumat lanjut boleh layari http://www.mysubcare.com/   Bertambah lagi majalah yang boleh didapati dipasaran. Selamat membaca.9w2dya

6th Asia-Pasific Regional Air/Internet Jamboree

Jota APR ke 6 akan diadakan pada 7 dan 8 Ogos 2010. Perseketuan Pengakap Malaysia diamanahkan untuk menjadi host pada tahun ini. Maklumat lanjut boleh melawat http://www.apraij.scouts.my/
9w2dya

HAMFEST 2010

Hamfest 2010 akan berlangsung di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30-31 Julai hingga 1 Ogos 2010.
Tujuan diadakan Hamfest yang pertama ini adalah untuk memberi pendedahan orang ramai berkenaan dengan konsep penggunaa Radio Dua Hala semasa aman dan bencana di Malaysia. Maklumat lanjut hubungi penganjur Azli Paat 019-3398905 azlipaat@gmail.com dan urusetia LT. (B) Khairul Annuar 014-2256729.
website http://www.hamfest.my/

Peluang untuk bertemu rakan ham di Hamfest yang pertama. Mesti ramai rakan-rakan yang akan hadir sepanjang aktiviti berlangsung. Kalau ada kesempatan dan kelapangan ingin turut serta bersalaman didaratan. jumpa jumpa lagi 9w2dya

Monitor 2m net V33 Gombak

2m net V33 Gombak oleh pengawal rangkaian 9w2zxr qth Pinggiran Batu Caves pada ahad 11 Julai 2010 jam 9.30 malam. Ia turut dibantu oleh 9w2rgr qth Taman Seri Gombak sebagai penghulu V33 memantau acara dijalankan.
Monitor dari base Bandar Seri Putra Bangi menggunakan handy dengan kuasa 5 watt di tingkat 4 menghadap ke utara Kuala Lumpur. Berikut adalah senarai rakan yang menyertai 2m net yang dapat dipantau serta penerimaan audio dari base:

No.     Callsigan             Radio Operator                  QTH                                   RS                          Kuasa
1.       9W2BGH           Yusof                 Pinggiran Batu Caves                          negative copy          
2.       9W2WMT         Wak Terbang      Serdang                                              5 9                           10w
3.       9W2BHM           Ibrahim                                                                         negative copy
4.       9W2XAC           Zawawi               Country Home Rawang                       2 4                           50w
5.       9W2BMG           Megat                Gombak      Mobile                              3 7       
6.       9W2OOA           Tok Uban           Wangsa Maju Seksyen 10                   5 9   
7.       9W2RGR            Wak Sapran        Taman Seri Gombak                           5 9                            5w
8.       9W2BDT             Fuad                    Portable                                           negative copy
9.       9W2WNN          Wan                   HUKM Cheras                                    3 7                            5w
10.     9W2MFP            Faizal                                                                            negative copy
11.     9W2XSQ            M. Suhardi          MRR2 Ampang Mobile                        4 8
12.     9W2NIA             Wan                    Gombak                                               5 9
13.     9W2DML            Hairi                                                                             negative copy
14.     9W2ICC              Paan                                                                               5 9                         15w
15.     9W2ZXC             Zack                   Damansara                                        negative copy
16.     9W2AWU            Hairul                                                                             3 8                         25w
17.     9W2TKI               Tok KI                                                                        negative copy
18.     9W2EES              Hisham                Mobile                                               negative copy            7w
19.     9W2NSW           Wan                    Ampang                                             negative copy             5w
20.     9W2XRS             Pak Din                                                                           2 8
21.     9W2ZTF              Mat                     Rawang                                              negative copy          25w
22.     9W2LTD              Ayai                    Ampang   Mobile                               negative copy
23.     9W2IIT                Mus                                                                                3 8
24.     9W2CWB            Amran                                                                           negative copy           5w
25.     9W2NID              Fendi                   UIA                                                   negative copy

Kalau salah diperbetulkan, itu yang dapat dicopy.9w2dya

Majalah Radio dan komunikasi Monitoring Monthly

Semalam jalan-jalan cari barang di pusat membeli belah di Cheras Selatan terjumpa satu majalah mengenai radio terbitan dari UK. Selalunya kalau jumpa longgokkan majalah-majalah yang telah lama penerbitannya memang aku akan mencari-cari mana-mana majalah yang boleh dijadikan koleksi. Selalunya mencari majalah berkaitan dengan minat seperti Runners World, Mountain Bike, Traithlon, Camping, Backpackers, Climbing dan lain-lain lagi. Semalam terjumpa pula majalah yang berkaitan tentang radio iaitu majalah Monitoring Monthly February 2008 no2 vol 3. Harga cuma RM5 apalagi tanpa teragak-agak terus kebas walaupun terbitan 2008. Apa yang penting majalah berkaitan dengan radio telah aku temui. Pelbagai pengetahuan dan isu diutarakan dalam majalah ini. Terjumpanya majalah ini telah membuka mata bahawa banyak perkara yang tidak diketahui telah menambahkan lagi pengetahuan. website http://www.monitoringmonthly.co.uk/
Banyak perkara yang berkaitan dengan radio komunikasi telah didedahkan dalam penerbitan ini. Kita tunggu pula majalah dari Malaysia pula, harap adalah nanti.9w2dya

Langkawi International Mountain Bike Challengge 2010

About LIMBC
It doesn't matter if you're an avid mountain biker or a closet extreme sports junkie, the Langkawi International Mountain Bike Challenge 2010 is just the pick-me-upper that you've been looking for.
The advent of Langkawi International Mountain Bike Challenge 2010 births a new chapter for cycling as a sport in the legendary island of Langkawi, Malaysia. This inaugural event, under the patronage of Tun Dr. Mahathir Mohammad, aims to be the nexus of cycling and environmental stewardship within serene green Langkawi.
Look out corporate and weekend warriors because we're gonna morph you into Eco Warriors through the lens of adventure. With tracks to cater to leisure cycling as well.
So what are you waiting for? You're just a few clicks away from your next mountain bike challenge.

Type of Events
i. Olympic Cross Country (1 lap = 4.3km) 2 hours

i. Junior Men (18 years below or born 1992 above)

ii. Elite Men (19 years above or born 1991 below)

iii. Elite Women (19 years above or born 1991 below)

iv. Masters Men (35 years above or born 1975 below)

ii. Marathon Cross Country (Endurance) (1 lap = 8.5km) 6 hours

v. Open

Events Detail


THURSDAY Aug 5th Team Arrival

FRIDAY Aug 6th Team Managers' Meeting

SATURDAY Aug 7th 0900hrs - 1045hrs

Elite Women FINAL (1Hr 45Min)

0900hrs - 1045hrs

Junior Men FINAL (1Hr 45Min)

1100hrs - 1300hrs

Elite Men FINAL (2Hrs)

1100hrs - 12.45hrs

Men Masters (1Hr 45Min)

1320hrs -

Awarding Ceremony

Venue: Kampung Tok Senik

SUNDAY Aug 8th 0900hrs - 1500hrs

Open (6Hrs)

1530hrs -

Awarding Ceremony

Venue: Telaga Harbour

NOTE : Profile of both venue is located in the appendix.

Entry Fees
Overseas Participation - 30USD (US Dollars)

Local Participation - RM30 (Malaysian Ringgit)

*Please note that the registration fee is a one-time payment that allows you to participate in both events.

Registration of entries can be made through the website or you can download the PDF form, complete the details and fax it back to us together with the bank-in slip as proof of payment.The transponder fee should be made during the distribution of body and frame numbers.
A deposit of RM50 will be charged for the bike transponder, payable during the race number collection. The deposit will be refunded to you once you return the transponder in its original condition after the race

Rules & Regulations


1.0 GENERAL RULES

1.1 You may ONLY use 26" or 29" wheeled mountain bikes (you must start and complete the entire race with your entire bike).

1.2 You may ride, push or carry your bike the entire course, but are not allowed to block a fellow competitor.

1.3 No cyclo-cross bikes, touring bikes or road bikes allowed.

1.4 Helmets are compulsory.

1.5 Shoes or footwear covering the entire foot are compulsory and must be worn throughout the entire race.

1.6 The prepared racing number plates are to be used in the front of the bikes. Number plates are to be secured to the bike with the provided zip ties, you may ALSO use any other form of attachment.

1.7 Bending, cutting or modifying of prepared number plates is strictly not allowed. No replacement will be made available. This practice will result in immediate disqualification without enquiry.

1.8 All cloth race number tags will need to be placed on the lower back of your jersey and right thigh.

1.9 Any width-sized tyres may be used. Competitors may use semi slick tyres but NO road slick tyres.

1.10 All competitors are to be responsible for any of your own mechanical breakdowns or issues arising on the trail/track, i.e. flat tire, broken chain, broken seat-post, etc.

1.11 To be eligible FOR prize money, you MUST FINISH the designated amount of laps.

1.12 Rules will be applied but due discretion will also be exercised on a case to case basis.

2.0 ASSISTANCE

2.1 You may NOT seek any form of external mechanical assistance from your team management or supporters outside the race.

2.2 Mechanical assistance can be provided by your team management only at the designated feed zone. All repairs need to be done by the riders themselves. Physical assistance to the riders is STRICTLY prohibited.

2.3 Failure to finish the race either by mechanical or injury will render the competitor a 'Did Not Finish' (DNF) Status.

2.4 There will be a designated feed zone, team management or team personnel may hand out water, refreshments or assistance to riders in this designated feed zone.

2.5 Team management or personnel are NOT allowed to run alongside competitors or block other competitors from receiving aid.

2.6 Handing out of aid or mechanical assistance must be static.

2.7 Competitors may receive verbal mechanical assistance but NO physical mechanical assistance, i.e. changing of punctured tire will need to be done by the rider involved, spares provided for by team management.

3.0 PRIZE MONEY

3.1 To win the prize money you MUST FINISH the designated amount of laps.

4.0 PROTEST

4.1 In the event of a protest, complains MUST be filed officially in writing, at the race secretariat within 10 minutes of crossing the line, accompanied with a RM500.00 deposit. No verbal protest will be entertained.

4.2 Your deposit will be returned if your protest is successful.

4.3 The deposit will be forfeited if your protest is unsuccessful.

4.4 Protests forms are available at the race secretariat.

4.5 A decision will be made within 30 minutes of filing of the protest. Race management's decision is FINAL.

4.6 Rules will be applied but due discretion will also be exercised on a case to case basis.

5.0 VISA

5.1 The organiser will not be responsible for the application of visa for teams and individuals to Malaysia. In the event that you need the organiser's help for a letter of assurance, please notify us in advance.

6.0 INSURANCE

6.1 Riders or cyclist are advised to have their own Insurance. In the event that you require one to cover yourself, our Malaysian National Cycling Federation are able to issue a licence that has insurance coverage at a cost of RM30.00 for the duration of the race.

7.0 LICENCE CONTROL & DISTRIBUTION OF FRAME / BODY NUMBERS

7.1 The licence control and distribution of frame and body numbers shall take place on August 6th, 2010 from 10.00am to 12.00 noon at the race Secretariat Office.

8.0 CONDUCT OF RIDERS (Rider's Behaviour During The Race)

8.1 As stipulated in the UCI MTB Regulations,

Article : 4.1.034 (iii) A rider must act in a sporting manner at all times and SHALL NOT obstruct faster riders from overtaking.

Article : 4.1.036 of UCI MTB Regulations state that the riders must respect nature and shall not pollute the course venue.

9.0 FEEDING &TECHNICAL ASSISTANCE ZONE

9.1 Article 4.2.033 stipulate that only the coach and mechanic is allowed at the designated zone. Two zones will be identified for XCO (Olympic Cross Country) event whilst three feeding and technical assistance zone for the XCM (Marathon Cross Country).

9.2 Feeding is only allowed at the feeding zone.

9.3 No running during the feed.

9.4 No turning back for feeding.

9.5 No feeding from the public, failing which shall be penalised according to UCI : Rules 12.1.040 (23) Unauthorised refreshment. The penalty is RM150.00 fine.

9.6 Article 4.2.044 stipulate that replacement of any parts is allowed other than the frame. Riders are allowed to give their technical assistance only between riders of the same team outside the Technical Assistance zone.

10.0 OVERLAP RIDERS

10.1 Retired rider will be classified as DNF (Did Not Finish)

10.2 Rules 4.2.060 Overlap riders must come to the Finish line and exit through the designated finish lane. They will be listed in the result with 'lap down' laps.

10.3 Rules 4.8.017 stipulate that riding too slow 80% slower than the lap time estimated will be pulled out of the race.

11.0 PROGRAMME CONTENT

11.1 Rules 1.2.047 says that all participants shall assume to know and accept the content of the programme (race schedule) and race location.

ANTI DOPING RULES - Riders must accept these rules as a condition of participation and shall be bound by them.

* Where not stated rules governed by the UCI will be administered. HAVE FUN RACING!

Race Management

visit http://www.mtbmalaysia.com/


 

Perkhemahan Unit-unit Beruniform 2010

Pada 7 hingga 9 Mei 2010 yang lalu unit Ko-kurikulum SMK Bdr Tun Hussein Onn 2 Cheras telah mengadakan perkhemahan unit-unit beruniform bertempat di Kem Wirajaya Forest Resort, Sg Chongkak Hulu Langat Selangor.Hampir 90 orang pelajar yang terdiri daripada ahli-ahli badan uniform seperti Pengakap, Kadet Remaja Sekolah,Kadet Polis dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah terlibat dengan pelbagai aktiviti yang menarik disediakan.
Kem ini terletak berhampiran dengan Hutan Lipur Sg Chongkak. Melalui pintu masuk ke tempat letak kereta di hutan ini, kem ini terletak di atas bukit sebelum memasuki kawasan hutan lipur. Mendaki bukit sangatlah curam walau bagaimanapun kereta boleh mendaki terus ke kem ini. Ia terletak di antara jalan dari Sg Chongkak ke Hulu Perdek. Terletak betul-betul diatas permatang bukit pihak pengurusan kem menyediakan pelbagai kemudahan seperti dewan, dewan makan, bangsal untuk peserta serta chalet untuk guru-guru pengiring serta kemudahan bilik air dan tandas.
Rata-rata peserta sangat seronok dan bergembira dengan aktiviti yang disediakan walaupaun tidak cukup tidur kerana menjalankan aktiviti tanpa henti. Mereka mengeluh tidak cukup tidur tetapi teruja untuk meneruskan pelbagai aktiviti yang mencabar serta memberi sejuta pengalaman dan pengetahuan. Aktiviti di kem ini dijalankan oleh tenaga pengajar dari Jabatan Pertahanan awam yang sangat berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai aktiviti menyelamat.
Pemerhatian saya aktiviti yang dijalankan sangat berfaedah kepada generasi muda kini yang hidup serba kemewahan. Apabila didedahkan dengan pelbagai aktiviti luar mereka dapat mempelajari pelbagai aspek ilmu ikhtiar hidup dan menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan.Pendidikan luar adalah satu cabang ilmu yang boleh dipraktikkan keadaan semua pelajar bagi merealisasi falsafah pendidikan negara yang berkehendakkan melahirkan pelajar yang holistik serta berguna dan menjadi generasi yang lasak serta berpandangan jauh. Rata-rata generasi kini hidup dalam kemewahan dan kesenangan, jadi latihan ini sebagai persediaan mengahadapi sebarang kemungkinan yang mendatang. Selain menjadi lasak, aktiviti luar dapat membentuk peribadi seseorang menjadi yang positif dalam menangani pelbagai permasalahan dan cabaran mendatang. Mereka dilatih bekerja sebagai satu pasukan dalam menyelesaikan tugasan yang diberi oleh jurulatih. Peserta juga menggunakan pengetahuan dan ilmu yang dipelajari di sekolah dapa dipraktikkan di sini seperti subjek Sains, Kemahiran Hidup dan Geografi.Semangat kerjasama yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan dapat mengeratkan hubungan dan kesatuan pada diri pelajar. Sikap mementingkan diri sendiri dikikis bagi menjadikan seorang yang boleh menyesuaikan kepada persekitaran. Penyesuaian diri pada persekitaran amat penting bagi melatih pelajar tidak panik dan takut kepada kesukaran dan masalah yang menimpa. Pelajar yang bijak menyesuaikan di pada persekitaran terutam di dalam hutan yang merupakan luar dari kebiasaan secara tidak langsung melatih pelajar berfikir dari luar kotak pemikiran dan keselesaan. Ini turut melatih pelajar berfkir secara kreatif dan inovatif dalam menjalani kehidupan seharian. Latihan pendidikan luar ternyata amat berguna bagi setiap diri individu sebagai melahirkan generasi yang berwawasan dan sanggup menempuh pelbagai rintangan.Rata-rata pelajar yang mengikuti program ini terus bersemangat dalam apa jua aktiviti yang dilakukan di sekolah.
Berbalik kepada kem ini, saya ketika tiba melihat kemudahan yang disediakan adalah amat asas sekali. Melihat kepada pengisiannya amat baik dan berbaloi terhadap apa yang kita belanjakan. Saya terlihat jelopi rakan ham yang callsign lupa hendak dicatatkan. Ingatkan dapatlah bersalaman di daratan. Tetapi tidak ada rezeki selepas aktiviti ikhtiar hidup diadakan kembali ke kem jelopi rakan itu sudah tiada.9w2dya

Gunung Hitam, Hulu Langat

Pemandangan dari Puncak Bukit Resam Ambat


Pemandangan berkabus di puncak


Bergambar kenangan selepas penat mendaki


Kepuasan terpancar berjaya menawan Bukit Resam Ambat




Ekspedisi  cuti tahun Baru tahun lepas aku bersama tiga rakan untuk meneroka laluan baru ke puncak Gunung Hitam terletak di Banjaran Titiwangsa sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan.Xpdc bermula di Genteng Peres lat 3.1181'N ,long 101.9616'E sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan menyusur laluan bekas trek balak ke atas puncak bukit. Kemudian perjalanan turun melului lembah dan lurah sepanjang sempadan dilihat melalui peta sahaja. Batu sempadan tidak kelihatan berbanding dengan puncak-puncak gunung di trantitiwangsa. Jadi kami bergantung kepada kedudukan gps garmin dan pemerhatian terhadap peta dan keadaan muka bumi terutama aras ketinggian sesuatu tempat. Pengalaman rakan-rakan juga turut membantu dalam mencapai ke puncak. Seterusnya perjalanan di tanda sebagi CP 1 lat 3.126'N, long 101.9623E dengan ketinggian 683m dari aras laut.  Kemudian recce diteruskan lagi mendaki dan menuruni dicelah-celah pokok dan puncak-puncak permatang ke Bukit Batu Bulan. Puncak Bukit Batu Bulan lat 3.1429'N, long 101.9632N dengan ketinggian 897m dari aras laut. Akhirnya perjalanan dah semakin lewat hanya tiba ke puncak bukit Resam Ambat 1129m dari aras laut lat 3.152'N, long 101.9589N mengambil gambar kenangan di sini. Pemandangan ditutupi pokok-pokok di atas puncak batu menanda tamatlah penerokaan ke puncak Gunung Hitam tidak kesampaian. Perjalanan pulang patah balik semula ke Genteng Peres selamat tiba waktu malam selepas sehari perjalanan trekking.
9w2dya

Gotong-royong perdana membersih dan renovate clubhouse Astra wilayah tengah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,




Disini kami memohon kerjasama semua terutama AJK/Biro & Ahli-ahli ASTRA dan semua Amatur/SWL bagi memaklumkan serta menjayakan aktiviti seperti dibawah :



Tarikh : 4hb Julai 2010 ( Ahad)

Masa : 1:00 Tghari - Hingga selesai.

Tempat : No 5A Jln. Pengeluaran U1/78, Batu 3 Light Industrial Park,

40150 Shah Alam Selangor

GPS Info : will be updated soon!!
Infokan kpd semua, supaya membawa bersama peralatan-peralatan utk kerja-kerja pembersihan. Sebarang bentuk sumbangan seperti perabot, peralatan-peralatan elektrik ataupun wang ringgit amat dialu-alukan.



Utk details, sila hubungi Program Coordinator dibawah :



9W2WPC - En. Badrul 017-3092630

9M2VOL - En. Kamal 012-3160357



Atau mana-mana AJK/Biro yang berhampiran. Terima kasih diatas sokongan & kerjasama semua.



73s de 9m2gtr

Timb.Peng. Negeri - Astra Wilayah Tengah
Petikan dari astra-tengah.blogspot.com
9w2dya

Cuti sudah habis

Cuti sudah habis memulakan hari seperti sedia kala sibuk dengan tugasan. Lama tak qso qrl dengan tugasan di base. Sampai saltmine baru dapat mencapai internet. Sepanjang cuti terdapat pelbagai peristiwa di kalangan rakan ham yang ada kehilangan orang tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat tuhan dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.9w2dya

Fraser Hill

Cuti hujung minggu yang lalu berkesempatan bercuti ke Fraser Hill, Pahang melalui Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor. Selepas ke waliamtul urus di Selayang jalan Hulu Yam , Sungai Tua persandingan rakan saltmine terus ke Fraser Hill melalui kawasan perkelahan Sungai Tua dan empangan Batu kelihatan ramai orang mengambil cuti bersama keluarga. Perjalanan melalui Pekan Hulu Yam Baru dan Batang Kali dan turut melewati simpang ke Genting Highlands.Selepas melalui pekan Kuala Kubu Baru perjalanan diteruskan melalui kawasan empangan Sungai Selangor yang pada masa dahulu menjad tumpuan aktiviti berkelah di sungai yang berjeram. Kini hanya tinggal kenangan setelah kawasan ini ditenggelami air akibat projek empangan air untuk keperluan rakyat Selangor. Pengunjung terus memberi tumpuan di kawasan Pertak untuk bermandi-manda dikawasan air sungai yang berjeram deras dan mengasyikkan dengan kedinginan terutama pada waktu panas. Kelihatan banyak kereta diletakkan dibahu-bahu jalan menunjukkan betapa ramainya orang berkunjung ke situ.
Seterusnya perjalanan terus mendaki dan berliku-liku menyebabkan xyl aku pening kepala kerana jalan yang berpusing-pusing. Nasib baik driverpun tak pusing kalau tidak masuk gaung habislah. Jadi berhati-hati ketika memandu di sini kerana selekoh yang tajam di samping jalan yang sempit. Kelihatan sekumpulan kera dapat dilihat sepanjang perjalanan ke Gap. Kita juga akan melalui kawasan bersejarah semasa zaman sebelum kemerdekaan dahulu, tempat serangan pengganas komunis terhadap pasukan keselamatan. Tibanya di Gap kelihatan projek menaik taraf kemudahan dan Rumah Rehat Gap sedang rancak dijalankan. Pembinaan jambatan gantung yang baru menjadi daya tarikan baru dan menarik sementara menunggu giliran naik ke Fraser Hill. Setibanya di Gap pintu ke sana sudah tutup memaksa aku menunggu hampir sejam sebelum giliran naik ke atas. Waktu ganjil adalah untuk kenderaan naik ke atas, manakala waktu genap adalah kenderaan turun dari Bukit Fraser. Sebelah negeri Pahang ini di bina kemudahan Surau, gerai dan tandas membolehkan aku berehat seketika menikmati mili tarik sebelum meneruskan perjalanan.
Tepat pukul 5 kelihatan banyak kenderaan telah beratur untuk meneruskan perjalanan ke atas. Perjalanan satu hala terus ke Fraser Hill sejauh 8km hinggalah ke pusat bandar berhenti dan mencari tempat penginapan.Nasib menyebelahi aku dan xyl kerana hanya terdapat sebuah bilik deluxe yang tinggal di Puncak Inn. Jadi di situlah aku bermalam untuk bercuti di kawasan peranginan yang masih lagi mengekalkan keindahan dan kehijauannya. Di pekan ini terutamanya menara jam terdapat pembinaan untuk mengindahkan lagi kemudahan yang ada. Kesempatan juga bergambar kenangan di sebelah petang dengan suhu yang diingin menjadi kenangan yang tidak dapat di lupakan. Bukan sahaja penduduk tempatan berkunjung di sini, malahan warga asing terutamanya dari Singapura turut berkunjung di Little England ini. Selepas melihat-lihat bilik dan meninggalkan barang. aktiviti di teruskan dengan jalan-jalan cari makan. Terus ke medan selera untuk mengisi perut yang lapar di kawasan taman permainan yang telah dinaik tarafkan.Walaupun harga makanan sedikit mahal tetapi perut yang lapar perlulah diisi selepas perjalanan yang panjang.Ketika ini aku terperasan kenderaan rakan ham 9w2ppd dan 9w2tmp tetapi tak tahu mana tuan yang empunya kenderaan.
Ketika malam cuaca dingin dengan kabus yang tebal meyejukkan hingga ke tulang. Lama sudah tidak merasa suasana begini selepas lama sudah tidak mendaki gunung.Lebih-lebih lagi bersama isteri tercinta mengambil gambar kenangan kerana pada sebelah malam pihak berkuasa menyediakan lampu limpah di tengah-tengah pusat tumpuan pelancong.
Pada keesokan harinya pada hari ahad 30 mei 2010 aktiviti selepas sarapan adalah trekking ke denai Hammant sejauh 1km. Denai hutan ini menarik untuk melihat keindahan hidupan hutan terutamnya burung-burung yang sememangnya banyak  terdapat di Fraser Hill. Seterusnya berjalan ke Paddock dan tempat aktiviti memanah dan woodball.
9w2dya

Bali, Indonesia

Gambar di pintu gerbang tradisional masyarakat Bali di Ubud salah satu tempat peranginan yang menarik tumpuan pelancong seluruh dunia. Kawasan tanah tinggi yang udaranya nyaman dan segar menjadi tarikan utama di sini. Banyak kedai-kedai menjual cenderamata untuk di bawa pulang sebagai kenangan  yang datang ke sini. Selain kedai cenderamata, pusat spa dan pelbagai restoran menyajikan makanan dan minuman yang istemewa. Masalah penginapan tidak timbul kerana banyak resort-resort yang menarik wujud mengikut bajet kita. Persekitarannya juga menarik di kawasan persekitaran sawah padi dan bukit yang menghijau. Pada sebelah malamnya juga pusat-pusat kebudayaan ada mengadakan pertunjukan kebudayaan seperti tarian barongan dan macam-macam lagi. Selain Ubud banyak lagi tempat yang menarik di sekitar pulau Bali ini. Ibu kota Denpasar seperti ibukota yang lain sibuk dengan pelbagai aktiviti perniagaan.

Callsign dijumpa di pejabat atau rumah-rumah di Denpasar. Bersalaman dengan rakan ham. Ketika itu aku belum mempunyai callsign tetapi dan berjinak-jinak dengan radio amatur



Lokasi di Bali Indonesia, jalan-jalan cari makan bersama xyl.Terdapat banyak antena disana-sini. Penggunaan radio dua hala disana sangat meluas. Gambar di Legian dan Kuta juga mejadi tarikan pelancong walaupun pernah dibom oleh militan masih lagi menjadi perhatian. Ada memorial dibina bagi memperingati mangsa-mangsa serangan bom itu. Pantai Kuta tempat bermain papan luncur dan bermandi-manda. Memang ramai orang di sini melakukan pelbagai aktiviti riadah  terutamanya waktu petang. Pusat membeli-belah yang banyak juga terdapat untuk melihat pelbagai kerenah manusia yang datang dari pelbagai sudut dunia.

9w2dya

Dxing V47 Alam Damai Amateur Radio Community

Alam Damai V47 akan mengadakan DXing di Hutan Lipur Gunung Nuang, Hulu Langat Selangor.
Tarikh: 28 hingga 30 Mei 2010
Hari: Jumaat hingga Ahad
Jam: Selepas Solat Jumaat.
Bayaran kepada pihak penganjur untuk perbelanjaan makan dan minum. Penginapan sendirian berhad boleh pacak khemah sendiri. Maklumat lanjut hubungi adarc47.blogspot.com

9w2dya

Jambori Di Udara Malaysia ke 3

Jambori Pengakap 1 Belia 1 Malaysia bersempena Hari Belia Negara 2010 berlangsung di Wetland Putrajaya 14 hingga 16 mei 2010 bertemakan belia kreatif pemacu pembangunan negara.Kesempatan dengan itu lebih kurang 5000 orang ahli pengakap telah mengambil bahagian memeriahkan sambutan Hari Beli Negara. Dianggarkan lebih 4000 ahli pengakap telah berkampung di tapak perkhemahan yang mewakili kontinjen negeri masing-masing dalam menyertai pelbagai aktiviti JOTA Malaysia ke 3. Terdapat beberapa stesen radio amatur telah diwujudkan bagi memeriahkan aktiviti ini seperti 9m4sjz dan 9m4sjb.
Sempena dengan JOTA Malaysia ke 3, Pengakap kumpulan ke 61 daerah Hulu Langat turut mengadakan aktiviti JOTA di SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan ahli pengakap. Seramai 51 orang ahli telah hadir bagi memeriahkan lagi aktiviti ini. Bermula dengan pendaftaran setiap ahli diikuti dengan persiapan bahan-bahan pameran berkaitan radio amatur oleh ahli yang mengambil bahagian. Pihak penganjur ada menyediakan hadiah untuk pertandingan pameran radio amatur dan pertandingan mengenal callsign terbanyak. Selepas ruang pameran telah sedia untuk dipamerkan bermulalah acara pertandingan mengenal pasti callsign terbanyak.Peserta - peserta monitor di jalur astra jalur panjang, kebetulan ketika itu berlangsungnya 2m net setia bersama astra 9m4chm yang dikendalikan oleh 9w2lst. Jadi pelajar belajar bagaimana qso dijalankan. Setelah sejam berlalu peserta berjaya mendapat seberapa banyak callsign. Pihak Astra tengah juga telah mengambil bahagian sempena hari belia ini di Presint 2, dikhabarkan telah mendapat sambutan yang hangat dikalangan rakan ham dan orang ramai di tapak pesta.
Selepas monitor aktiviti seterusnya adalah penerangan tentang radio amatur dan cara qso dengan stesen lain kepada peserta. Pelajar diterangkan tentang perkara-perkara berkaitan qso. Setelah memahami penggunaannya. Bermulalah acara kemuncak memanggil mana-mana stesen di sekitar lokalan. Hanya menggunakan handy dengan kuasa pancaran 5 watt sahaja serta antena rubber sahaja membolehkan memancar di mana-mana simplex. Memanggil mana-mana rakan dapat contact V25 dengan 9w2llh Pak Long ketika itu di Bandar Mahkota Cheras, memberi peluang kepada ahli pengakap kendalian Amirul untuk qso bersama beliau.Memancar di padang sekolah dan ahli pengakap monitor perbualan tersebut setelah beberap kali memanggil. Ahli semua sangat teruja apabila satu contact dapat dilakukan.Selepas itu terputus hubungan kebarangkalian Pak Long telah bermobile jauh dari jangkauan.
Selepas berada di padang, aktiviti kembali ke tapak pameran ketika itu kedengaran 9m2rie sedang qso bersama 9w2uwr di V47 qth alam damai. Peluang ini tidak dilepaskan setelah 9w2uwr yang qrt saya cuba-cuba memanggil dan abg amrie menjawabnya. Setelah menerangkan aktivti yang dijalankan kepada beliau, maka 2 orang ahli pengakap telah mendapat peluang untuk qso sempena Jota ini. Kemudian aktiviti diteruskan kepada acara penyampaian hadiah kepada para pemenang sebelum pulang ke rumah masing-masing dengan satu pengalaman yang baru bagi mereka.Apa yang penting disini pendedahan kepada aktiviti radio dua hala ini kepada ahli pengakap dapat mendedahkan tentang kepentingannya terhadap mendapatkan pelbagai ilmu serta faedah yang diperolehi daripada aktiviti radio amatur.Walaupun teknologi semakin berubah dan canggih aktiviti kepengakapan masih lagi relevan mengikut arus zaman.Moga dengan aktiviti ini juga dapat melahirkan lebih ramai pelapis-pelapis ham pada masa hadapan disamping melahirkan generasi muda yang berpengetahuan tinggi dalam teknologi komunikasi bukan sebagai pengguna tetapi sebagai pencipta.Itulah yang kita harapkan untuk mencapai negara maju.9w2dya

Program camping & DXing santai di puncak

Adalah dimaklumkan bahawa Astra Tengah menganjurkan satu perkhemahan & dxing bercorak santai di puncak gunung ulu kali seperti berikut:

Hari: Sabtu 15/5/2010
RV Point: Berkumpul di Petronas Tol Gombak pada 4:00pm.
Contact: 9W2VOL - 0123160537.
MOnitoring Freq: monitor/cq di V44, V20 atau 9M4RBC.
Camping mode: Santai sambil DXing
Kelengkapan: Sendiri - Pakaian Sejuk, Khemah, Tempat tidur, Dapur dsb.
Ration: Sendiri - Sila bawa makanan sendiri - Penderma dialu-alukan....

Sempena dengan program ini, ASTRA TENGAH juga akan membuat kerja-kerja penambahbaikan terhadap repeter 9M4RBC pada 16/5/2010. Kepada yang berminat diharap dapat berkumpul ditapak perkhemahan diatas seperti masa di bawah:
Hari: Ahad 16/5/2010
RV Point: Tapak Perkhemahan Puncak Ulu Kali, 9:00am
Contact: 9W2EEE - 0193400004.
Call/Monitor Freq: monitor/cq di V44, V20 atau 9M4RBC.
Kelengkapan: Sila bawa peralatan/tools yang bersesuaian dengan kerja2 penyelenggaraan repeter


Ceria bersama ASTRA

petikan daripada Astra Tengah.9w2dya

Tahniah kepada rakan yang lulus RAE 1/2010

Keputusan yang ditunggu-tunggu telah keluar, melihatnya memberi satu debaran kerana segala usaha telah dicurahkan. Tahniah kepada rakan yang telah lulus manakal yang gagal janganlah kecewa. Usaha berganda perlu diteruskan hingga berjaya kerana ada yang mengambil RAE lebih dari sekali tidak pernah putus asa dan terus mencuba tanpa mengenal jemu. Semangat inilah perlu ada pada rakan sekalian. Belajar dan terus belajar dan mencari pengalaman yang seluas mungkin. Dunia kini tanpa batasan segala maklumat ihujung jari sahaja. Tepuk dada tanya selera, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, saya percaya rakan-rakan boleh melakukannya.Gagal sekali bukan bermaksud gagal selama-lamanya. Jadi boleh mencuba untuk RAE yang akan datang. Semoga berjaya. 9w2dya

Global SET

Global SET 15 may 2010
Written by 9M2SQL - Abdul Mutalib Omar
Apr 17, 2010 at 02:01 PM
Global Simulated Emergency Tests - 2010
Written by G0DUB - Region 1 Emergency Comms Co-Ordinator
The dates for the Global Simulated Emergency Tests in 2010 have been set as:

15th May 2010 0400-0800 UTC
13th November 2010 1100-1500 LOCAL TIME

The timing for the event is planned to change in November to reduce the possibility of interference between IARU Regions as propagation conditions improve.'

Other changes may be introduced following the GAREC conference in October.

Rules and lists of participating stations in the event will be available on the IARU Region 1 website.

Rgds Jim Linton VK3PC
Chairman
IARU R3 Disaster Communications Committee.

Petikan dari mares.org.my
9w2dya

Jamboree di Udara 2010


Pengakap Kumpulan ke 61 Hulu Langat akan mengambil bahagian JOTA Malaysia ke 3 pada 15 Mei 2010. Semoga dengan aktiviti dapat menambah lagi pengetahuan dan minat ahli-ahli pengakap dalam aktiviti radio yang telah memang terkenal dikalangan pengakap di seluruh dunia. Di harap rakan-rakan ham yang berhampiran Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dapat standby di frekuensi untuk memberi peluang kepada ahli-ahli pengakap qso bersama-sama.Stesen akan dibuka jam 2.00 hingga 5.00 petang pada hari sabtu tersebut. Calling channel di V24 dan jalur lain akan digunakan untuk cq jamboree ini.Semoga dengan adanya aktiviti ini dapat memberi pengetahuan dan pengalaman kepada ahli pengakap tentang dunia radio ini. jumpa dan jumpa lagi 73. 9w2dya

Dua Belon KLIA pagi ini

  Pada pagi ini Met Malaysia Sepang telah melepaskan dua buah belon kajicuaca. Jangkaan mendarat di Pulau Carey. Pertama belon WxR-301D 2302...