Stesen K6MRC-1 telah berada di Filipina


 Hari kedua kemunculan stesen K6MRC-1 telah berada di perairan Filipina. Telah bergerak dari awal pagi hingga ke malam ini.


Jam 8:48 malam mengarah ke laut Sulu dari laut Bohol. Olingan terdapat banyak stesen aprs kelihatannya.


Jam 10:02 malam stesen K6MRC-1 telah berada di utara Dapitan City. Hingga jam 11 malam masih lagi berlayar menghala ke laut Sulu

Hari Ketiga 26/7/2022


Pagi ini stesen K6MRC-6 telah memasuki laut Sulu. Bearing 217 darjah ke barat laut dengan bergerak 17km/j.


Jam 7:30 pagi stesen K6MRC-6 bergerak ke barat 277 darjah dengan bergerak 15km/j. Tak pasti arah ke Sabah atau ke utara Filipina.

Hari Keempat 27/7/2022


Jam 11:33 pagi stesen K6RMC-1 telahpun berlabuh di Puerto Princesa.

Belon KLIA Radiosonde D20073708 jatuh di Kelanang


 Pada malam ini belon KLIA radiosonde D20073708 telah jatuh di Kelanang. Pasukan SAR Central sedang melakukan misi pencarian malam ini. Tunggu khabar berita daripada mereka sama ada misi berjaya atau sebaliknya.


Belon telah mengarah ke Selat Melaka kemudian berpatah balik dekat Morib. Jam 21:27 malam altitud ketinggian 8098m di ruang udara ladang Dusun Durian.


Seterusnya, jam 21:36 altitud ketinggian 814m di ruang udara Kg Kelanang.


Jam 21:37 isyarat terakhir diterima dengan altitud ketinggian 329m arah ke tenggara bearing 116 darjah. Kebarangkalian jatuh di kawasan ladang kelapa sawit seperti kebiasaannya.


Isyarat terakhir diterima dari stesen radiosonde 9W2VHF-11 di Gombak.




Koordinat berdasarkan sondehub adalah 2.79028 darjah Utara dan 101.43222 darjah Timur.

Credit 9W2VHF

Jam 23:07 malam mendapat hantaran beberapa keping gambar menunjukkan belon berjaya ditemui selamat.

Credit 9W2VHF

Peranti radiosonde D20073708 berjaya dalam genggaman mengesahkan penemuam malam ini.

Credit 9W2OCX

Lampu LED masih menyala pada peranti menunjukkan ia masih aktif ketika ia ditemui. Sudah pasti memudahkan pencarian dengan bantuan peranti rdzTTGOsonde bagi mendapat koordinat terkini. Koordinat peranti ditemui adalah 2.78974 darjah Utara dan 101.43231 darjah Timur.

Credit 9W2OCX

Malam ini pasti abg Jamel 9M2MJH mendapat lesen belon yang dah lama tidak jatuh ke darat. Malam ini bantuan cuaca yang tidak mengizinkan memudahkan belon pecah awal dan ke darat.

Credit 9M2MJH

Tahniah kepada Team Sar Selatan dan Tengah kerana pada malam ini misi mencari dan menyelamat berjaya dilaksanakan.

Credit 9M2ZAK

Kelihatan Zak 9M2ZAK dan Saiful 9W2DCW berjaya menemui peranti radiosonde IMS-100 yang dilepaskan dari Singapura.

73, Jojet de 9w2dya


Stesen K6MRC-1 telah muncul dari Palau Ke Filipina


 Stesen K6MRC-1 merupakan kapal Hospital  USNS Mercy milik tentera Amerika yang berpangkalan di San Diego. Perjalanan dari Pulau Palau mengarah ke negara Filipina pula.


Kedudukan kapal USNS Mercy yang menghampiri Filipina. Koordinat 8 darjah 59.00' Utara dan 129 darjah 10.40' Timur.
Kapal ini menggunakan perisian xastir bagi berfungsi untuk Igate. Maka banyak packet akan diperolehi dari mana-mana stesen berhampiran.

Kapal ini kali terakhir dicatat dalam blog ini pada tahun 2018. Ia sering belayar ke rantau ini sempena Program Pacific Partnership 2022.
Memberi khidmat masyarakat pada negara-negara yang disinggahi. Pelabuhan Klang dan Kuantan pernah menjadi tempat persinggahannya. Jadi, nanti tunggu dan lihat mana arahnya nanti dalam beberapa bulan lagi.


Sehingga jam 10.30 malam ini stesen K6MRC-1 masih berhenti di koordinat yang sama iaitu 8 darjah 59.00' Utara dan 129 darjah 10.40' Timur. Nampaknya kapal ini melabuhkan sauhnya di tengah lautan sebelum menyambung pelayaran keesokan harinya.

73, Jojet de 9w2dya

Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Langat 2022


 Setelah berehat setahun akibat pandemik Covid-19. Tahun ini muncul semula kejohanan yang berprestij ini di Stadium UKM Bangi. Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Langat kali ke-47 ini disertai oleh 47 pasukan sekolah menengah dalam daerah Hulu Langat.


Kem SMKBTHO2 berjaya membawa dua pingat pada hari ketiga kejohanan berlangsung. Berlangsung selama empat hari bermula 18 Julai 2022 hingga 21 Julai 2022. Selama empat hari pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh setiap atlet bagi memburu pingat.


Penantian berakhir pada hari ketiga setelah acara akhir 4x100m bermula. Saringan telah dijalankan pada hari pertama. Tiga pasukan 4x100m telah menempah tiket akhir. Dua pasukan berjaya membawa pingat dengan bergayanya memberi persaingan sengit.


Pasukan 4x100m Lelaki 1 bawah 18 tahun menggondol pingat perak dibelakang SMK Cheras Jaya. Kem SMKBTHO2 telah mendahului sejak pelepasan. Namun anchor pelari SMK Cheras Jaya memotong Hazwan hingga ke garisan penamat. Alhamdulillah berjaya bawa pulang sebutir pingat untuk mereka yang tahun terakhir persekolahan.


Namun, sebelum itu pasukan Perempuan 2 bawah 15 tahun telah menunjukkan kesungguhan merebut pingat tempat ketiga bagi acara serupa. Kuartet 4x100m P2 ini berjaya membuktikan dengan kerajinan datang berlatih akhirnya membuahkan hasil. Pasukan ini juga mara ke pusingan akhir bagi acara 4x400m dengan mendapat tempat ke empat. Mereka merupakan prospek pingat untuk dua tahun lagi. 


Pencapaian tahun 2022 kem SMKBTHO2 mendapat kedudukan ke-31 daripada 47 buah pasukan sekolah menengah mengikut pingat. Bagi pungutan jumlah mata, kem SMKBTHO2 mendapat kedudukan ke-30 dengan jumlah 8 mata.


Pada tahun ini berjaya mengadakan sebanyak 35 sesi latihan seperti tahun 2020. Namum, pungutan pingat kali ini telah merosot. Strategi dan perancangan untuk tahun 2023 akan dirancang bagi menambah baik kedudukan dan pingat. Tiada yang mustahil, kerana ramai atlet yang berbakat ada dalam kem ini. Syarat utama perlulah rajin berlatih serta mempunyai jati diri yang tinggi.


Pasca Covid-19 memerlukan membangunkan semula semangat murid mengejar cita-cita dan impian dalam hidup. Setelah mendapat pengalaman tahun ini. Mereka semestinya berazam menjadi lebih baik pada masa hadapan. Pengajaran dan pengalaman yang dicedok di stadium ini menjadi bekalan mengejar pingat pada 2023 nanti. Sudah pasti latihan yang keras serta disiplin yang tinggi akan diberikan. Atlet sudah faham setelah kekurangan latihan menyebabkan prestasi tidak membanggakan.


Insha-Allah tahun hadapan koleksi pingat pasti bertambah dengan adanya semangat untuk bersaing dalam kalangan atlet. Ramai atlet berbakat dan berpontensi  akan digilap untuk lebih bersinar. Syarat utama mestilah seorang yang berdisplin serta mendengar arahan guru serta beradab. Pastilah dapat menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.


Kemenjadian dalam sukan ini sememangnya terbukti bila di bawa dalam bilik darjah. Mereka akan lebih aktif serta pemikiran menjadi lebih positif. Badan cergas otak cerdas yang sering diperdengarkan. Mereka lebih dapat mengawal perasaan dan emosi serta lebih mudah bersabar dalam mengharungi pelbagai cabaran hidup.


Atlet dilatih tentang kepentingan masa dalam kehidupan. Masa itu emas menggunakan sebaik mungkin. Paling pantas pastilah ia yang menang. Paling jauh pastilah juga ia akan menang. Semuanya berkait tentang usaha yang  dilalui. Siapa banyak berusaha dan rajin berlatih pasti membuahkan hasil dan mendatang kepuasan diri  tidak digambarkan.


Ada atlet menceritakan semasa pulang membawa medal mendapat ucapan tahniah dan peluk cium daripada ibubapa mereka. Ini menunjukkan ibubapa memberi sokongan penuh penglibatan anak dalam sukan. Ada juga atlet telah dihalang dalam menyertai oleh ibubapa walaupun nama mereka telah didaftarkan. Satu kerugian besar dalam memperkembangkan bakat dan potensi anak.


Akhir kata, tahniah kepada semua yang memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang berkampung selama empat hari di Stadium UKM Bangi ini. Bagi yang tidak berjaya kena usaha lebih gigih lagi masa hadapan. Jangan rasa kecewa atau gagal, kerana itulah ubat untuk berjaya pada masa hadapan. Ambil pengajaran dan kelemahan diri serta perbaiki dan berubah menjadi lebih baik pada masa hadapan. Pengalaman adalah suatu yang sangat berharga bagi mematangkan diri.

Terima kasih kepada semua sahabat guru yang bekerjasama membawa  team olahraga SMKBTHO2 dengan jaya serta selamatnya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan semua. Tahniah Bthovian. Anda Hebat!

73, Jojet de 9w2dya


9M4USM-11 terbangkan Apadilangit

Credit Spacein

 Pada 20 Julai 2022 Spacein telah melancarkan belon beraltitud tinggi di Kampar. Misi khas ini untuk menghantar logo Apadilangit ke Stratosfera. Tandatangan kedua co founder telah berjaya naik hingga ke altitud ketinggian 16663m menggunakan belon 600g

Credit Spacein

Turut mengikuti pelancaran belon beraltitud tinggi adalah murid prasekolah. Pasti mereka teruja melihat belon yang besar terbang ke udara. Pendedahan awal tentang ilmu aeroangkasa. Mana tahu nanti salah seorang daripada mereka menceburi dalam bidang ini.


Jam 11.01 packet pertama diperolehi 9M4USM-11 dari digipeater Gunung Tahan 9W2OPS-3.


Belon jatuh hingga ke Kampong Gajah berdekatan ladang kelapa sawit Perak Agro Mills Sdn Bhd. Altitud ketinggian terakhir 1447m dengan kelajuan 10km/j. Digipeater Bukit Penara, Pulau Pinang 9m4rph-3 packet terakhir ini diperolehi.


Jumlah packet yang diperolehi oleh stesen 9M4USM-11 dari Igate dan Digipeater terpapar pada tangkap layar diatas. Merujuk kepada raw packet stesen 9M4USM-11 turut berjaya memperolehi packet dari stesen HS9AN-10 di Sukhirin, Narathiwat Thailand. Selain itu packet diperolehi dari Lembah Klang, Cameron Highlands, Gunung Jerai, Pulau Pinang dan Marang Terengganu.

Credit Hafez Murtza

Credit Hafez Murtza

Credit Hafez Murtza

Credit Apadilangit

Credit Apadilangit

Credit Hafez Murtza

73, Jojet de 9w2dya

Belon Kuantan D20069782 terbang hingga Selat Melaka


 Pada hari Hari Raya Aidiladha, telah berlaku satu rekod baru penerbangan bagi belon Kuantan. Radiosonde D20069782 telah terbang hingga jatuh ke dalam laut Selat Melaka.










Jam 22:36 malam merupakan isyarat terakhir diterima kerana bateri semakin lemah. Altitud ketinggian 15534m dengan ketinggian maksimum adalah 21947m. Jangkaan mendarat boleh dilihat menunjukkan garisan arah ke dalam Selat Melaka.


Jam 22:47 isyarat belon Kuantan yang dipantau dari Cheras telah senyap terus. Sebelum ini, isyarat semakin melemah seperti nyawa-nyawa ikan. Petanda bateri semakin lemah untuk memancarkan isyarat di frekuensi 402.010MHz.


Boleh dilihat pada tangkap layar diatas jejak belon Kuantan hingga menghampiri Sekinchan di Selangor. Jauh penerbangan pada malam itu. Keratan rentas menggambar rabung bukit yang memanjang. Ini menunjukkan penerbangan yang jauh dan semakin menurun sedikit sebelum isyarat berakhir. 

Credit 9W2VHF

Jam 23:36 malam bateri bernyawa kembali dapat memancarkan isyarat. Altitud ketinggian semakin menurun pada 4014m dan ketinggian maksimum turut turun kepada 19039m berbanding 21947m. Beberapa kes kejadian turut telah berlaku seperti ini. Bateri yang lemah akan hidup semula sebelum terus jatuh ke bumi. Ini memberi peluang untuk mengetahui kedudukan terakhir belon itu. Mudahlah misi pencarian dijalankan, namum bukan untuk belon ini. Ia ternyata jatuh dalam laut seperti yang dijangkakan.

Credit 9W2PRX

Koordinat terakhir radiosonde D20069782 adalah 3.33753 darjah Utara dan 100.73313 darjah Timur. Altitud ketinggian 716m masih boleh dicari jika mendarat di daratan. Pendaratan berakhir jam 23:46 malam selepas dilepaskan kebiasaannya jam 7:35 malam. 

Kemungkinan malam itu, belon ini mengikut alur udara jet stream. Ketinggiannya statik altitud yang sama sehinggalah mendarat ke dalam Selat Melaka.

73, Jojet de 9w2dya

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...