Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha pada semua rakan ham. Cuti raya ini berkesempatan beraya di Bandar Tenggara, Johor. Dapat memancar jalur panjang Astra melalui repeater Gunung Pulai 145.750mhz. Manakala jalur 145.600mhz dapat monitor sahaja tak dapat hendak memancar.Lupa nak cari simplex area kluang atau kota Tinggi, tak dapat lah nak qso dengan rakan ham Johor. Monitor jalur 145.675mhz juga tak dapat masuk.Tak tahu simplex atau repeater jalur ni. Lepas ni sebelum balik Johor bolehlah cari frequensi yang ada di sana.9w2dya

NESRAC DX'S CONTEST

Info trafik dari Nesrac:

Nesrac DX'S Contest akan diadakan pada 21 dan 22 November 2009 di Rumah Kelab Nesrac Jalan Seremban-Jelebu. Rakan ham yang berminat bolehlah menyertainya serta bermalam di sana untuk qso bersama rakan-rakan ham di negara lain. Pengalaman ini sukar dicari jikalau tidak belajar dengan rakan ham yang mahir dan berpengalaman ini.Maklumat lanjut boleh hubungi 9w2knz handle operator Rizal 012-3237267 atau website 9w2knz.blogspot.com
Boleh belajar macam-macam untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan.9w2dya

Musim Hujan dah tiba

Hari -hari hujan sekarang ini terutama petang-petang jadi kita kena hati-hati. Mkklumlah di khuatiri banjir terutama di kawasan yang kerap berlaku banjir. Kepada anak-anak yang akan menghadapi SPM dan STPM semoga berjaya diucapkan. Kepada para petugas yang terpaksa mengorbankan cuti juga selamat menjalankan tugas dan hati hati bawa kertas soalan itu. Kalau banjir minta bantuan kepada agensi yang sepatutnya.Kepada yang bercuti sekolah selamat berjalan-jalan cari makan.9w2dya

Kenaboi International River Challenge

Jabatan Pengairan dan Saliran akan mengadakan program Kenaboi International River Challenge pada 14 dan 15 November 2009. Aktivitinya seperti berikut:
14 November 2009 : River Challenge
15 November 2009 : Rapids Challenge
Maklumat lanjut pada website: Kenaboi.com.my
SEKRETARIAT
Organiser : Department of Irrigation and Drainage ( DID ) Negeri Sembilan
Contact Person : Maznah binti Sulaiman
Telephone : +6067659653 ( off. ) +0133986355 ( hp. )

Address :

Department of Irrigation and Drainage ( DID ) Negeri Sembilan
Tingkat 2, Blok C, Wisma Negeri,
70503 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Email : jpsnskenaboi@gmail.com or maznahs@ns.gov.my

Website : http://www.ns.gov.my/jabatan/jpsns/

Kenaboi River Challenge 2009
The competition will be divided into two categories : Rapids Challenge and River Challenge
In the Rapids Challenge participants are expected to encounter four rapids i.e. Kekabu Rapids, Tedung Rapids, Tupat Rapids and Lesung Rapids and the starting point is from Kampung Esok. Heats will be held and only 10 of the best time will be chosen for the finalist.

In the River Challenge, participants have to complete the 32 km distance from Kampung Puom to The Triang Gilir Headworks.

The organizer is not responsible to provide insurance for the participant. All participants are advise to buy their own insurance. Participants will be held for their own safety.

The places of stay during the competition :

Hotel Sri Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan

Jeram Gading Chalet, Jelebu, Negeri Sembilan

Camp site blok 8 Kg. Esok, rimba savannah campsite, ponak campsite, jeram kekabu campsite, jeram gading campsite

Kg. Ulu Jelebu Homestay
Participants are encouraged to bring their own kayak. Rental of kayak from organizer are available on a first come first serve basis.

P/s. Rakan ham dari Nesrac mengendalikan komunikasi pada event ini. Semoga berjalan lancar pada perjalanan pertandingan ini.9w2dya

Mountain to Mountain Challenge 2009

Persatuan Kembara Negara menganjurkan pertandingan mendaki gunung. Untuk zon 3 akan diadakan di Gunung Bujang Melaka Kampar Perak.Pertandingan ini akan bermula dan tamat di Komplek Rakan Muda, Daerah Kampar. Tempat pendaftaran juga di komplek ini pada 7 November 2009 bermula 2 petang hingga 7 pagi 8 November 2009. Pertandingan pada Ahad pukul 8.00 pagi. Maklumat lanjut boleh hubungi Pak Am 019-3149766 dan Awan 019-2024180 atau website kembaranegara.net

Rakan ham yang berminat untuk menguji daya kecergasan bolehlah menyertai pertandingan ini. Apabila sampai di puncak jangan lupa masuk di jaluran membuat laporan. Bolehlah yang lain qso sebentar mengetahui perkembangan kejohanan.9w2dya

Basikal Bukit MDHS 2009

Info trafik dari KOSMO Selasa 27 Oktober 2009.

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dengan kerjasam CYFORA dan Tourism Selangor akan menganjurkan Kejohanan Lumba Basikal Raja Bukit Selangor 2009.
Ia akan bermula di Jalan Merdeka Kuala Kubu Bharu pada 1 November ini dan berakhir di Gap, Fraser Hill.
Program tersebut dianjurkan khusus untuk mempromosi serta membudayakan aktiviti berbasikal di Hulu Selangor di samping memperkenalkan Kuala Kubu Bharu sebagai prasarana kegiatan sukan dan rekreasi berbasikal yang menarik. Ia terbuka kepada semua pembayar cukai MDHS dan yuran penyertaan RM50 adalah dikecualikan.
Mereka (pembayar cukai) hanya perlu mendaftar dengan membawa resit bayaran cukai.
Hadiah menarik disediakan kepada pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kejohanan ini boleh menghubungi talian 03-60641331/60641432/60643085 atau 010-2007384 atau emel junainah@mdhs.gov.my.

Peluang terbaik untuk rakan ham yang suka berkayuh. Mesti menarik mendaki hingga ke Gap yang merupakan simpang ke Bukit Fraser tempat peranginan yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang masih lagi kekal keasliannya. Dari Kuala Kubu hingga ke Gap memang menjadi tumpuan penggiat rekreasi menjalankan pelbagai aktiviti lasak. Sememangnya berbasikal menjadi tumpuan sepanjang jalan ke Bukit Fraser ini. Sungai Selangor yang berarus deras menjadi tumpuan aktiviti arus deras seperti berakit dan berkayak kerana jika hari hujan arusnya hingga ke level yang lebih tinggi lagi. Tapi jika musim kemarau airnya kurang menarik mungkin lebih banyak tersangkut di atas-atas batu di jeram-jeram terutama di Peretak. Satu lagi tempat menarik di Air terjun Sungai Chilling yang menjadi tumpuan kerana air terjunnya yang cantik walaupun beberapa tragedi pernah berlaku di sini akibat limpahan air yang tinggi.
Bagi pendaki pula di Gap terdapat gunung yang boleh di tawan iaitu Gunung Semangkok Gap dan Gunung Hulu Semangkok. Terdapat berut di setiap puncak gunung ini. Dari puncak boleh melihat pemandangan Fraser Hill. Treknya bermula di belakang rumah Rehat Gap di kawasan rumpun buluh. Selain itu, terdapat juga Bukit Kutu yang dikatakan menjadi pusat peranginan pertama oleh penjajah dahulu sebelum bertukar ke Bukit Fraser. Jadi banyak pilihan untuk diteroka di daerah Kuala Kubu ini.9w2dya.

Juliet Oscar Juliet Echo Tango

Nickname yang dipakai di sekolah dulu. Ingatkan tak mahu pakai masa belajar di Universiti tetapi ada kawan sekolahpun sama belajar jadi gunalah nama tu dengan kawan-kawan kerana dia dah panggil nama itu. Jojet nama panggilan kawan-kawan rasa nak gunalah di dunia radio amatur ni.Masa zaman sekolah dulu apabila kemuncak kepada aktiviti rakan muda dulu, aktiflah ikut diperingakat daerah. Mana sahaja ada program ikut hendak cari pengalaman. Bila sambung belajar minat terhadap aktiviti luar diteruskan melalui Kelab Rekreasi Uitm sebelum tu Itm di Shah Alam Kresma singkatannya. Setiap kali ada program jika berkesempatan bolehlah pergi, itu tak termasuk underground punya projek.Seronoklah pengalaman masa belajar. Bila sambung degree aktif pula dengan Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU) antara pelopor pada persatuan ini. Penekanan kepada soft skill dan experiential learning. Menjadi Fasilitator kepada aktiviti outdoor untuk kursus di Fakulti atas khidmat yang diperlukan oleh pensyarah.Inipun pengalaman yang berharga yang dapat membentuk ketrampilan dan daya saing kepada mahasiswanya.Bila dah kerja ni kurang sikit aktifnya maklumlah banyak tugasan hendak dilakukan.9w2dya

Welcome DL1BNO to Malaysia

Hari ini lebih kurang 10.50 pagi ketika monitor di jalur transnasional astra terdengar rakan ham qso bersama rakan ham kita dari Germany DL1BNO maritime mobile di langkawi. DL1BNO handle by Bernd Nordemann sedang berada di Royal Langkawi Yatch Club rasa-rasanya dekat dengan Jeti Point tu. Dia parking kapal layar yang bernama Twin Magic sedang dalam pelayaran di sekitar Thailand dan Malaysia diinfokan.Rasanya ada 3 orang rakan ham qso bersamanya. Pertama tu saya lupa callsign yang berada di Port Klang kedengarannya. Manakala 9m2get di Perlis qso lebih dekat dengan langkawi dan pancaran amat jelas dan 9w2eff di Kilo Lima juga qso bersama bernd.
Welcome mr Bernd we hope your enjoy stayed in Langkawi Geopark and have a nice to meet our ham comunity here in Malaysia.9w2dya

Map Reading ADARC47

Alam Damai Amateur Radio Community V47 akan mengadakan aktiviti map reading pada 14 hingga 15 November 2009 di kawasan Pejabat Renjer Jabatan Perhutanan Gunung Nuang Hulu Langat. Bayaran adalah RM60. Maklumat lanjut di adarc47.blogspot.com
Menarik aktiviti ini, selain membaca kompas dan pandu arah kita juga boleh belajar tentang ikhtiar hidup dan juga DXing. Bukan mudah hendak dapat peluang ini lebih-lebih lagi diajar oleh orang yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman seperti penunjuk arah dari Rejimen Renjer Diraja dan senior Pathfinder PDRM. Jadi bolehlah menambah lagi pengalaman dalam ilmu navigasi ini.Walaupun selalu juga membuat aktiviti trekking, perlulah juga belajar tentang ilmu navigasi supaya menjadi bekalan agar kita tidak mudah tersesat atau tersasar laluan yang hendak ditujui. Ditambah pula menggunakan peta yang sememangnya terhad penggunaannya, bolehlah kita meneroka di kawasan persekitaran kaki gunung ini.Kini teknologi yang semakin pantas , namun ilmu tentang navigasi masih perlu dikuasai jikalau teknolgi tinggi itu tidak dapat berfungsi dengan baik.9w2dya

Persaudaraan di udara

Mesej yang selalu disebut-sebut dikalangan rakan ham. Bertemu di udara dan didaratan. Rakan ham bersaudara di mana-mana anda berada. Itulah kenyataannya. Oleh itu, dapatlah kita berqso dan bereyeballdi mana-mana berkesempatan. Jadi dalam dunia ham ini kita dapat berkomunikasi di mana-mana rakan di dunia tanpa batasan mengikut kemampuan dan kelangkapan peralatan radas kita. Oleh itu, sama-sama kita menggunakannya dengan bijak sana dan saling hormat-menghormati diantara satu sama lain. Bagi memeriahkan lagi hobi yang menarik ini.9w2dya

Salam Contact Perdana

Akhirnya dapat juga aku berqso pagi tadi buat pertama kalinya di jalur nesrac. Ingatkan tak boleh rupanya disambut oleh 9w2vvo yang sedang bermobile ke saltmine dalam keadaan hujan di pagi tadi. Lepas ni bertambah semangatlah aku untuk terus mencuba di jaluran yang lain pula dengan menggunakan handy sender yang ada. Selama ini hanya bermonitor dan belajar bagaimana nak berqso, itulah pentingnya kita bermonitor dulu.Terima kasih 9w2vvo walaupun beberapa over sahaja. 9w2dya.

Takziah kepada rakan ham 9w2izn

Berita kebajikan melaporkan bahawa ayahanda kepada rakan ham kita 9w2izn telah kembali kerahmahtullah dan akan bersemadi selepas asar pada hari ini. Rakan ham yang berhampiran dan berkesempatan bolehlah memberi penghormatan terakhir di Kg Padang Biru, Perlis. Semoga keluarga En Shurizan Hamid dapat bersabar atas orang yang dikasihi ini. Bersama kita berdoa agar rohnya ditempatkan dalam aman. 9w2dya

Rakan ham 9w2oku kemalangan

Semalam rakan ham kita 9w2oku telah kemalangan pada hari sebelumnya, telah selamat dibedah akibat kemalangan motorsikalnya. Berita melaporkan bahawa beliau berada di wad 3, katil 3A Hospital Putrajaya. Mana-mana rakan ham yang tinggal di lembah klang bolehlah melawat rakan kita ini.Waktu melawat adalah jam 12 tgh hingga 2 ptg dan 4 ptg hingga 8 mlm. Sama-samalah kita berdoa agar Haji cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.9w2dya

Majlis sambutan Aidilfitri pada 10 Oktober 2009

Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran bersama 9w2 tha dan Astra Selangor dan Kuala lumpur: jam 8.30pm tempat Lot 7460, Bt14, Bandar Bukit Puchong bersebelahan The Heron Condo. Calling Channel V38 145.4750mhz.

Rakan ham kita 9w2srk juga menjemput sambutan Aidilfitri dirumahnya beralamat No 12, Jalan 8/32C, Seksyen 8 43650 Bandar Baru Bangi dari jam 3 ptg hingga 12tghmalm.
Memang banyak jemputan untuk open house hari itu sahaja. Selamat Hari Raya. 9w2dya

Takziah kepada rakan ham 9w2whw

Takziah kepada rakan ham kita 9w2whw yang kehilangan harmonic semalam. Berita menyatakan telah selamat dikebumikan pada pagi tadi. Moga rohnya dalam aman dan dirahmati tuhan. Harap keluarga en Mohamad Hafizi b Mohd Yusoff dapat bersabar atas kehilangan orang tersayang.9w2dya

Pesta Konvokesyen UUM ke 22 2009

Tahniah pada adik ipar Leen yang graduate LLB (hons) di UUM yang lalu pada 3hb Oktober. Segala perit jerih berbayarlah apabila kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Lepas ini bolehlah jadi Lawyer yang baik dengan cemerlang. Dengan kesempatan itu hanya dapat monitor di beberapa tempat sahaja. Semasa di rumah mak mentua di Bagan Serai dapat dengarlah rakan ham di Indonesia lupa frequensi. Bermalam di Grand hotel tingkat 6 dpat jalur 145.750mhz dapatlah dengar perbualan antara 9w2tjd bersama 9w2nlm. Selain itu jaluran 145.520mhz dan 145.530mhz di Alor Setar. Semasa hari konvokesyen terdengar juga rakan ham siam bersembang.Ntah apa ntah yang disembang, scan yang lain tak dapat maklumlah keliling hutan di UUM sintok tu. Manakala di Pantai Cenang Langkawai dengar 145.625mhz. Itu sahaja jlur dapat dikesan. 9w2dya

Handy Sender SD-941H

Akhirnya dapatlah bermonitar sahaja menggunakan handy ini. Mendengar rakan-rakan ham berqso di jaluran ASTRA 145.700mhz semasa cuti raya baru ini. Dapatlah belajar-belajar macam mana nak mengendalikan stsyen sendiri. Jaluran ini sahaja yang paling sibuk didengari dari pagi sampailah ke tengah malam, ada sahaja perbualan yang diperkatakan. Terutamanya ucapan Salam AIdilfitri yang mendapat sambutan yang hangat dari pelusuk negara hingga sempadan.Ini memberi kelainan tentang sampaikan aidilfitri yang biasa di tv dan radio komersil sahaja. Rupanya dalam dunia ham ini tidak kurang meriahnya.Beratur rakan ham menunggu giliran untuk membuat ucapan. Meriah sungguh hari raya ini terutama yang bermobile pulang ke kampung disamping mendapat info trafik terkini. Ini satu lagi pilihan untuk mendapat maklumat terkini.9w2dya

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Adilfitri Maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini.Mohon ampun dan maaf jikalau ada salah dan silap. Moga ibadah di bulan Ramadhan ini diberkati hendaknya.

Tahniah kepada yang lulus RAE 2009-1

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada ahli pengakap kumpulan 61 Hulu Langat yang telah lulus menghadapi peperiksaan radio amatur bulan jun yang lalu. Berkat usaha dan gigih anda semua telah berjaya menghasilkan kejayaan. Ini kerana dalam usia 14 tahun telah lulus merupakan suatu kejayaan yang membanggakan kumpulan dan sekolah amnya. Selepas ini, bolehlah memilih callsign yang disukai. Bertambahlah ahli dalam kumpulan ini nanti. Kepada yang gagal jangan kecewa dan cuba sekali lagi. Tahniah 9w2dya.

selamat berpuasa

Kepada muslimin dan muslimat saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini dengan perbanyakkan amalan dibulan yang penuh rahmat ini.

9w2dya dah sampai

Akhirnya dapat juga callsign yang telah lama diidam-idamkan. Lama juga nak uruskan maklumla sibuk dgn tugasan. Terima kasih kpd 9w2oku, 9w2mya, 9m2rt dan 9m2ss yg telah memberi sokongan dan galakkan dlm dunia ham ini. Akhir dpt callsgn 9w2dya di mana pilihan yg lain telah dimiliki oleh ahli ham yg terdahulu menceburi dunia ini. Sebagai org baru byk perkara akan dipelajari dan diterokai bg memeriahkan lagi hobi kita ini. Tak lupa juga pada isteri tercinta yg memberi sokongan tentang hobi ini. Aku mula RA ini masa sekolah lagi apabila menganggotai pengakap apabila pergi perkhemahan atau jamboree. Dari situ menarik minat utk mendptkan callsign. Selain itu, melalui kegiatan lasak juga mendedahkan aku pada kepentingan memiliki dan mendalami ilmu RA. Ini kerana liputannya yg luas membolehkan kita berhubung antara satu sama lain tanpa mengenal bangsa, agama, negara dan fahaman politik. Jadi marilah kita bersama mempopularkan lagi hobi ini. Salam perkenalan 9w2dya

Belon Kota Bharu Radiosonde D22025480 menghampiri Sg Golok

Credit 9W2PRX   Belon Kota Bharu radiosonde D22025480 telah berjaya di selamatkan berhampiran tebing Sungai Golok oleh stesen 9W2GCQ pada ma...