9w2dya dah sampai

Akhirnya dapat juga callsign yang telah lama diidam-idamkan. Lama juga nak uruskan maklumla sibuk dgn tugasan. Terima kasih kpd 9w2oku, 9w2mya, 9m2rt dan 9m2ss yg telah memberi sokongan dan galakkan dlm dunia ham ini. Akhir dpt callsgn 9w2dya di mana pilihan yg lain telah dimiliki oleh ahli ham yg terdahulu menceburi dunia ini. Sebagai org baru byk perkara akan dipelajari dan diterokai bg memeriahkan lagi hobi kita ini. Tak lupa juga pada isteri tercinta yg memberi sokongan tentang hobi ini. Aku mula RA ini masa sekolah lagi apabila menganggotai pengakap apabila pergi perkhemahan atau jamboree. Dari situ menarik minat utk mendptkan callsign. Selain itu, melalui kegiatan lasak juga mendedahkan aku pada kepentingan memiliki dan mendalami ilmu RA. Ini kerana liputannya yg luas membolehkan kita berhubung antara satu sama lain tanpa mengenal bangsa, agama, negara dan fahaman politik. Jadi marilah kita bersama mempopularkan lagi hobi ini. Salam perkenalan 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Kejohanan Bola Jaring MSSD Hulu Langat 2024

  Pagi tadi berkesempatan singgah ke venue Kejohanan Bola Jaring MSSD Hulu Langat 2024. Berlangsung selama tiga hari bermula 23 Julai 2024 h...