GDS 05 Stesen Data Graviti


 Petang ini beriadah di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Pertemuan batu GDS 05 ketika hendak pulang. Lokasi di hujung parkir sebelah Perpustakaan Awam Selangor. Setelah menanyakan maklumat tentang Gravity Data Station kepada Meta Ai barulah tahu fungsi stesen ini. Rasanya baru pertama kali menemui stesen ini. Nasib baik boleh sembang dengan Meta Ai. Bolehlah dia temberang dan kongsikan di sini sahaja. Penulis tidak bertanggungjawab jika maklumat yang diberikan adalah tidak tepat.


Pertama, kongsikan koordinat terlebih dahulu. 2.956949 darjah Utara dan 101.757312 darjah Timur. Menurut Meta AI, GDS 05 ini merupakan Gravity Data Station atau Stesen Data Graviti. 05 merujuk kepada nombor stesen yang ke-5 dalam kawasan tersebut. Terdapat juga paku besi di tengah-tengah petak simen tersebut. Titik tepat untuk kegunaan alat gravimeter.


Peranan stesen ini untuk mengukur kuasa graviti. Ia dikendalikan JUPEM Bahagian Geodetik. Juga kegunaan kajian gempa, minyak serta bacaan GPS tepat. Sebab itu, perlu dibentuk dengan petak simen dengan paku besi. Ini kerana tarikan graviti sangat sensitif. Tanah bergerak 1mm pun ketepatan bacaan data boleh terpesong lari.


Menurut Meta AI lagi, JUPEM mewujudkan GDS ini setiap satu bagi jarak 20 - 30km untuk pantau pergerakan kerak bumi serta betulkan Sistem Penentududukan Sejagat (GPS). Data inilah digunakan bagi aplikasi yang banyak gunakan GPS seperti waze, grab dan dron.

Kenapa Tasik Cempaka?
1. Tanah stabil - Tepi tasik tanah tidak mendap. Sesuai untuk peralatan graviti.

2. Jauh dari gangguan - Tiada gegaran lori atau kenderaan berat, kawasan perindustrian. Bacaan pasti bersih dan tepat di Tasik Cempaka.

3. Titik kawalan - JUPEM menggunakan kawasan lapang untuk stesen tetap.

GDS ini dia ukur "Tarikan graviti" bumi. Jadi tasik, bukit, bawah tanah memberi kesan yang berbeza. Data ini penting untuk projrk infrastruktur seperti MRT, LRT, dan empangan contohnya. 

Hendak mencari stesen ini mudah sahaja dengan identiti simen petak serta paku ditengah serta nombor GDS.


Berjalan di tepi tasik melintasi jambatan terperasan paku-paku berlogo JUPEM serta kesan spray merah. Paku yang telah diukur serta ditanda dan ditanam berada dalam konkrit tebing. Ada empat deretan paku mengikut lengkok tebing Sungai Ayer Hitam. Sebenarnya tasik terjadi atau terbentuk akibat air sungai ini telah diempangkan.


Paku terakhir daripada empat paku yang ditandakan di tepi tebing. Tidak perlu membuat simen petak kerana kerja pengukurun itu berlaku pada bahagian konkrit tebing sungai. Menurut Meta Ai lagi paku ini dipanggil "Cap JUPEM" versi logam.


Gambaran sebenar Cap JUPEM lokasi bahagian tebing Sungai Ayer Hitam bersebelahan dengan jambatan jalan raya. Mungkin persempadanan keluasan kawasan Tasik Cempaka. Rujukan rekod untuk masa hadapan bagi projek menaiktaraf atau pembangunan.


GDS 05 Stesen Data Graviti

  Petang ini beriadah di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Pertemuan batu GDS 05 ketika hendak pulang. Lokasi di hujung parkir sebelah Perpu...