Stesen Pengawasan Kualiti Udara Automatik (CA23N)


 Keadaan jerebu pada minggu lepas agak teruk. Maka, tertanya juga bagaimana data tentang kualti udara ini dicerap. Pada ahad lepas hari terakhir cuti sekolah 6 September 2026 berkesempatan singgah salah satu stesen kualiti udara di Nilai. Oleh kerana bersebelahan sahaja dengan daerah maka bolehlah jenguk-jenguk. Sudah pasti stesen yang lain agak berdekatan bolehlah disinggah juga.


Banyak perlatan mencerap kaji cuaca dapat dilihat pada bahagian atas premis. Langit pada pagi itu amat baik sekali. Kedudukan stesen CA23N ini berada di tepi jalan sahaja. Mudahlah untuk singgah melihat-lihat.


Stesen Pengawasan Kualiti Udara Automatik ini dimiliki oleh Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Boleh rujuk alamat pada papan tanda yang diletak. Segala permasalahan dan pertanyaan boleh dirujuk pada alamat yang tertera. Tiada personel yang berada di situ. Stesen ini berjalan secara atomatik sahaja. Mungkin kerja-kerja penyelenggaran berkala pastilah ada petugas yang memantau. Walaupun begitu, terdapat kamera litar tertutup CCTV bagi memantau kawasan stesen ini.


Continuous Air Quality Monitoring Station CA23N terletak di Nilai. Kawasan perumahan Taman Semarak. Keliling juga kawasan perindustrian yang besar. Amat sesuai diletakkan di kawasan ini.


Menara yang paling tinggi turut dilihat terdapat CCTV disamping alat mencerap kaji cuaca. Bersebelah juga ada tiang mencerap alat kaji cuaca yang lain. Terdapat juga botol kaca tergantung pada tiang tersebut.

No comments:

Post a Comment

Stesen Pengawasan Kualiti Udara Automatik (CA23N)

  Keadaan jerebu pada minggu lepas agak teruk. Maka, tertanya juga bagaimana data tentang kualti udara ini dicerap. Pada ahad lepas hari ter...