Boundary Pillar 1881


 Cuti sekolah menghampiri penghujungnya. Sempatlah bercuti solo ke Port Dickson pada 3 dan 4 September 2026. Pada kali ini Damia tidak ikut. Damia ikut maknya bercuti ke Pulau Pinang. Maka, abahnya boleh melakukan aktiviti yang disukai merata tempat. Objektif pastilah menambah koleksi stesen batu aras (BM) dan mencari geocache di sekitar Port Dickson.


Bertolak dari Bangi melalui Nilai dan Labu terus ke Paroi. Ingatkan 3 September Kejohanan MSSM Sepak Takraw masih berjalan. Rupanya hari akhir pada 2 September 2026. Nasib baik ada satu geocaching dekat stadium tertutup ini. Malangnya geocaching disorokkan di pokok. Paling menyampah jika geocache disorok atau ditanam pada pokok-pokok. Menyusahkan serta boleh membahayakan diri.


Batu aras (BM) pertama yang ditemui setelah memasuki laluan FT001 di Senawang. Batu ini dicat warna oren. Nampak garang dari jauh. Stesen  N 7032 bersebelahan hentian bas. Mudah hendak berhentikan kereta. Lokasi bahaya memang melepaslah untuk merekodkan batu aras tersebut. Koordinat 2.709436 darjah Utara dan 101.978826 darjah Timur.


Batu aras berwarna oren ini menyerlahkan. Biasa BM berwarna putih sahaja. Jikalau luntur pastilah warna batu konkrit sahaja kelihatannya. Monumen kerajaan ini adalah harta milik kerajaan. Sudah pastilah tindakan merosakan boleh didakwa ke atas pelaku. Salah satu tujuan pencarian BM ini untuk mendedahkan kepada masyarakat betapa pentingnya bersama-sama menjaga monumen ini dengan baik.


Seterusnya meneruskan perjalanan ke Sungai Batu Hampar. Stesen BM yang kedua adalah N 7041. Terletak bersebelah dengan jambatan sungai ini. Plat baru masih berkilat lagi. Ada dua set nombor siri di situ. Nombor lama di bawah dom manakala yang baru di sebelah kanan dom.



Kedudukan BM bersebelahan penghujung penghalang jalan. Hampir ditenggelam oleh rumput keliling. Stesen BM N 7041 koordinat 2.592650 darjah Utara dan 102.085050 darjah Timur.

No comments:

Post a Comment

Boundary Pillar 1881

  Cuti sekolah menghampiri penghujungnya. Sempatlah bercuti solo ke Port Dickson pada 3 dan 4 September 2026. Pada kali ini Damia tidak ikut...