Pada hari ahad bertarikh 15 November 2026 yang lalu telah berjaya menemui empat lagi stesen TBM JPS. Ini telah menambah koleksi batu TBM JPS menjadi keseluruhan lima stesen. Rasanya tiga stesen TBM Sungai Merab baru sahaja dibina. Ini berdasarkan cat biru sangat pekat lagi.
TBM JPS#2 telah berjaya ditemui di Pusat Latihan dan Perindustrian Pemulihan JKM (PLPP) Sungai Merab. Sebenarnya selalu lalu di PLPP ini. Ternampak batu biru bersebelahan dengan pagar PLPP tersebut. Terus letak kereta di stesen minyak Petron bersebelahan PLPP dan simpang empat.
Kedudukan TBMJPS#2 TBM : Sungai Merab 001 bersebelahan pagar PLPP. Rasanya baru sangat siap. Selalu memandang juga pagar PLPP tetapi tidak ada apa-apa yang menarik. Cuma pada kali ini terpersana monumen warna biru sudah pastilah hendak melihat gerangan batu biru tersebut. Laluan ini sering digunakan untuk ke Putrajaya mahupun bawa Damia ke IOI Mall. Koordinat 2.942475 darjah Utara dan 101.748526 darjah Timur.
Kemudian berpatah balik menghala ke Bandar Baru Bangi pula. Teringat selepas jambatan lebuhraya PLUS terdapat satu lagi batu biru juga. Beberapa kali lalu telah perasan, terdapat satu lagi batu biru. Ada kelapangan kali ini bolehlah meninjau pula. Letak kereta depan pintu pagar kawasan letak kereta Denso sebelah lebuhraya PLUS ini. Rupanya TBMJPS#3 TBM : Sungai Merab 003. Ini pun TBM paling baharu juga kelihatannya. Cat biru masih pekat lagi.
Stesen TBM : Sg. Merab 003 berdekatan dengan paip air besar dan parit tepi lebuhraya. Laluan menghala ke Sungai Merab dari Bandar Baru Bangi sebelum jambatan lebuhraya. Bersebelahan juga dengan penutup konkrit paip bawah tanah.
Sangat biru catnya. Ada tulisan spray merah pada konkrit tertera TBM 3. Sudah pasti diukur dan ditanda terlebih dahulu sebelum konkrit dan paip dan paku ada bahagian tengah dihasilkan. Kemudian baru letak plat lambang JPS Selangor ditulis serta TBM : Sg. Merab 003.
Penutup jeriji parit sebelah tepi lebuhraya. TBM : Sg. Merab 003 berada di sebelah kiri jeriji ini. Kali ini barulah kedudukan stesen ini berdekatan dengan parit besar. Stesen TBM : Sg. Merab 001 bersebelahan longkang dan pagar sahaja.
Pemandangan TBMJPS#3 menghadap parit pula. Bersebelahan juga dengan tiang paip Air Selangor. Parit terletak di antara pagar tempat letak kereta Denso sebelah kiri. Manakala, pagar sebelah kanan merupakan kawasan lebuhraya PLUS. Koordinat 2.942055 darjah Utara dan 101.752903 darjah Timur.
Kemudian terfikir untuk mencari TBM : 002 Sg. Merab. Pasti ada dalam fikiran penulis kerana telah berjaya menemui siri 001 dan 003. Cuba-cuba cari mana tahu boleh jumpa. Pasti terletak ditengah-tengah antara stesen ini. Laluan yang sama bagi 001 dan 003 tidak ada. Pasti berada di jalan yang lain telahan Penulis. Maka, terus menghala ke stesen TBM : Sg. Merab 001 kemudian belok kiri masuk ke Lebuh Dato' Panglima Setia.
Melepasi papan tanda Taman Seri Melor 1 telah kelihatan disebelah kanan konkrit berwarna biru yang dicari itu. Alhamdulillah lengkap sudah set TBM : Sg. Merab. Ternyatalah bahawa itu adalah TBMJPS#4 berjaya ditemui TBM : Sg. Merab 002. Jadi bentuk TBM ini dalam lakaran peta sudah pastilah bentuk segitiga. Bermula 001 di PLPP kemudian di tengah atau puncak 002 di Taman Seri Melur 1. Kemudian dari 002 ke 003 turun semula ke tepi jambatan lebuhraya PLUS laluan sama bagi 001 juga. Koordinat 2.938487 darjah Utara dan 101.784655 darjah Timur.
.jpg)






.jpg)


.jpg)






.jpg)
































.jpg)










.jpg)
.jpg)








