Pagi semalam sempat beriadah ke Alamsari selepas menghantar harmonic ke sekolah. Perjalanan bermula dari Laman Niaga meletak jelopi di situ sahaja. Destinasi pertama adalah The Lawan. Berjalan dari Laman Niaga ke The Lawn menggunakan susur pejalan kaki di tepi jalan utama.
Menghampiri The Lawn melintas dengan berhati-hati kerana kenderaan laju untuk pergi bekerja. Masuk laluan dari bahagian bawah atau belakang taman ini. Jumpa kolam kedua. Air agak cetek memandang musim kering kini.
Sempat buat satu pusingan lengkap laluan riadah The Lawn ini. Salah satu daripada dua taman awam yang ada di Alamsari Bangi. The Lawn ini kecil sahaja tetapi mempunyai satu padang bola sepak dan satu gelanggang futsal di samping taman permainan kanak-kanak. Peralatan senaman di taman turut disediakan pihak pemaju.
Pokok yang mengeluarkan bunga menambah keindahan taman. Pagar biru sebelah kanan itu merupakan kawasan pembinaan rumah kediaman. The Lawn dikelilingi premis kediaman yang sudah siap mahupun dalam pembinaan.
Laluan turun atau penyambung antara padang ke kolam di bawah. Pokok pine ditanam di bahu laluan menambah keindahan. Kecerunan turun agak curam juga. Masa menurun ke bawah tiada masalah. Masa nak naik ke atas terasa juga tahap intensiti yang perlu dihadapi.
Laluan tepi kolam dipagari dengan pokok hiasan. Ada sejenis tumbuhan akuatik tepi kolam tersebut. Ia seperti rumput tumbuh meninggi memainkan peranan sebagai penapis semulajadi menjernihkan air kolam tersebut.
Bergerak menyusur turun dari padang, bertemu dengan kolam pertama yang agak luas. Bersebelahan dengan rumah teres yang menghadap bahagian dapur. Mentari pagi menyinar cahaya baik untuk tenaga dan kesihatan. Bertembung dengan ramai orang melakukan aktiviti riadah seperti berjalan dan berjogging.
Laluan air turun dari kolam besar masuk ke dalam kolam kecil. Air turun lesu dan perlahan menggambarkan musim kering kini. Walaupun begitu air tetap ada kerana kolam ini berpunca dari aliran anak-anak sungai. Maklumlah, Alamsari ini dibina di kawasan berbukit menjadi punca air Sungai Bangi. Kiranya Alamsari ini terlatak di Hulu Bangi. Namun, dahulu hanyalah ladang sahaja di sini.
Pemandangan dari muka pembentungan air kolam mengalir keluar terus ke pembentungan. Aliran air kolam ini mengalir dalam pembentungan terus ke kolam yang lain. Pembentungan secara tertutup ini lebih selamat dan mudah. Tidak perlu membuat pagar daripada dicerobohi orang. Lebih selamat dan terkawal. Boleh mengelakkan berlaku kemalangan seperti tergelincir jatuh ketika hujan lebat. Banyak kes kanak-kanak tergelincir jatuh longkang ketika air deras.
Inilah aliran air anak sungai tepi The Lawn. Sudah pastilah aliran ini yang masuk ke dalam kedua kolam tersebut. Sayangnya, aliran air ini tidak diselenggara dengan baik. Aliran nampak bersemak penuh pokok dan ada juga sampah terapung dan tersangkut. Pada masa taman ini di buka dahulu. Aliran ini sangat bersih dan terjaga keliling tebing juga. Kini, aliran air sudah tidak kelihatan. Hanya dipembentungan sahaja dapat dilihat air yang mengalir. Namun, dalam aliran itu terdapat banyak ikan berenang-renang. Ini menunjukan airnya bersih dan bukanlah dari sumber air buangan domestik.
Selepas bergerak keluar dari The Lawn barulah terperasan batu GPS 01 di tepi jalan. Batu GPS 01 berada di tepi jalan dari The Lawn menghala ke Galeri.
Kepada yang ingin mencari batu GPS 01 buat koleksi. Koordinat tersebut boleh dilihat di atas. 2.921000 darjah Utara dan 101.802705 darjah Timur.
Setelah menghampiri taman ini kelihatan banyak kereta diletakkan di bahu jalan. Petanda ramai pengunjung beriada pagi itu. Taman ini terdapat tiga kolam berbanding taman yang lagi satu tadi.
Kolam di pintu masuk itu agak besar juga. Kelihatan warnanya keruh kuning. Tiada tumbuhan akuatik berada di dasar kolam.
Laluan pejalan kaki turut diwarnakan untuk penunggang basikal. Berkongsi penggunaan bagi laluan yang sama. Maka, berhati-hati jika berselisih denga penunggang basikal.


.jpg)



.jpg)












.jpg)









.jpg)









.jpg)


.jpg)








.jpg)
.jpg)

.jpg)