Cuba Lagi

Credit 9M2YAT
Hari ini merupakan Peperiksaan Radio Amatur Kelas A. Penulis buat kali kedua menduduki peperiksaan ini. Kali pertama pada tahun lepas bulan februari bertempat di NADI Presint 9, Putrajaya. Masih tempat yang sama mencuba nasib sekali lagi. Ramai juga rakan ham yang turut hadir memberi sokongan moral. Apapun tahniah kepada empat stesen yang lulus manakala yang gagal boleh cuba lagi. Sudah pasti perlu mencari tarikh ujian dalam waktu cuti sekolah masa hadapan.



Oleh kerana mempunyai banyak masa lagi, terus menghala ke SMK USJ 23. Venue bagi Kejohanan Olahraga MSS Selangor tahun 2026. Berkesempatan berjumpa Ellina Irez yang berjaya memenangi acara 800m dengan rekod kejohanan. Pasti akan mewakili negeri Selangor peringkat MSSM di Kuantan nanti.


Ellina Irez yang kini belajar di Sekolah Sukan Malaysia di Bandar Penawar, Johor. Terus mendapat tunjuk ajar Coach Radhi di sana. Pasti ada strategi yang terbaik bagi perancangan masa hadapan Ellina oleh Coach tersebut.


Ellina ada beberapa acara lagi. Kejohanan berakhir jumaat ini 7 Ogos 2026. Sama-sama kita doakan kejayaan Ellina meraih banyak pingat lagi untuk pasukan Hulu Langat.

 

No comments:

Post a Comment

Cuba Lagi

Credit 9M2YAT Hari ini merupakan Peperiksaan Radio Amatur Kelas A. Penulis buat kali kedua menduduki peperiksaan ini. Kali pertama pada tahu...