Bercuti di Cheringin Hills dan Berjaya Hills Bentong, Pahang


 
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memilih Janda Baik dan Bukit Tinggi yang berhampiran dengan ibu negara.

 
 
 
Location: 3°20.03' N 101°51.32' E - locator OJ03WI20PC - show map - static map
4.6 km Southeast bearing 113° from Kampung Bukit Tinggi, Malaysia [?]
20.9 km South bearing 194° from Bentong Town, Pahang, Malaysia
28.4 km Northeast bearing 41° from Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
56.0 km Northeast bearing 53° from Klang, Selangor, Malaysia
Last position: 2012-11-28 01:51:41 UTC (3d 23h41m ago)
2012-11-28 09:51:41 MYT local time at Kampung Bukit Tinggi, Malaysia [?]
Altitude: 443 m

 
 
 
Berdasarkan maklumat dari aprs.fi lokasi pertama aku adalah kedudukan adalah 443 meter dari aras laut. Suasana nyaman dan tenteram sangat sesuai untuk bercuti di Cherengin Hills di Janda Baik.
 

 

 
 
Kedudukannya mudah untuk dicari kerana terletak dibelakang SK Janda Baik yang terletak di atas bukit yang tersergam indah.
 
 
Pemandangan indah menyejuk mata memandang apabila menjejakkan kaki di resort ini. Gunung-ganang kelihatan didepan mata memberi satu nikmat yang tidak terungkap dengan kata-kata.
 
Bagi pendaki gunung, ia juga menjadi laluan untuk mendaki gunung Nuang di Janda Baik ini. Selain itu, Air terjun Ulu Tampit juga menjadi lokasi aktiviti trekking. Sebenarnya banyak aktiviti disediakan  oleh pihak resort seperti telematch, teambuilding games, string zone, management games, interactive games, amazing race dan treasure hunt. Manakala aktiviti di persekitaran adalah seperti tour of kampung, night walk, taman hana, jacky organic farm, tubing on the river, nature walk dan horse riding.
 
 

 



 


Semasa aku sampai di sini dan melihat kawasan persekitarannya yang bersih dan cantik. Aku beranggapan resort ini baru dibuka kepada pengunjung. Terdapat kemudah kolam renang turut disediakan. Melihat kepada warna airnya yang keruh membuatkan aku kehairanan dan tertanya-tanya mengapa ia boleh berlaku. Pada pengamatan aku kemungkinan ia tidak membuat rawatan klorin secukupnya.
 
Pada keesokan pagi yang dingin dengan suasana yang menyamankan barulah aku mendapat jawapan mengapa ia sedemikan rupa. Kelihatan banyak burung layang-layang berterbangan ke sana dan ke mari di persekitaran kolam ini memberi suasana yang mengasyikkan. Sesekali aku melihat burung terbang ke permukaan air untuk minum dan besar kemungkinan melepaskan najisnya, haha patutlah ia keruh semacam je rupanya burung dah berak.
 
 Kalau buat rumah burung  layang-layang boleh menghasilkan pendapatan lumayan. Berdasarkan lokasi di atas bukit memang sangat sesuai jika dibelakang resort ini dibuat rumah burung, tetapi bising jika menggunakan alat untuk memanggil burung itu.
 
Malam itu, kami tidak ke mana hanya melayan wifi di lobi. Sempat juga aku berchat dengan 9W2VVH di sungai besar dalm misi untuk melengkapkan DXCC Diamondnya.
 
Selepas jam 10 malam lampu di lobi tutup, seperti ingin menghalau tetamu untuk balik ke bilik pada fikiran aku. Inilah pertama kali resort yang aku kunjungi menutup semua lampu di lobi. Macam mana jika ada guest yang ingin checkin di malam hari ini akan menyangka resort ini telah ditutup. Alasan mungkin hendak jimat tenaga agaknya la.
 
 
 
Pada 28 November 2012 kami meneruskan percutian di Berjaya Hills. Destinasi pertama adalah animal park tempat melihat haiwan seperti arnab dan rusa. Bayaran masuk adalah RM3 untuk dewasa.
 
 
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke kelab golf dan terjumpalah papan tanda yang menunjukkan telah berada kedudukan 2230 kaki dari aras laut.
 
Seterusnya destinasi ke tempat penginapan di Colmar Tropicale merupakan resort bertemakan Perancis. Jadi kita tidak perlu pergi negara Perancis jika sudah sampai di sini. Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM12.
 
 
Pukul 3 petang aku checkin mendapatkan bilik yang telah dibooking awal secara dalam talian. Rupanya bila bertanya kepada front office yang melayan kami terdapat perbezaan yang ketara berbandingkan jika aku menggunakan goverment rate. Lepas ini book direct kepada  pihak hotel bolehlah dapat harga murah.
 
Selepas menyimpan barangan di dalam bilik, kamipun bersiar-siar dipersekitaran Colmar Tropicale ini. Apa yang aku lihat tiada perbezaan yang ketara berbanding 4 tahun lalu aku ke sini. Malahan kelihatan warna-warna pada bangunan terutama bahagian bumbung kelihatan luntur dan tidak berjaga.
 
Tetapi sebelum aku sampai di sini, kelihatan satu lokasi baru iaitu Adventure Park yang menyedikan aktiviti seperti wall climbing, canopy walkway dan flying fox. Melihat pada harganya memanglah sangat menarik kepada orang yang berkemampuan.
 
Pada waktu malam selepas makan kami bersia-siar untuk menikmati kedinginan malam. Cuaca sangat baik dan tidak hujan menambahkan lagi kedinginannya. Persembahan pentas juga disediakan oleh pihak resort kepada pengunjung yang menginap di sini. Malangnya wifi dikenakan bayaran, maka tidak dapatlah aku hendak facebook malam itu. Satu jam RM15 dan 24 jam RM30 memang berbaloi.
 
Hari terakhir selepas sarapan aku bersiar-siar lagi. Agak-agak sudah berapa kali kami berpusing-pusing dipersekitaran Colamar Tropicale ini.
 
 
Selepas checkout dan menyimpan barang ke dalam kereta, kami menunggu tram untuk ke Japanese Village. Sempat juga aku monitor di 147.700MHz terima rakan 59 dikawasan tanah tinggi ini.
 
 Tepat jam 12.45 tgh tram ini bergerak ke sana hingga ke tempat letak kereta sahaja. Tangga baru disediakan dan  pengunjung dikehendaki berjalan kaki ke sana.
 
 
 Anda telah berada di 3500 kaki dari aras laut, inilah aras paling tinggi dicapai untuk percutian kali ini.
 
 
 
Berada di sini tidak perlulah pula ke negara jepun, kerana suasana taman jepun diwujudkan di sini yang merupakan taman jepun yang pertama berada di luar negara jepun.
 
 Landskap indah dan menarik serta senibina rumah dan taman menurut kebudayaan jepun dipersekitaran hujan hujan tropika.
 
 
 
 
Selepas itu kami melawat botanical garden pula, yang menyajikan pelbagai spesis flora yang menarik. Jika dahaga, boleh menikamati teh jepun di restoran jepun di sini.
 
Habis menikmati keindahan flora kamipun turun semula ke tempat perhentian bas. Seterusnya meneruskan perjalanan pulang ke Colmar mengambil kereta pulang ke rumah dengan sejuta kenangan.
 
73, Jojet, 9W2DYA
 
 
 

2 comments:

  1. Adventure park, even stay di colmar resort kene bayar jugak fee entrance? Naik tram ke botanical garden tu ada bayaran tak?

    ReplyDelete
  2. Adventure park rate lain. Kalau menginap di colmar dapat tiket ke japanese garden tu

    ReplyDelete

Belon Kota Bharu Radiosonde D22025480 menghampiri Sg Golok

Credit 9W2PRX   Belon Kota Bharu radiosonde D22025480 telah berjaya di selamatkan berhampiran tebing Sungai Golok oleh stesen 9W2GCQ pada ma...