Bercuti Mandi-manda


 Cuti sekolah pada kali ini dapat bermain air di Bangi Wonderland Taman Tema Air. Taman Tema Air yang paling dekat dengan rumah. Hanya cuti pada kali ini buat pertama kali meneroka tarikan yang ada. Sempat pergi selepas Hari Raya Aidil Adha 28 Mei 2026. Seawal 9 pagi lagi pengunjung sudah menunggu kaunter di buka.


Tempat letak kereta di bawah masih kosong. Jikalau penuh kenalah letak diluar tempat kereta yang disediakan. Tepat jam 10 pagi kaunter dibuka. Terus beratur kaunter walk-in dengan kadar bayaran biasa untuk warganegara berjumlah RM106. Kaunter bayaran dalam talian melalui laman sesawang ramai pengunjung beratur. Terus dapat gelang tiket terus masuk mencari locker.


Sewa locker RM20 termasuk deposit RM5. Setelah menyimpan barang ke dalam locker terus turun ke bawah melihat persekitaran. Mandi tempat kanak-kanak terlebih dahulu membasahkan badan. Kemudian ke pantai menunggu ombak. Keperluan pelampung lebih seronok jika bermain dengan air. Kadar sewa pelampung adalah RM30 termasuk RM10 deposit. Pelampung kami bernombor 623. Sebelum ombak ada turun ke sungai terlebih dahulu. Arusnya juga agak deras. Sungai juga terdapat ombak mengikut jadual yang telah ditetapkan.



Sudah tentu tarikan bermain ombak dinanti oleh semua pengunjung. Adakalanya pelampung tidak digunakan semasa bermain ombak. Ada percubaan  pengunjung lain mengambil pelampung tersebut. Maka cepat-cepatlah kejar menahan dari diambil orang. Sempat juga beberapa kali hujan turun. Namun tidak menjadi masalah kerana badan sememangnya telahpun basah.


Sebelah petang sempat juga bermain gelongsor yang sesuai untuk kanak-kanak. Banyak lagi gelongsor yang mencabar boleh dicubai. Ketika hendak bermain gelongsor tersebut menyandarkan pelampung ditepi pagar. Ketika selesai bermain pelampung telah tiada ditempat yang ditinggalkan tersebut. Maka, melilaulah mencari pelampung bernombor 623. Setelah puas mencari maka bermain ombak dan sungai tanpa pelampung. Tiba-tiba selepas pusing sekali sungai kelihatan pelampung 623 telah digunakan oleh seorang perempuan. Terus kejar dan rampas pelampunng tersebut. Perempuan tersebut tidak bercakap dan terus turun kerana tahu bukan haknya. Ternyata perempuan tersebut bukanlah orang tempatan. Pelancong asing yang tahu hendak berjimat tidak mahu membayar lebih.


Banyak kemudahan yang disediakan taman tema air ini. Tidak boleh bawa makanan dari luar kerana jualan makanan dan minuman turut disediakan. Kemudahan surau turut ada untuk menunaikan tanggungjawab. Selepas puas mandi pergi ke kaunter semula menuntut deposit semula.


Keesokkan hari 29 Mei 2026 memulakan perjalanan ke Tampin bagi percutian kali ini. Destinasi yang dituju adalah Tampin Water Park. Bayaran masuk dewasa adalah RM15 dan kanak-kanak RM7 sahaja. Waktu operasi bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Tutup pada hari selasa. Sempat bertanya tentang penginapan. Kaunter di pintu pagar masuk itu menyatakan boleh mendapat maklumat di pejabat urusan di dalam.


Selepas meletak kereta terus ke pejabat menanyakan tentang penginapan yang ada. Hanya tinggal Cabin Stay sahaja yang berharga RM200. Tanpa banyak soal terus setuju sahaja. Sudah tentu Damia seronok dapat bermalam di Tampin Water Park. Sementara menunggu Kabin siap sempatlah mandi terlebih dahulu.


Taman tema air bersebelahan dengan kawasan hutan. Air Sungai Tampin mengalir keluar dari celah-celah batu kawasan hutan tersebut mengalir dalam taman ini. Terdapat empat kolam disediakan mengikut aras kedalaman yang sesuai untuk pengunjung. Masa mula sampai, kami berendam di kolam Melor dan Dahlia. Kolam Dahlia sesuai untuk kanak-kanak. Manakala kolam Melor kedalaman hingga 4 kaki.


Manakala dua kolam sebelah hutan adalah kolam Teratai dan Mawar. Kolam Mawar sebelah hutan yang redup menyebabkan airnya lebih sejuk berbanding Teratai yang lebih cahaya mentari. Terdapat gelongsor antara kedua kolam ini.


Selain itu terdapat yang terjun di tepi dinding tersebut. Deruan iar yang jatuh menghasilkan air yang sentiasa bergerak dalam kolam tersebut. Mandi pancuran air tersebut pastilah menyegarkan badan.
Kedalaman kolam ini sehingga mencapai 7 kaki. Ibubapa perlulah sentiasa mengawasi anak masing-masing kerana tiada life guard disediakan di taman ini. Papan tanda keselamatan dan peringatan ada terpampang sekitar kolam ini juga.


Selepas mendapat kunci kabin aktiviti mandi-manda diteruskan. Sebelum itu, membawa kereta parkir terus ke kabin. Usai menyimpan barang aktiviti berendam diteruskan. Setelah puas berendam dan perut lapar terus ke Cafe untuk memesan nasi set yang ada di situ.



Selepas makan berehat di kabin. Petang pula merayau-rayau persekitaran taman. Taman ini turut menyediakan pakej pelbagai program team building, motivasi serta kepimpinan untuk pelajar mahupun korporat.


Pakej tersebut mengandungi aktivit senamrobik,Interprestasi Alam semulajadi, ikhtiar hidup, mencari harta karun dan keyakinan air. Bolehlah menghubungi pihak taman bagi mendapatkan maklumat lanjut.


Pastikan objektif program selari dengan aktiviti yang dipilih. Matlamat program yang jelas sudah pastilah setiap peserta mendapat membawa sesuatu ilmu dan pengalaman yang sangat berharga. Objektif program tercapai setelah semua peserta dapat  menggunakan pengalaman yang telah dipelajari dalam setiap aktiviti. Pengalaman tersebut akan digunakan dalam organisasi masing-masing.


Bercuti Mandi-manda

  Cuti sekolah pada kali ini dapat bermain air di Bangi Wonderland Taman Tema Air. Taman Tema Air yang paling dekat dengan rumah. Hanya cuti...