Dua stesen telah dikesan berada di Banjaran Titiwangsa pada pagi ini. Stesen tersebut adalah 9W2UQU-7 dan 9W2UQU-9 terlibat dengan misi SAR Mencari Orang Hilang dipercayai tersalah haluan dari puncak Gunung Batu Putih.
Penggunaan peranti LoRa APRS Tracker ini sebanyak sedikit memberi maklumat lokasi para penyelamat secara langsung atau real time. Pergerakan boleh dipantau melalui aprs. Ia tidak memerlukan data internet, hanya gelombang radio mode UHF sahaja. Stesen Igate di bawah seperti di Teluk Intan berjaya mengesan lokasi stesen yang berada di permatang gunung yang tinggi ini.
Pada jam 10.53 pagi stesen 9W2UQU-7 telah berada di Bukit Berapit 2. Sayangnya data altitud tidak dapat di baca. Ketinggian bukit ini adalah 1747 meter dari aras laut.
Dua stesen bergerak menghala ke Gunung Rayu 1964 m. Menurut laporan media massa mengsa dipercayai menghala ke Gunung Rayu berdasarkan bukti-bukti botol dan bekas plastik yang ditinggalkan mangsa pada laluan tersebut. Boleh dilihat jarak ke Gunung Batu Putih masih jauh lagi oleh kedua stesen tersebut. Ketinggian Gunung Batu Putih 2132 meter dari aras laut.
Jam 13.05 petang kedua stesen ini masih lagi aktif. Semoga mangsa dijumpai dengan selamat. Mangsa memulakan pendakian dari Pos Gedung menghala ke Gunung Bah Gading 1621 meter dari aras laut. Sebelum puncak Gunung Batu Puteh salah seorang pendaki telah sesak nafas dan berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat menggunakan helikopter BOMBA.
Kali terakhir stesen 9W2UQU-7 aktif pada jam 16.40 petang telah melewati puncak Gunung Rayu. Telah melepasi simpang ke puncak 1685 m menghala ke puncak Gunung Batu Putih. Altitud ketinggian 1832 meter ketika berada lokasi tersebut.
Semoga mangsa ditemui dengan selamat. Penulis penghujung tahun 90-an pernah mendaki ke Gunung Batu Putih ini. Laluan permulaan dari Kuala Woh ketika itu. Zaman itu masih kurang aktiviti trans merentas pelbagai gunung sekali jalan. Hanya pergi puncak dan turun jalan yang sama sahaja. Zaman kini ramai yang buat trans sambil mengambil masa yang terlalu singkat. Kurang rehat, kurang tenaga, mengejar masa mungkin boleh memudaratkan para pendaki kini.
Jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet de 9w2dya











.jpg)













2026 Datang Lagi Dengan Lebih Meriah!
Sudah bersedia untuk kembali berkumpul, beraktiviti dan ber-QRP bersama?
Cari gang
Malaysian QRP Weekend 2026
19 – 21 Jun 2026
Lokasi : Ikut Suka ANDA!
SIG Malaysia QRP Group telah menetapkan minggu ke-3 setiap bulan Jun sebagai Minggu QRP Malaysia
Jadi… mula rancang group anda sekarang dan sertai kami untuk sama-sama memeriahkan: