Bukit Sungai Linau 91m Sepang


 Pagi ini seperti yang dirancang  mencari satu lagi puncak yang ada tiang light beacon. Nampak satu bukit pada puncak ada satu tiang tegak dari puncak Bukit Lada semalam. Maka, pada pagi ini terus bergerak ke puncak berkenaan. Terlebih dahulu mengkaji kedudukan di atas peta satelit. Sudah diketahui kedudukan bersebelahan dengan kawasan tandus sekitar kawasan ladang kelapa sawit. Hasilpemerhatian kawasan tersebut dalam peta satelit ternyata ada binaan dan tiang seperti di Bukit Lada. Tidak syak lagi pasti lagi satu Aeronautical Observation Light Beacon milik CAAM akan dijumpai pula.


Nampak macam terlalu optimis sangat. Apa taknya? Sememangnya puncak bukit itu terdapat tiang seperti Bukit Lada. Kemudian hasil siasatan pada peta satelit ternampak jelas kawasan puncak yang disasarkan itu jelas terlihat struktur tiang seperti Bukit Lada. Tanpa berfikirkan panjang misi seterusnya haruslah dirangka. Laluan masuk sama seperti semalam. Ini kerana kawasan akses ini sama seperti semalam juga. Cuma pada pagi ini agak lengang. Penghadang laluan telah menutp ruang untuk orang ramai masuk ke kawasan lapang bagi melihat pesawat berlepas di hujung landasan.


Kawasan tumpuan pemancing semalam ramai pengunjung. Pagi ini pula, suasan agak berbeza. Sunyi sepi tanpa orang dan kenderaan. Puncanya laluan masuk telah ditutup. Penulis hanya meletakkan kereta di tepi berhadapan penghadang tersebut. Laluan masuk seperti semalam juga cuma tidak masuk ke kebun durian. Laluan terus mengikut laluan sawit. Beberapa tahun dahulu pernah sampai di kawasan ini. Sebab itulah penuh keyakinan laluan pasti masih ada lagi. Pengalaman lepas memberi sedikit keyakinan untuk meneruskan misi puncak kedua light beacon.


Bergerak ke hadapan lagi laluan masih elok tetapi banyak pokok telah menghalang laluan. Kemudian melewati laluan sebelah penghujung lampu landasan telah mula agak semak. Ini menandakan bahawa laluan ini telah jarang digunakan. Namun, masih boleh lalu bagi berjalan kaki. Laluan kenderaan bermotor ini agak luas sebenarnya. Pokok senduduk juga turut menghalang laluan yang semakin menyempit. Oleh kerana biasa masuk hutan tidak menjadi masalah bagi Penulis untuk melepasinya.


Kemudian laluan halangan pertama berjaya dilepasi. Laluan bersemak bertukar menjadi laluan yang telah direndami air pula. Laluan ke hadapan lagi agak rendah. Maka, air telah memenuhi laluan rendah tersebut. Oleh sebab pernah melalui laluan tersebut. Penulis mengambil keputusan untuk terus meredah air banjir tersebut. Hanya lalu terus ikut laluan yang betul sahaja. Video itu dirakam semasa perjalanan balik. Mahu mencecah lutut juga kedalaman air yang diredahi itu. Maka, kasut speedgoat 6 pun diuji ketahanan berendam dalam air paya tersebut.


Keadaan laluan yang telah ditenggelami air paya. Sebelah kawasan lampu hujung landasan itu sememangnya rendah. Kawasan berpaya sememangnya sentiasa berair. Lagi-lagi musim hujan kini. Sudah semestinya aras air semakin meningkat. Sebab itulah musim ini perlu lakukan aktiviti sebelah pagi sahaja. Waktu pagi yang cerah kesempatan melakukan sebarang aktiviti. Manakala, sebelah petang kerap hujan turun.


Selepas melepasi halangan air tersebut, pemandangan ini terpampang di hadapan mata. Laluan rizab kawasan ladang kelapasa sawit ini telah ditolak kemas oleh jentera. Hadapan itulah sebelah kiri di dalam parit telah berjaya menemui peranti radiosonde. Sudah lupa tahun bila. Ketika itu mencari sebelah pagi sebelum pergi ke sekolah sesi petang. Sempat mencarinya sebab belon kaji cuaca tersebut jatuh pada malam sebelum itu. Maka sempatlah merangka strategi dan mangkaji laluan masuk yang tadi itu. Hari ini telah berubah, laluan lapang dan mudah sahaja. Setiap kesusahan ada kemudahan selepas itu.


Kemudian masuk ke kiri laluan parit yang boleh diseberangi kerana kering. Lokasi puncak berada di kawasan sebelah laluan yang terang itu. Jikalau Penulis meneruskan laluan yang lapang itu. Pastilah kena seberang parit kering yang menjadi sempadan antara dua ladang. Lebih baik masuk siap-siap kerana puncak berada di dalam ladang sebelah kiri.


Setelah masuk laluan ladang sawit sebelah kiri, perjalanan semakin mendaki. Ada terlihat seekor anak lembu baring berdekatan lalua. Semasa memandang telinga bergoyang-goyang. Tidak pasti apa masalah yang berlaku terhadap anak lembu itu. Jalan ke depan lagi ada dua ekor lembu dewasa pula meragut rumput.


Pemandangan laluan untuk terus ke puncak. Sebelah kanan merupakan laluan yang telah diterangkan itu. Antara dua laluan ini dipisahkan oleh parit kering yang agak dalam. Nasib baiklah ketika mendapatkan peranti tersebut terpaksa mencari laluan untuk turun ke dalam parit. Perlu berpaut dengan pokok-pokok yang ada di tepi parit tersebut.


Seterusnya memulakan pendakian lagi. Pemandangan KLIA landasan tengah telah mula kelihatan. Ini menggambarkan kawasan bukit semakin tinggi telah didaki.


Kemudian pendakian mengarah ke kanan telah menjauhkan laluan selari tadi. Hadapan sedikit ada laluan berpatah balik ke atas pula.


Sudah pastilah sepanjang ke puncak dari bawah tadi sering kedengaran deruan enjin pesawat yang simpang-siur berlepas. Kedudukan bukit pada hari ini ditengah antara landasan tengah dengan landasan Terminal 2. Maka, penerbangan berlepas kedua landasan ini dapat dilihat dengan jelas. Semalam di Bukit Lada, jelas kelihatan pelepasan di landasan tengah tentunya.


Tasik sebelah landasan tengah juga jelas kelihatan di hadapan mata. Tasik ini juga pernah menyambut belon kaji cuaca masuk ke dalam air. Setelah berpatah balik membuat pusingan U, permukaan semakin menegak dan agak cerun juga. Nafas semakin agak laju juga. Semas mendaki tersebut terserempak dengan empat orang pekerja sawit yang sedang bersantai. Mereka bersantai di situ kerana pemandangan indah arah ke KLIA.


Kemudian melepasi mereka terus bergerak ke hadapan sedikit. Puncak hanya beberapa meter di hadapan. Jelas kelihatan di hadapan adalah tiang lampu dilindungi tembok konkrit. Terdapat juga sebuah pondok pada dinding konkrit yang berbelang itu. Bergerak menghampiri konkrit tersebut tertera Bukit Sungai Linau. Terjawablah sudah puncak seperti Bukit Lada semalam adalah Bukit Sungai Linau.


Pondok menunggu berada di puncak Bukit Sungai Linau. Bahan binaan seperti pondok ini terdapat di puncak Bukit Lada. Malangnya ia telah turut dirobohkan. Mungkin Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang berusaha membina pondok yang baharu pula.


Puncak Bukit Sungai Linau ini dikelilingi pokok kelapa sawit. Masih boleh nampak beacon dari jauh. Pokok masih rendah belum melebihi puncak tiang lagi. Pemandangan light beacon bersebelahan dengan pondok. Ada pangkin boleh duduk sambil berehat. Rasanya lembu pun boleh berteduh bawah pondok tersebut. Apatah lagi beberapa ekor kambing boleh turut menumpang ketika hujan turun. Buktinya terdapat najis lembu yang sudah kering ada atas pasir pondok tersebut. Tidak bersimen lantai. Sekadar tanah sahaja yang ada. Apa yang penting ada bumbung untuk berteduh.


Binaan konkrit ini dibina menghadap utara. Perasan bayang cahaya matahari berada di sebelah barat. Nasib ada pondok. Tidak perlu lagi berteduh dibalik dinding seperti semalam di puncak Bukit Lada. Kedudukan konkrit Bukit Lada nampak macam tak ikut matahari terbit. Macam senget sahaja menumpang teduh semalam. 



Mengambil koordinat Bukit Sungai Linau penjuru sebelah kanan papan tanda tersebut. Pastinya arah timur laut. Dari penjuru itu mengarah ke Bukit Lada mendapat jarak lurus 1933m menggunakan GPS Waypoint Finder yang telah disetkan koordinat terlebih dahulu.


Gambaran dari arah belakang pula. Selepas mendapat koordinat, ingin tahu altitud ketinggian bukit ini pula. Rekod maksimum jam Garmin bagi puncak ini adalah ketinggian 95m. Manakala, ukurun purata ketika pusing-pusing di sekitar konkrit adalah ketinggian 91m.


Turut mendapat altitud ketinggian 91m adalah aplikasi Gaia GPS. Pagi ini aktifkan Gaia GPS sewaktu hala mendaki sahaja. Elevation dicatatkan 91m. Elok juga guna aplikasi peta offline ini. Mengesahkan lagi penjejakan ke puncak dengan lebih jelas dengan bantuan peta ini. Backup bagi mode tactical jam Garmin. Kompas perismatik magnet turut bawa bersama di dalam beg sandang. Maklumlah beg peralatan operasi SAR radiosonde.


Stesen 9W2DYA-5 turut diaktifkan bagi mengetahu altitud ketinggian yang berjaya direkodkan. Hasilnya aprsdroid ini merekodkan altitud ketinggian 87m sahaja. Perbezaan tolak campur 4m pula. Semalam perbezaan 5m di Bukit Lada. Selain dapat mengetahui altitud ketinggian. Kedudukan di atas peta aprs turut dapat dikenal pasti secara nyata.


Selain monitor frekuensi airband, turut monitor repeater yang berhampiran seperti Marts linking di Gunung Telapa Buruk. Cuba juga memanggil di calling channel V40 145.500MHz tetapi tiada berjawab.


Tiang light beacon ini berpalang selang seli ketinggian. Senang untuk mendaki ke atas puncak bagi kerja penyelenggaraan. Konduktor kilat turut ada di atas puncak tiang tersebut.

No comments:

Post a Comment

Bukit Sungai Linau 91m Sepang

  Pagi ini seperti yang dirancang  mencari satu lagi puncak yang ada tiang light beacon. Nampak satu bukit pada puncak ada satu tiang tegak ...