QSO bersama Pak Hassan 9W2CLA

Petang semalam sempat QSO bersama Pak Hassan 9W2CLA semasa mobile balik ke Batu 10 Cheras dari base di Bangi. Berkomunikasi di simplex V38 pasti tidak mengecewakan kerana pasti ada stesen yang QRV di situ.

Cuba memanggil dari Sungai Merab melalui jalan ke Serdang berdekatan Kg Dato Abu Bakar Baginda. Maklumlah ia berjiran dengan Putrajaya. Sesekali kedengaran stesen ingin bergabung. Tiada kedengaran audio di dalam jelopi. Pak Hassan 9W2CLA memaklumkan bahawa Fazli 9W2JRQ menyampuk hendak mencari rojak berdekatan Petronas.

Sepanjang QSO Pak Hassan menerima audioku baik 5/9. Maklumlah basenya di Presint 14 sahaja. Selepas melepasi Lebuh Silikon UPM. Mohon mendarat bagi menumpukan perhatian pada pemanduan.

Selepas itu, terus monitor sahaja V38. Kedengaran selepas itu Pak Hassan terus QSO bersama Fazli 9W2JRQ. Penerimaan audio perbualan mereka tenggelam timbul hinggalah sampai tempat dituju.

Semasa hampir di Batu 10, kedengaran Pak Johan 9W2PJH masuk bergabung selepas Fazli keluar jalur. Terima kedua stesen sangat baik 5/9.

Jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet de 9W2DYA






W5KUB-18 Belon Altitud Tinggi

W5KUB-18 merupakan belon altitud tinggi telah berjaya mengelilingi dunia. Percubaan kedua sedang berlaku yang kini berada di angkasa lautan Pasifik utara.




Ketika ini, belon seolah berpatah balik selepas melepasi ruang udara Jepun. Ketinggian 13300 m telah dicapai ketika jam 13:16 tadi. Belon ini telah dilepaskan pada 11 Mei yang lalu. Hari ini merupakan hari yang ke-27 terbang di angkasa.


Misi dan matlamat pelancaran W5KUB-18 adalah untuk mengelilingi dunia sebanyak mungkin. Ini merupakan pelancaran kali ke 9 oleh W5KUB.


Penerbangan belon pada kali ini, menggunakan belon SBS-13. Ia boleh terbang ke paras 40000 kaki hingga 45000 kaki dengan gas hidrogen.

Sepanjang penerbangan ini, menggunakan tenaga solar sepenuhnya. Tenaga diperlukan untuk aktiviti tracking melalui WSPR dalam mode HF setiap 10 minit. Data yang direkodkan adalah altitude, speed, voltage, suhu dan jangkaan arah pergerakan.
Berat payload dianggarkan hanya 9 gram.

Bagi mengikuti perkembangan terkini penerbangan boleh diikuti melalui APRS dan HabHub. Dua laman sesawang menunjukkan tracking terkini secara langsung. Laporan oleh W5KUB juga boleh diikuti laman sesawangnya di w5kub.com .


Eyeball bersama Sufian 9W2SGJ

Tengahari ini sempat bereyeball bersama Sufian 9W2SGJ. Beliau ada tugasan di Bandar Mahkota Cheras. Beliau melihat aprs.fi bahawa 9W2DYA-5 berhampiran sahaja dengan 9W2SGJ-5.



Sememangnya dekat sahaja QTH portable di rumah mak sewaktu PKPB ini. Sufian menghantar pesanan melalui whatsapp untuk berjumpa sebentar dan mengeteh. Malangnya kawasan itu tiada kedai mamak nak lepak. 


Sufian 9W2SGJ QRV di V40, manakala aku ingin QSO di V47. Semasa dalam perjalanan ke sana, cuba memanggil beliau. Tiada sahutan kedengaran masih luar liputan. Beliau menggunakan handheld sahaja. Apabila semakin hampir barulah kami dapat berkomunikasi dengan baik. Kadang terputus juga disebalik dinding bangunan dipersekitaran.

Beliau ada tugasan di red one, tapi tak pasti di mana lokasi itu. Minta beliau send location barulah dapat diketahui lokasinya. Rupanya dekat sahaja tempat yang hendak ditujui juga.


Lokasi dekat taman permainan kami berjabat tangan didaratan. Dekat sahaja tempat yang aku hendak tuju sebenarnya. Bolehlah bersembang sebentar sebelum meneruskan tugasan masing-masing.


Kebetulan masa itu mendapat pesanan 3 botol syampu Marine Essence. Stokisnya di kawasan itu juga, membolehkan terus bereyeball. Selepas mendapatkan stokis Sahajidah Hai-O di situ, berjumpa semula beliau untuk mengundur diri. Ini kerana hendak menghantar pesanan syampu itu di Saujana Impian jam 11:30.

Terima kasih Sufian 9W2SGJ dapat bereyeball sebentar pada hari ini. Jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet de 9W2DYA



Radiosonde DFM09P 19025684 di Perairan antara Tioman dan Kepulauan Anambas

Credit 9W2DVZ   Pagi ini telah muncul satu belon radiosonde DFM09P 19025684 di perairan Tioman dan Kepulauan Anambas di Laut China Selatan. ...