Taman Puncak @ Sepang


 Kali ini menjelajah taman yang dibina di kawasan bukit pula. Taman Puncak @ Sepang ini terletak di Bandar Lembah  Selatan. Sebelah dengan taman rumah Penulis sahaja. Pemaju menggunakan bukit yang ada bagi menyediakan kemudahan riadah, sukan dan rekreasi kepada pengunjung taman.


Perkara pertama sbelum sampai mestilah mencari tempat letak kenderaan terlebih dahulu. Selepas menemui kawasan parkir tersebut. Barulah mengaktifkan jam dalam mode berjalan. Terdapat tandas sebelah tempat letak kereta tersebut.


Laluan refleksologi turut disediakan di taman ini. Mulakan yang mudah terlebih dahulu. Selepas beberapa lam barulah mencuba batu yang agak tajam pula. Mengamalkan memijak batu refleksologi ini sangat baik untuk kesihatan. Kena pula pada bahagian tapak yang ada penyakit pastilah terasa amat memeritkan. Kesannya selepas itu pasti memulihkan pada bahagian tersebut. Mahu berpeluh juga dibuatnya jika kena dengan caranya.


Laluan ke anjung tinjau. Kawasan redup dipenuhi pokok-pokok yang menghijau. Pergi pada waktu matahari tegak atas kepala pasti tidak menjadi masalah besar. Siar kaki ini agak condong ke tepi sedikit. Maka berhati-hati ketika melangkah sambil mendaki.


Tanjakan untuk aktiviti luncur beroda pasti sangat menyeronokkan. Sudut kecondongan yang wujud kawasan sekeliling ini memberi banyak pilihan. Pasti suatu hari hendak ajak Damia mencuba bermain  inline skating.


Perjalanan mula agak sedikit mendaki. Agak landai tidaklah terlalu melelahkan. Tambahan pula kawasan menghijau yang menyamankan. Kajian Profesor dari negara Jepun mengatakan bahawa berjalan dalam hutan akan mengaktifkan daya ketahanan badan selama 30 hari. Udara segar dan mayamankan ini tidaklah terasa sesak jerebu yang kini masih menyelebungi sebahagian tempat di Semenanjung.


Tangga turn ke bawah dari bahagian atas kawasan Anjung Tinjau. Ada wakaf di bawah tersebut. Penulis tidak turun. Mencari kawasan puncak untuk diterokai.


Pemandangan bahagian atas berdekatan tangga besi tadi. Laluan siar kaki ini hala ke bawah semula. Ada wakaf dan alat senaman turut disediakan.

Setiap sudut bahagian taman ini ditanam pokok. Ini menjadikan kawasan taman ini menghijau serta redup dan manyamankan. Bahagian lantai pula sangat bersih tiada sebarang tumbuhan dan tidak bersemak.


Kemudian menelusuri bukit sambil mendaki hingga ke puncak. Laluan agak mudah kerana lantai bukit ini agak lapang seperti di bawah tadi. Rupanya atas puncak ini adalah tangki air. Pokok resam dan senduduk menghuni sekitar atas bukit ini. Menyusuri pagar sambil menghayati pemandangan sekitar puncak bukit ini.


Mengikut data jam Garmin ketinggian maksimum adalah 86 meter dari aras laut. Manakala ketinggian minimum adalah 54 meter dari aras laut. Kelihatan bukit-bukau sebelah Sungai Buah agak sukar lihat akibat jerebu. Seolah berada di tanah tinggi yang dipenuhi kabus sudah.


Papan tanda mengenai pembinaan sebuah lagi tangki air. Para pekerja pembinaan sibuk melakukan kerja masing-masing. Sempat bertegur-sapa dengan pekerja. Bertanyakan tentang pembinaan tambahan satu lagi tangki air. Ini menjadikan akan ada dua tangki air bagi penduduk Bandar Lembah Selatan ini.

No comments:

Post a Comment

Taman Puncak @ Sepang

  Kali ini menjelajah taman yang dibina di kawasan bukit pula. Taman Puncak @ Sepang ini terletak di Bandar Lembah  Selatan. Sebelah dengan ...