BM 8


 Selepas sarapan tadi sempat singgah Kolej Poly-Tech MARA Bangi, Teras Jernang. Sudah lama perasan ada slab tepi pintu utama KPTM ini. Oleh kerana, pagi ini lapang sahaja jalan utama. Mungkin pelajar cuti hari ini. Jikalau tidak tepi jalan itu pasti dipenuhi kereta. Maka bolehlah singgah sekejap. Ternyata slab konkrit yang terdapat tiang besi dan paku ditengahnya tertera BM 8. Tulisan lorekan tangan semasa simen masih belum keras lagi masa dibuat dahulu. Biasanya slab seperti ini tertera TBM. Tidak pada kali ini, tertera huruf BM sahaja.


Menurut Meta AI, slab ini Bench Mark kekal JKR. Bukan TBM (temporary) maka ia adalah Bench Mark atau tanda aras. Ia ditanam tahun 1980-an  semasa JKR membuat  Jalan Bangi - Kajang lama. Paip besi 2 inci tanam satu meter dalam tanah. Manakala atas besi itu, ada bolt tembagasebagai titik aras. Koordinat 2.931696 darjah Utara dan 101.758280 darjah Timur.

Pertama kali jumpa slab tulis BM. Sebab itulah, setiap slab yang dijumpa pasti ada maklumat baharu yang diperolehi. Maka, satu pengetahuan baharupun dapat diperolehi hanya dengan mencari sebuah batu konkrit sahaja.

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu
73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Bamboo Trail

  Selepas meneroka Serenity Park, terus mencari taman yang lain pula di Bandar Serenia ini. Ada satu taman kejiranan bersebelahan dengan Ari...