Pagi selepas bersarapan sempat singgah ke Tasik Impiana di Nilai Impian. Tasik ini bertentangan dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Jikalau memndu sebelum masuk exit Nilai, kita kan perasan sebelah kiri rumah teres Nilai Impian tersebut. Tasik Impiana terletak di hujung Dayana dan Emilia. Hanya Dayana yang telah diduduki manakala Emilia masih belum terima kunci lagi. Emilia betul-betul bersebelahan dengan tasik ini.
Perlu melalui Persiaran Nilai Impian 3 untuk sampai ke tasik ini. Terletak penghujung jalan serta mempunyai beberapa lot parkir. Ketika tiba jam hampir 11 pagi. Alhamdulillah hujan telah turun semalam menyebabkan jerebu bertambah baik. Kelihatan Velodrom Nasional Malaysia boleh dilihat dari tasik ini.
Tasik Impiana seluas 27.38 ekar. Tasik rekreasi paling besar dalam Nilai Impian. Untung pembeli rumah apabila pemaju menyediakan kemudahan rekreasi yang luas dan banyak pilihan. Tasik ini turut memenangi Award - winning park iaitu menang ILAA Asia-Pacific 2023 dan MLAA 14. Pastilah anugerah ini memenuhi kriteria penyediaan taman yang berprestij.
Tasik ini turut mempunyai saluran air masuk ke dalam tasik ini. Boleh dilihat bahagian air yang masuk ke dalam tasik ini dihadang oleh penapis lumpur dan sisa-sisa. Jelas kelihatan mendapan tanah merah yang berkelodak ditapis terlebih dahulu sebelum memasuki tasik yang luas ini. Kemudian ditapis pula dengan sumber alam semulajadi rumput-rumput yang hidup menghijau.
Pokok hiasan seperti pokok kelapa ini baru sahaja dipindahkan ke pinggir tasik ini. Turut ditanam jenis-jenis rumput hiasan seperti serai nampaknya. Namun, sememangnya bukan serai. Rumput hidup dalm rumpun juga. Nun jauh di hadapan adalah pelantar pemandangan. Ada beberapa remaja sibuk memancing dalam tasik tersebut. Sementara tasik yang baru dibuka ini pastilah hendak mencuba nasib jenis ikan yang ada di situ.
Ada dua set buaian yang menghadap ke arah tasik. Sudah pastilah menjadi pilihan kanak-kanak. Bahgian kaki kelihatan sudah terhakis tanahnya. Ini menunjukkan tasik ini sudah agak lama juga telah dikunjungi. Pastinya ia dibuka setelah penghuni Dayana telah mula berpindah. Kini tunggu penghuni baharu Emilia pula pindah pastilah bertambah ramai pengunjung tasik ini.
Melepasi gelanggang futsal yang berlantaikan warna biru. Sebelum ini Penulis mengkaji peta satelit tasik ini. Terdapat dua gelanggang yang mempunyai permukaan berwarna biru. Ternyata benarlah telahan dalam peta satelit itu terdapat dua gelanggang pelbagai guna. Satu berpagar dan satu lagi tidak. Gelanggang yang tidak berpagar adalah gelanggang bola keranjang.
Bersebelahan gelanggang berpagar terdapat susunan tayar ini. Sudah pastilah aktiviti lari berhalangan ini memberi cabaran kepada pengunjung tasik. Kawasan rempuh halangan ini bersebelahan laluan riadah. Selepas tayar merupakan titian imbangan diikuti dengan tembok berjaring. Bagus untuk kekuatan fizikal dan menguji semangat berpasukan dan kerjasama.
Mini Bootcamp diberi nama untuk aktiviti bagi kemudahan yang disediakan. Selepas titian imbangan ada dua palang perlu dilepasi. Kemudian ada dua tembok berjaring untuk dipanjat pula. Pastikan keselamatan diutamakan. Kanak-kanak pula mesti ditemani oleh orang dewasa mahupun penjaga.
Tembok berjaring ini sudah pastilah memberi cabaran tersendiri. Pegang dan panjat dengan berhati-hati. Selepas tiba di atas palang, pastikan pijak tali turun dengan berhati-hati juga. Jangan terlalu yakin sangat. Panjat dan turun dengan berhati-hati. Pegang dengan kuat serta memijakpun dengan berhati-hati. Aktiviti team building merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan.
Kejauhan pylon rentis tnb dapat dilihat atas sebuah bukit. Air tasik Impiana ini kekuningan kesan mendapan tanah lumpur. Larian air membawa tanah masuk ke dalam aliran terus ke dalam tasik ini. Ini memandangkan sebelah tasik ini tanah masih belum ada kerja-kerja pembinaan lagi. Hanya bahagia Dayana dan Emilia sahaja yang sudah siap. Pendedahan tanah tandus yang lapang sudah pastilah membawa sekali tanah-tanah berwarna kuning ini.
Rumput menghijau di pinggir tasik. Pokok-pokok sangat kecil belum dapat memberi teduhan yang baik. Pasti mengambil masa bagi menjadi rendang dan pelindung kepada unggas yang lain. Rasanya sudah pasti kawasan berumput itu ditanam pokok-pokok hiasan yang lain. Lagi banyak pokok lebih cepatlah air tasik bertukar warna menjadi jernih kembali.
Paip-paip air yang banyak menunjukkan kerja-kerja penyiram pokok dan rumput. Ini bagi memastikan rumput dan pokok-pokok mendapat bekalan air yang mencukupi. Patutlah rumput-rumput tumbuh segar walaupun kini musim panas dan berjerebu.
Terdapat beberapa bahagian ditanam pokok-pokok. Tunggu masa agar dapat membesar dengan lebih baik. Penulis menyarankan datang seawal pagi dan lewat petang. Ini penting bagi mengelakkan sinaran mentari yang terik. Kepada yang sudah biasa bersukan ketika matahari pacak atas kepala tidak menjadi masalah.















No comments:
Post a Comment