Pagi ini WX sangat baik. Alhamdulillah jerebu sudah hilang. Langit biru dan awan hitam berarak. Petanda peralihan monsun timur laut kini telah berlaku. Jangkaan minggu hadapan akan masuk monsun timur laut bagi seluruh negara. Pagi hujung minggu ini berkesempatan pula berkunjung ke Taman Tropicana Heights, Kajang.
Bergerak dari Bandar Seri Putra melalui Alam Sari ke Jalan Reko. Masuk arah ke Seksyen 4, Bandar Baru Bangi berpatah balik ikut jejambat ke Kajang 2. Sampai bulatan Kajang 2 terus ke Tropicana Heights. Sampai simpang lampu isyarat terus hala ke Tempat di tuju. Ada pembinaan apartment Seduduk sebelah lampu isyarat tersebut. Taman tasik ini berada di keliling kawasan perumahan ini.
Pusing keliling taman ini terlebih dahulu untuk mencari tempat kereta yang sesuai. Nampak kereta banyak letak tepi jalan ikut sekali. Memandang laluan tersebut tidak sesak. Ramai yang letak di bahu jalan sebelah taman tasik ini sahaja.
Matlamat latihan pada hari ini adalah untuk mencapai jarak 5 kilometer. Ini adalah syaratyang perlu dilepasi bagi mendapat lencana October Weekend Walking. Secara tidak langsung dengan adanya lencana seperti in menggalakkan pengguna jam Garmin mencapai sesuatu dalam latihan.
Ada juga gerai kopi hepster tepi jalan tersebut. Cuaca ketika itu redup sekali. Sekali sekala hujan renyai menitik atas permukaan kolam. Taman tasik ini terbahagi kepada beberapa kolam. Kolam bahagia tengah merupakan kolam tadahan air keluar ke Sungai Tangkas berhadapan taman ini.
Manakala, antar kolam hujung ke terusan terdapat beberapa kolam kecil sebagai penyambung. Kolam kecil ini disekat oleh konkrit yang berfungsi sebagai empangan. Air mengalir atas konkrit terbentuk mengikut kontur permukaan air.
Pemandangan laluan sebelah terusan dari arah berpatah balik. Penulis suka pusing sesuatu taman mengikut arah lawan jam. Arah mengikut ritma jantung dan alam semesta.
Kerusi rehat terdiri dari batu granit yang boleh diletak untuk diduduk oleh pengunjung. Manakala, ditanah juga turut di susun batu tersebut membentuk lantai bercorak atas kawasan berumput. Daya kreativiti seperti ini meningkatkan nilai estetika taman ini. Ini dapat mendekatkan diri dengan sumber alam.
Kolam pelbagai ketinggian mengikut kontor bentuk muka bumi di kawasan tasik ini. Air terus mengalir keluar ke kolam tengah. Aliran air mengalir turut menghasil bunyi menambahkan lagi elemen alam semulajdi taman ini. Pastilah deruan air sangat mengasyikkan.
Kelihatan air kolam bukanlah macam warna teh tarik seperti tasik yang dikunjungi sebelum-sebelum ini. Ini menggambarkan kawasan perumahan yang telah lama siap dan sempurna. Air masuk ke dalam ini tiada warna lumpur langsung. Ini bermaksud tiada kawasan tanah terdedah akibat larian air yang akan menghakis permukaan tanah tersebut. Kesannya air larian menjadi kuning berlumpur terus mendap ke dalam tasik. Namun, ini tidak terjadi di sini kerana semua permukaan telah digunakan sepenuhnya.
Kolam hujung taman ini agak keruh sedikit. Nasib baiklah ada tanam akuatik seperti rumpunan rumput-rumput tersebut. Peranan besar bagi menjernihkan air daripada mendapan lumpur-lumpur. Pondok terpung turut disediakan bagi menikmati pemandangan kola disebelah sini.
Pemandangan tasik hujung diambil dari pondok terapung ini.Tasik dikeliling pokok-pokok dan tanam rumput pada bahagian tebing. Pokok-pokok di keliling inilah sumber tadahan air yang baik.
Pinggir tasik hujung ini hanya ada laluan siar kaki dan pokok sahaja. Tiada alat senam disediakan di kawasan ini. Boleh menghayati keindahan tanpa gangguan.
Empangan-empangan kecil menghalang laluan air membentuk tadahan kecil. Air melimpah melalui konkrit yang merentangi kolam kecil tersebut.
















No comments:
Post a Comment