Pixel Park


 Pixel Park terletak di Setia Alam Sari.Taman ini berdekatan jalan lama laluan 31. Pihak pemaju telah membina jalan empat lorong. Hanya dua lorong sahaja kini di buka untuk laluan antara Bangi dan Semenyih. Pixel Park ini menghampiri Batu 5 Bangi berdekatan simpang ke Rinching Hilir.


Pagi tadi meletak kereta hanya di tepi jalan sahaja. Tempat letak kereta sebenar masih belum dibuat lagi. Jalan masuk ke taman ini masih lagi ditutup. Hanya kenderaan pekerja dan lori pengangkut batu sahaja yang dibenarkan masuk.


Oleh kerana Taman Pixel ini terletak di tepi jalan utama. Maka, bolehlah singgah sebentar untuk melakukan aktiviti berjalan sahaja. Jerebu semakin pulih disebabkan hujan akibat Operasi Pembenihan Awam. Set jam Garmin kepada mode berjalan untuk mengkur jarak dan kalori yang dibakar.


Laluan air keluar tasik ini terus ke Sungai Semenyih. The Lawn aliran air masuk ke Sungai Bangi. Canal Park pula aliran kolam masuk ke Sungai Tangkas terus ke Sungai Langat. Melihat pelbagai saliran air keluar dari tasik Alam Sari ini. Jelas menunjukan dari segi geogarafi fizikal kawasannya sangat luas rupanya. Semua aliran air tasik masuk ke sungai utama.


Perkara wajib ada pada setiap tasik atau kolam. Papan tanda keselamatan bersama tergantung adalah pelampung keselamatan. Peringatan larang yang perlu dipatuhi oleh pengunjung.


Laluan siar kaki konkrit bercorak sesuai untuk aktiviti berjalan dan berlari. Tidak lupa juga kepada penunggang basikal. Keliling kolam ini ditanam rumput akuatik. Sudah pasti air ini akan menjadi jernih kemudian hari.


Air kolam ini macam teh juga seperti kolam di Serene Height dan Canal Park. Mengapa air macam warna teh tarik? Maklumlah kawasan perumahan yang masih lagi dalam pembinaan. Larian air membawa tanah-tanah berwarna kuning itu masuk ke dalam kolam.


Lihat rumput akuatik memagar gigi air. Bahagian atas pula dihiasi tanaman bunga pokok berpagar. Rumput menghijau hidup antara kolam dan laluan siar kaki.


Papan tanda Pixel Park boleh dilihat dari tepi jalan lagi. Taman ini wujud setelah jalan raya oleh pemaju siap digunakan. Maka, terlihatlah ada satu taman berhampiran jalan utama ini. Hanya pada pagi ini berkesempatan untuk singgah.












































No comments:

Post a Comment

Laman Ilmu

Pada 1 November 2026 yang lalu sempat pusing Tasik Kota Seriemas atau Laman Ilmu. Berjaya menghabiskan berjalan dengan jarak 1.25km dalam ma...