Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Langat kali-61 tahun 2026 baru sahaja melabuhkan tirai. Sekolah menengah dan sekolah rendah dalam daerah mengambil bahagian. Kejohanan berlangsung pada 23,24,25,29 Jun 2026 dan 1, 2 Julai 2026. Kejohanan berlangsung di Stadium UPM, Serdang, Selangor.
Pasukan Olahraga SMKBTHO2 menghantar 69 atlet berdaftar dalam acara yang dipertandingkan. Selama 5 hari atlet SMKBTHO2 berhempas pulas bagi merebut tempat terbaik. Cuaca sepanjang kejohanan sangat baik. Cuaca panas sudah pastilah memberi cabaran yang besar. Ini tidak mematahkan semangat Bthovians untuk terus berjuag.
Hari Pertama 23 Jun 2026 permulaan cabaran bagi semua atlet. Syafiq Amir kelas 6LSS2 gagal melayakkan tidak ke peringkat akhir walaupun mendapat tempat pertama dalam saringan. Catatan masa 100m yang dilakukan tidak layak ke peringkat akhir. Selaku penyandang juara, keyakinan diri yang terlalu tinggi telah memusnahkan memiliki pingat semula. Seharusnya Syafiq memberi prestasi terbaik bagi melepasi kelayakan ke peringkat akhir.
Khemah kem SMKBTHO2 turut disinggahi bekas S/U Sukan Asrul. Beliau telah berpindah ke SMK Sg Ramal sebagai Guru Kanan Kemanusiaan. Kegagalan Syafiq tidak mematahkan semangat Ammar Haziq 5 Lambda telah layak ke peringkat akhir 100m. Petang itu pada peringkat akhir Ammar Haziq telah berjaya mendapat tempat ke-7 dengan catatan masa 11.50 saat. Pada peringkat separuh akhir sebelum itu berjaya buat catatan 11.37 saat.
Sebelum itu kuartet 4x100m Lelaki 1 bawah 18 tahun dan kuartet 4x100m Perempuan 1 bawah 18 telah layak ke peringkat akhir. Sara Alya 4 Vista turut mara ke peringkat akhir dalam acara 800m. Berjaya menempatkan diri 6 terbaik dengan catatan masa 3:38.69 saat. Pada peringkat separuh akhir berjaya dengan catatan 3:27.50 saat.
Hari ketiga 25 Jun 2026 berjaya membawa pulang pingat. Acara akhir 4x100m telah berlangsung. Namun, pelari 200m bagi P 3 bawah 15 tahun dan P 1 bawah 18 telah layak ke akhir. Nur Aleeya Maisara 2 Dedikasi mencatat masa 30.88 saat tempat ke-2. Manakala, Nur Illani Sofea 4 Prima mencatat 31.47saat juga tempat kedua.
Aksi Nadtrah 4 Integriti dari garis permulaan pelari kedua bagi acara 4x100m perempuan 1 bawah 18 tahun. Oleh kerana Kem SMKBTHO2 berdekatan selekoh tersebut, maka setiap atlet akan menghampiri balapan bagi memberi sokongan pasukan.
Kuartet 4x100 m SMKBTHO2 perempuan 1 bawah 18 tahun mendapat pingat Perak dengan catatan masa 58.85 saat. Berdiri megah di atas podium bersama Bendera Siap Siaga yang setiap tahun akan dibawa ke stadium. Berdiri dari kanan Ariesya Nadtrah 4 Integriti, Vaisnevi 5 Etika, Arieana Nazneen 5 Beta, Nur Illani Sofea 4 Prima, dan Nur Dania Nafiesha 5 Prima. Tiada dalam gambar Ainul Mardhiah 4 Lambda.






.jpg)
