Ekspo Teknologi Komunikasi 2026


 Ekspo Teknologi Komunikasi 2026 telah diadakan pada hari sabtu minggu lepas. Pada 14 November 2026 tersebut, Penulis sempat berkunjung di Dataran Pantai Batu Laut, Banting. Selepas hantar Damia ke Bukit Mahkota, terus ke Batu Laut melalui Nilai, Salak, Sepang dan Sungai Pelek.
Credit 9M2PRX

Tiba lokasi kejadian kemeriahan telah dapat dirasakan. Pelbagai aktiviti telah dirangka berjalan dengan baik. Penulis terus ke reruai REAKSI berjumpa Abg Man Viper 9M2 PRX dan Sofi 9M2SAR. Ucapan terima kasih dan penghargaan atas tunjuk ajar bagi menghadapi Peperiksaan Radio Amatur Kelas A beberapa minggu lepas.


Peminat teknologi, penggemar aktiviti luar, pelajar, makers, sukarelawan dan seluruh masyarakat dijemput hadir ke Ekspo Teknologi Komunikasi 2026 (ETK2026) anjuran Malaysian Amateur Radio Transmitters’ Society (MARTS)!


APA YANG MENARIK DI ETK2026?

šŸ“» Radio Amatur
Kenali dunia radio amatur dan bagaimana komunikasi radio menghubungkan manusia merentasi jarak.


Radio Digital dan Teknologi Komunikasi
Terokai teknologi radio, sistem komunikasi digital dan pelbagai aplikasi komunikasi moden.

Komunikasi Satelit
Ketahui bagaimana satelit membolehkan komunikasi merentasi bumi dan bagaimana radio amatur turut memanfaatkan teknologi angkasa.


Pameran Teknologi dan Inovasi
Lihat dengan lebih dekat peralatan komunikasi, antena, teknologi digital, IoT dan pelbagai inovasi menarik.

STEM dan Aktiviti Interaktif
Kenali aplikasi sains, teknologi, kejuruteraan dan kreativiti melalui demonstrasi serta aktiviti berkaitan teknologi.


Pengakap dan Komunikasi Lapangan
Terokai penggunaan radio dalam aktiviti Pengakap, komunikasi lapangan dan pembinaan kemahiran kendiri.


Kesukarelawanan dan Komunikasi Kecemasan
Ketahui bagaimana komuniti radio amatur menyokong kesiapsiagaan bencana dan membantu mengekalkan komunikasi ketika kecemasan.


Komuniti Makers dan Penggemar Aktiviti Luar
Temui komuniti yang berkongsi minat dalam teknologi, inovasi, aktiviti luar dan komunikasi.




















TBM : Sg Merab dan Sg Langat


 Pada hari ahad bertarikh   15 November 2026 yang lalu telah berjaya menemui empat lagi stesen TBM JPS. Ini telah menambah koleksi batu TBM JPS menjadi keseluruhan lima stesen. Rasanya tiga stesen TBM Sungai Merab baru sahaja dibina. Ini berdasarkan cat biru sangat pekat lagi.


TBM JPS#2 telah berjaya ditemui di Pusat Latihan dan Perindustrian Pemulihan JKM (PLPP) Sungai Merab. Sebenarnya selalu lalu di PLPP ini. Ternampak batu biru bersebelahan dengan pagar PLPP tersebut. Terus letak kereta di stesen minyak Petron bersebelahan PLPP dan simpang empat.


Kedudukan TBMJPS#2 TBM : Sungai Merab 001 bersebelahan pagar PLPP. Rasanya baru sangat siap. Selalu memandang juga pagar PLPP tetapi tidak ada apa-apa yang menarik. Cuma pada kali ini terpersan monumen warna biru sudah pastilah hendak melihat gerangan batu biru tersebut. Laluan ini sering digunakan untuk ke Putrajaya mahupun bawa Damia ke IOI Mall. Koordinat 2.942475 darjah Utara dan 101.748526 darjah Timur.


Kemudian berpatah balik menghala ke Bandar Baru Bangi pula. Teringat selepas jambatan lebuhraya PLUS terdapat satu lagi batu biru juga. Beberapa kali lalu telah perasan, terdapat satu lagi batu biru. Ada kelapangan kali ini bolehlah meninjau pula. Letak kereta depan pintu pagar kawasan letak kereta Denso sebelah lebuhraya PLUS ini. Rupanya TBMJPS#3 TBM : Sungai Merab 003. Ini pun TBM paling baharu juga kelihatannya. Cat biru masih pekat lagi.


Stesen TBM : Sg. Merab 003 berdekatan dengan paip air besar dan parit tepi lebuhraya. Laluan menghala ke Sungai Merab dari Bandar Baru Bangi sebelum jambatan lebuhraya. Bersebelahan juga dengan penutup konkrit paip bawah tanah.


Sangat biru catnya. Ada tulisan spray merah pada konkrit tertera TBM 3. Sudah pasti diukur dan ditanda terlebih dahulu sebelum konkrit dan paip dan paku ada bahagian tengah dihasilkan. Kemudian baru letak plat arkalik lambang JPS Selangor ditulis serta TBM : Sg. Merab 003.

Penutup jeriji parit sebelah tepi lebuhraya. TBM : Sg. Merab 003 berada di sebelah kiri jeriji ini. Kali ini barulah kedudukan stesen ini berdekatan dengan parit besar. Stesen TBM : Sg. Merab 001 bersebelahan longkang dan pagar sahaja.


Pemandangan TBMJPS#3 menghadap parit pula. Bersebelahan juga dengan tiang paip Air Selangor. Parit terletak di antara pagar tempat letak kereta Denso sebelah kiri. Manakala, pagar sebelah kanan merupakan kawasan lebuhraya PLUS. Koordinat 2.942055 darjah Utara dan 101.752903 darjah Timur.


Kemudian terfikir untuk mencari TBM : 002 Sg. Merab. Pasti ada dalam fikiran penulis kerana telah berjaya menemui siri 001 dan 003. Cuba-cuba cari mana tahu boleh jumpa. Pasti terletak ditengah-tengah antara stesen ini. Laluan yang sama bagi 001 dan 003 tidak ada. Pasti berada di jalan yang lain telahan Penulis. Maka, terus menghala ke stesen TBM : Sg. Merab 001 kemudian belok kiri masuk ke Lebuh Dato' Panglima Setia.


Melepasi papan tanda Taman Seri Melor 1 telah kelihatan di sebelah kanan konkrit berwarna biru yang dicari itu. Alhamdulillah lengkap sudah set TBM : Sg. Merab. Ternyatalah bahawa itu adalah TBMJPS#4 berjaya ditemui TBM : Sg. Merab 002. Jadi bentuk TBM ini dalam lakaran peta sudah pastilah bentuk segitiga. Bermula 001 di PLPP kemudian di tengah atau puncak 002 di Taman Seri Melur 1. Kemudian dari 002 ke 003 turun semula ke tepi jambatan lebuhraya PLUS laluan sama bagi 001 juga. Koordinat 2.938487 darjah Utara dan 101.784655 darjah Timur.


Selapas siri TBM Sungai Merab berjaya dijejaki terus ke UKM. Ada satu TBM berwarna biru bersebelahan Sungai Langat. Setiap pagi selepas menghantar Damia pasti akan perasan batu tersebut. Selepas meletak kereta di tepi jambatan berdekatan Pintu 2 UKM. TBMJPS#5 merupakan TBM : Sungai Langat 035. Pasti banyak lagi siri nombor 1 hingga 34 dari Hulu Langat hingga ke UKM Bangi ini.


Kelihatan TBM : Sungai Langat 035 ini telah luntur warna biru tersebut. Ketahuilah bahawa stesen ini telah pun berada lama berbanding TBM Sungai Merab. Koordinat 2.938264 darjah Utara dan 101.784655 darjah Timur.


Kedudukan stesen TBM : Sungai Langat 035 bersebelahan dengan Sungai Langat. Pasti terletak di rizab sungai mahupun jalan. Oleh kerana tiang besi tengah agak tinggi tidak menenggelamkan keliling rumput yang hijau tersebut.


Sempat juga mengambil sudut gambar Sungai Langat yang berwarna teh tarik tersebut. Seberang sana terdapat denai sungai kebangsaan yang sering juga Penulis beriadah di waktu pagi.

Maka, dapat disimpulkan bahawa tidak semesti TBM milik Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia terletak di tepi sungai sahaja. Ia mungkin boleh dijumpai di saliran lain seperti parit dan longkang kawasan perumahan juga.

Untungnya dapat selesai siri batu-batu ini dalam satu kawasan seperti TBM Sungai Merab ini. Jika nombor siri terlangkau satu pasti ada nombor siri antara nombor tersebut.

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya

Team SAR Utara Berjaya Menemui Belon KLIA


 Belon KLIA pagi tadi radiosonde WXR-301D 2505014552 telah berjaya ditemui pada malam ini oleh Team SAR Utara. Selepas menghadiri Expo Teknologi Komunikasi 2026 di Dataran Pantai Batu Laut. Team SAR Utara diketuai Man Viper 9M2PRX berjaya memandu tiga lagi ahli mendapatkan pengalaman mencari belon kaji cuaca. Kebetulan pagi tadi belon jatuh isyarat terakhir pada altitud ketinggian 349m. Manakala, altitud ketinggian maksimum adalah 33,275m.


Radiosonde 2505014552 telah jatuh jam 9:49 pagi bertarikh 14 November 2026. Koordinat 2.8101 darjah Utara dan 101.48383 darjah Timur. Lokasi kejadian pada bulan Mac lepas turut ada belon KLIA jatuh tempat berhampiran. Tapi pada pagi tadi jatuh ke hadapan sedikit pada jalan yang sama juga.

Credit 9M2PRX

Empat orang belon Hunter Team SAR Utara berjaya menemui radiosonde 2505014552. Ahli Kelab Peminat Radio Amatur & Rekreasi Kerian, Perak (REAKSI) yang baru selesai terlibat pameran sempena program Ekspo Teknologi Komunikasi 2026. Berdiri dari kiri Zahir 9W2PXZ, Din 9M2RDN, Sofi 9M2SAR,  dan Man Viper 9M2PRX. Tahniah kepada empat hunter Team SAR Utara.

Credit 9M2PRX

Peranti radiosonde berjaya dalam genggaman Din 9M2RDN. Kelihatan benang tersimpul menandakan belon jatuh berpusing-pusing secara drastik ke bumi. Menurut Man Viper 9M2PRX peranti telah melintas jalan ke arah kiri. Nasib baiklah orang kampung tak pergi kutip dulu. Pastilah tidak dijumpai kerana dibawa orang. Rezeki masih berpihak kepada Team SAR Utara. Belon dan peranti masih ada tidak terusik.

Credit 9M2PRX

Lampu LED merah masih bernyala. Melebihi 12 jam bateri masih lagi aktif bagi radiosonde model WXR-301D ini. Jika dahulu model DFM-17 baterinya cepat habis. Ini disebabkan perbezaan kegunaan kuasa yang berbeza bagi memancarkan isyarat.


Rakaman video jelas menunjukan lampu LED merah berkelip-kelip. Kuasa bateri mampu bertahan lama dari pagi dilancarkan hingga ke malam dijumpa. Man Viper 9M2PRX trurt menunjukkan kepada Din 9M2RDN cara untuk memadamkan lampu LED merah tersebut.
Credit 9M2PRX

Jarak 14.5m menghampiri peranti radiosonde yang dikongsikan. Menurut Man Viper 9M2PRX lagi, peranti ditemui jarak 85m dari titik akhir koordinat tersebut. Jarak 85m ditemui bagi altitud ketinggian akhir 349m.

Akhir kata tahniah kepada Team SAR Utara berjaya menemui belon KLIA pagi. Alang-alang sudah ada di Banting singgah sebentar mencari belon KLIA sebelum pulang ke Utara selepas Ekspo Teknologi Komunikasi. Tahniah!

Jumpa dan jumpa lagi.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya

Laman Ilmu


Pada 1 November 2026 yang lalu sempat pusing Tasik Kota Seriemas atau Laman Ilmu. Berjaya menghabiskan berjalan dengan jarak 1.25km dalam masa 26 minit 25 saat. Purata pace adalah 21:04/km. Mula berjalan jam 11:49 pagi. Ketika itu cuaca cerah. Penulis pertama kali berada di Kota Seriemas ini. Tidak pernah masuk ke dalam kawasan perumahan dan tasik ini. Pernah mencari belon kaji cuaca di sekitar padang golf sahaja.


Kota Seriemas ialah sebuah bandar terancang berkonsepkan resort seluas 2,400 ekar terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Selepas meneroka Tasik Jentayu, Bandar Enstek terus bergerak ke sini pula. Alang-alang sudah dekat cuba meneroka taman rekreasi sebelah sini pula. Ada kelapangan dan masa bolehlah digunakan sepenuhnya bagi melihat kemudahan yang disediakan oleh pihak pemaju.


Melihat pada keadaan tasik ini bolehlah dijangkakan bahawa pembangunan Kota Seriemas ini telah lama dan berpuluh tahun. Air jernih dan ada pelbagai hidupan akuatik tinggal dalam tasik ini. Kesan kerja penyelenggaraan membuang rumpair yang banyak ini juga dapat dilihat. Sudah pastilah rumpair yang memenuhi ruang perlu dibuang serta dikawal pertumbuhannya.


Air melimpah keluar ke longkang mengalir arah berdekatan tanah perkuburan. Jernih kelihatan air tasik ini keluar melimpah masuk ke saluran longkang. Kelihatan di dasar tasik ada hidupan akuatik.



Jambatan atau titi merentangi alur untuk air melimpah selepas melepasi paras bahaya. Alur limpahan ini turut menghala ke longkang bawah seperti aliran air tasik ini. Sistem limpahan ini penting ketika aras air tasik melebihi semaksima yang direka keadaan tasik ini.


Keadaan tasik Laman Ilmu ini agak luas juga. Tempat masyarakat beriadah bersama keluarga. Aktiviti bersama keluarga mengeratkan lagi perhubungan. Turut memberi impak terhadap kesihatan tubuh badan.



Air tasik keluar melalui longkang ini terus ke sungai. Sungai terbsar di Nilai ini sudah pastilah Batang Labu. Bersih dan jernih air yang keluar dari tasik ini. Struktur longkang ini juga luas. Bolehlah menampung air yang agak banyak isipadunya.


Laluan siar kaki mengelilingi tasik Laman Ilmu ini. Oleh kerana perumahan ini sudah agak lama maka pokok-pokok pun sudah besar dan tinggi. Maka, banyak kawasan teduhan. Tidak menjadi masalah jika beriadah agak lewat di sini kerana teduh.


Tebing tasik berumput dan juga ada banyak pokok telah ditanam bagi menambah kehijauan. Pelbagai jenis pokok besar-besar memayungi persekitaran tumpuan ramai.


Pasti hilang sedikit masalah ketika melalui kawasan begini. Lupakan seketika masalah yang terbeban itu. Luangkan masa berada di taman yang menghijau disamping menghirup udara segar.


Lanskap dan kemudahan yang ada bagi menarik kehadiran masyarakat setempat. Maka, perlulah menggunakan kemudahan dengan berhemah. Pastikan sampah tidak dibuang merata-rata.


Kerusi bulat terletak di tengah bulatan. Menghadap tasik ketika berehat. Agak panas berada di tengah bulatan tanpa dikelilingi pokok.

Ada perasan satu pakcik membawa dua sangkar burung terkukur. Rasanya pakcik itu hendak pikat burung liar yang lain. Nampak burung denak atau pikat berada di atas tanah. Tidak pastilah sangkar itu digantungkan di atas pokok. Pakcik itu perasan Penulis sedang memerhatikan aktiviti yang dilakukan. Selepas itu terus ke hadapan tanpa menoleh.


Sebelah tasik ini adalah ladang kelapa sawit. Banyak kawasan di Kota Seriemas ini masih belum dibangunkan lagi. Maka, banyak kawasan lapang burung-burungpun bebas ke sana ke mari.


Ada lihat dua ekor itik yang lincah terbang dan berenang ke sana ke mari juga. Nampak kelibat manusia terus melarikan diri. Terdapat juga bangau terbang mencari makan. Kelihatan juga berada di gigi air. Nampak kelibat manusia terus terbang ke tempat lain pula. Reaksi biasa ketika nampak manusia menghampirinya.


Jambatan tepi tasik memudahkan melihat ikan-ikan berenang-renang. Lebih lagi dicelah-celah hidupan akuatik yang banyak hidup di dasar tasik ini. Salah satu punca air tasik ini jernih dengan adanya hidupan akuatik dalam dasar tasik tersebut.


Berbeza pula dengan  kawasan perumahan dalam pembinaan. Air tasik penuh dengan kelodak berlumpur. Kawasan lapang yang terdedah masih dalam pembinaan menyebabkan larian air membawa sekali kelodak dan hakisan tanah secara ekstrem. Seterusnya mendapan dalam dasar menyebabkan tasik menjadi cetek. Fenomena sama berlaku kepada aliran sungai juga. Nasib kawasan tasik yang luas dapat menampung air dengan lebih banyak lagi. Itulah fungsi kolam tadahan hujan bagi menampung kapasiti sebelum mengalir ke aliran longkang dan sungai-sungai. Maka limpahan air dapat diperlahankan di sungai-sungai dengan adanya kolam tadahan.


Kolam tadahan di rumah Penulis berfungsi dengan baik ketika air sungai melimpah. Air sungai akan masuk ke dalam kolam ketika limpahan tersebut. Maka, jumlah air dapat dialihkan sedikit ke kolam ini. Turut memperlahan arus serta jumlah air. Lencongan air dapat mengurangkan risiko banjir di kawasan perumahan Penulis juga. Setelah air mula surut, air tadi akan keluar semula ke sungai. Pastinya ikan-ikan yang sudah masuk ke dalam kolam akan terus menetap menyebabkan pertambahan spesies ikan dalam kolam ini.


Pengurusan air yang cekap dan baik dapat membekalkan air secara berterusan. Manakan tidak, Malaysia menerima taburan hujan sepanjang tahun. Jika gagal mengurus dengan baik. Pastilah sumber air tidak mencukupi bagi kegunaan harian. Fenomena El Nino global beberapa bulan ke hadapan menjangkakan musim kering akan berlaku. Sebab itulah sediakan payung sebelum hujan.


Oleh itu, kawasan hijau terutama hutan janganlah dimusnahkan sesuka hati. Memusnahkan hutan secara tidak langsung turut mengganggu sumber air bersih. Banyak empangan dan tadahan air telah kering kerana kawasan tadahan hujan banyak telah dimusnahkan.


Baru-baru ini kawasan Batu 3 Shah Alam, Kg Melayu Subang telah banjir. Punca akibat penerokaan hutan di Bukit Cherakah secara berleluasa. Ini telah menyebabkan air Sungai Damansara melimpah kerana telah cetek akibat mendapan. 

Akhir kata sumber air perlulah dijaga dengan baik. Kelestarian alam dapat menjamin hidup sejahtera dengan alam sekitar yang baik dan bersih. Maka aktiviti riadah bersama keluarga dapat dijalankan dengan suasana persekitaran yang selamat.

Jumpa dan jumpa lagi.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya

Ekspo Teknologi Komunikasi 2026

 Ekspo Teknologi Komunikasi 2026 telah diadakan pada hari sabtu minggu lepas. Pada 14 November 2026 tersebut, Penulis sempat berkunjung di D...