Team SAR Utara Berjaya Menemui Belon KLIA


 Belon KLIA pagi tadi radiosonde WXR-301D 2505014552 telah berjaya ditemui pada malam ini oleh Team SAR Utara. Selepas menghadiri Expo Teknologi Komunikasi 2026 di Dataran Pantai Batu Laut. Team SAR Utara diketuai Man Viper 9M2PRX berjaya memandu tiga lagi ahli mendapatkan pengalaman mencari belon kaji cuaca. Kebetulan pagi tadi belon jatuh isyarat terakhir pada altitud ketinggian 349m. Manakala, altitud ketinggian maksimum adalah 33,275m.


Radiosonde 2505014552 telah jatuh jam 9:49 pagi bertarikh 14 November 2026. Koordinat 2.8101 darjah Utara dan 101.48383 darjah Timur. Lokasi kejadian pada bulan Mac lepas turut ada belon KLIA jatuh tempat berhampiran. Tapi pada pagi tadi jatuh ke hadapan sedikit pada jalan yang sama juga.

Credit 9M2PRX

Empat orang belon Hunter Team SAR Utara berjaya menemui radiosonde 2505014552. Ahli Kelab Peminat Radio Amatur & Rekreasi Kerian, Perak (REAKSI) yang baru selesai terlibat pameran sempena program Ekspo Teknologi Komunikasi 2026. Berdiri dari kiri Zahir 9W2PXZ, Din 9M2RDN, Sofi 9M2SAR,  dan Man Viper 9M2PRX. Tahniah kepada empat hunter Team SAR Utara.

Credit 9M2PRX

Peranti radiosonde berjaya dalam genggaman Din 9M2RDN. Kelihatan benang tersimpul menandakan belon jatuh berpusing-pusing secara drastik ke bumi. Menurut Man Viper 9M2PRX peranti telah melintas jalan ke arah kiri. Nasib baiklah orang kampung tak pergi kutip dulu. Pastilah tidak dijumpai kerana dibawa orang. Rezeki masih berpihak kepada Team SAR Utara. Belon dan peranti masih ada tidak terusik.

Credit 9M2PRX

Lampu LED merah masih bernyala. Melebihi 12 jam bateri masih lagi aktif bagi radiosonde model WXR-301D ini. Jika dahulu model DFM-17 baterinya cepat habis. Ini disebabkan perbezaan kegunaan kuasa yang berbeza bagi memancarkan isyarat.


Rakaman video jelas menunjukan lampu LED merah berkelip-kelip. Kuasa bateri mampu bertahan lama dari pagi dilancarkan hingga ke malam dijumpa. Man Viper 9M2PRX trurt menunjukkan kepada Din 9M2RDN cara untuk memadamkan lampu LED merah tersebut.
Credit 9M2PRX


No comments:

Post a Comment

Team SAR Utara Berjaya Menemui Belon KLIA

  Belon KLIA pagi tadi radiosonde WXR-301D 2505014552 telah berjaya ditemui pada malam ini oleh Team SAR Utara. Selepas menghadiri Expo Tekn...