Stesen 9M2MZZ-10 di Bandar Sunway

Tengahari ini, kelihatan stesen 9M2MZZ-10 di Bandar Sunway. Stesen 9W2HHC -9 juga bermobile di Bandar Sunway.

DMR using SVT MMDVM HAT @ Kuala Lumpur Mini Maker Faire 2017

Come to Kuala Lumpur Mini Maker Faire on 25-26 November 2017 to see a live demo on DMR (digital voice) uaing SVT MMDVM HAT (DMR hotspot)








Jika anda mempunyai hand-held yang mempunyai fungsi digital mobile radio DMR bolehlah menggunakan SVT MMDVM HAT yang dibangunkan oleh Stanley Seow 9W2SVT.

Boleh melihat demostrasi oleh beliau kegunaan hotspot itu.
Stesen 9W2CEW mengaktifkan aprs menggunakan device ini.

Temui Stanley 9W2SVT untuk mendapat maklumat dan perkongsian daripada beliau di Kuala Lumpur Mini Maker Faire 2017.

Amateur radio vital when regular communication is out


9M4IOTA Pulau Langkawi

9M4IOTA LANGKAWI ISLAND AS-058

We are pleased to inform that 9M4IOTA will be back again this December and this time will be active at Langkawi Island (AS-058) from December 2 to 4, 2017.

This is the fourth appearance of this year after Tioman Island in March, Pangkor Island in July and Indah Island in September.

Langkawi, officially known as Langkawi the Jewel of Kedah (Langkawi Permata Kedah), is an archipelago of 104 islands in the Andaman Sea, some 30km off the mainland coast of northwestern Malaysia.

Final list of operator that will be our crew is 9M2OOO, 9M2JEP, 9M2VDX, 9M2MDX, 9M2ODX, 9W2FOR, 9W2BFZ, 9W2BMW & 9W2RGZ.


We will be QRV on 10m-80m in CW, SSB and Digital.

Don't forget to connect with us and hope to see you on air.

73 de 9M4IOTA

APRSCheckIn untuk Android

APRSCheckIn for Android.
Send your position and your current status in seconds. Download from https://www.sv2agw.com/beta/aprscheckin.apk

9M2KRZ-9 bermobile di Batang Kali

Kelihatan stesen 9M2KRZ-9 sedang bermobile dari Serendah ke Batang Kali merujuk Google map di atas.

Peranti AIS kesan kapal pukat tunda

Kuala Lumpur- 8 November 2017, Kapal pukat tunda kelas B yang dipasang dengan peranti Sistem Pemantauan Automatik (AIS) membolehkan bilik kawalan memaklumkan kepada kapal nelayan yang terlepas memasuki perairan negara lain untuk berpatah balik dengan segera.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Nogeh Gumbek berkata, peranti AIS tersebut mampu menghantar isyarat kedudukan dan lokasi tepat kepada bilik kawalan sepanjang mereka berada di perairan negara untuk aktiviti perikanan.

"Sekiranya mereka (kapal) menangkap ikan di luar perairan negara kita, maka bilik kawalan boleh membuat panggilan suruh mereka balik ke perairan negara kita".

"Selain itu, sekiranya berlaku kecemasan di tengah laut atau kapal nelayan memerlukan bantuan, maka operasi penyelamat boleh menandakan lokasi mereka sekali gus memberikan bantuan dengan cepat," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Budiman Mohd. Zohdi(BN-Sungai Besar) mengenai manfaat yang boleh diperoleh melalui pemasangan peranti AIS ke atas kapal pukat tunda kelas B.

Menurut Nogeh, bilik kawalan juga boleh mengesan sekiranya peranti AIS itu rosak atau sengaja ditinggalkan di darat oleh nelayan.

Nogeh berkata, sebanyak 1,116 daripada 2,630 kapal pukat tunda kelas B telah memasa alatan AIS setakat Oktober tahun ini.

Sumber Kosmo Khamis 9 November 2017 m/s10



Stesen 9W2VGA-9 di Tasik Selatan

Stesen 9W2VGA-9 kelihatan berada di Bandar Tasik Selatan pada tengah malam ini.

Perkembangan Radio Amatur di Malaysia

Pada masa kini perkembangan radio amatur sangat menggalakkan. Buktinya dapat dilihat pertumbuhan komuniti dan kelab bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Ini satu perkembangan yang baik bagi meningkatkan martabat hobi yang saintifik ini. Hobi ini penting bagi memberi bantuan komunikasi kecemasan apabila berlakunya bencana.
Contohnya Mares merupakan persatuan yang memberi fokus kepada bantuan komunikasi kecemasan. Kini, ia masih menyempurnakan kenderaan bantuan kecemasannya.

Terdapat juga rakan radio yang melengkapkan kenderaan pacuan roda dengan pelbagai peralatan radio.
Jelopi 9M2UDE ini, pernah memenangi pertandingan emcomm. Sememang selayaknya dengan kelengkapan yang ada boleh merentas pelbagai halangan dan cabaran ke kawasan luar bandar dan hutan. Kuasa dari tenaga solar disamping bateri dapat membekalkan tenaga bagi bantuan komunikasi kepada masyarakat pedalaman contohnya.
Lihat pada antenanya juga dapat digunakan untuk dxing. Apabila ada sesuatu acara seperti JOTA, IOTA, BOTA, ILLW dan bermacam aktiviti lagi ia boleh diaplikasikan.
Antena portable boleh diguna dan dipasang ke mana sahaja.

KLDX antara yang aktif dalam aktiviti radio dan dxing seperti JOTA, IOTA dan contest.
Terajunya Faiz 9M2AIS memimpin bersama rakan yang sangat komitmen dan bersemangat dalam sebarang aktiviti radio amatur. Faiz sebelum KLDX , aktif bersama Alam Damai amateur radio community ADARC V47. Tetapi kini ADARC sudah tidak aktif lagi. Apa yang menarik tentang KLDX kini telah mempunyai rumah kelabnya sendiri. Jadi mudahlah hendak menjalankan pelbagai aktiviti. Syabas dan tahniah orang muda.
World Scout Bureau kini mempunyai pejabat di Kuala Lumpur. Ia turut mempunyai stesen radionya sendiri. Bagi aktiviti Jamboree di Udara peringkat dunia menggunakan isyarat panggilan 9M4S.
Koordinator Jota Joti ialah Mr Richard Middelkoop PA3BAR. Beliau bertanggungjawab tentang kejayaan Jota dan Joti Dunia.

Semenjak negara menghantar Angkasawan ke ISS program komunikasi bersama Angkasawan di Planetarium berjaya setiap tahun
Seramai 11 orang Angkasawan telah berjaya dihubungi sewaktu ISS melalui ruang angkasa Kuala Lumpur. Peluang diambil oleh rakan ham untuk memantau perbualan mereka bersama murid sekolah terpilih dalam tempoh 10 minit.
Rentetan itu turut menggalakkan komunikasi satelit dalam warga ham Malaysia. Sehingga ada kumpulan Amsat-My mengumpul peminat komunikasi satelit dalam kalangan pengamal radio Amatur. Contohnya Abg Dahlan 9W2BXN merupakan pemburu satelit yang aktif.
Cikgu Suhaidi 9W2VMW turut aktif memburu satelit lapan A2 dan Saudi-sat contohnya. Mempunyai minat yang mendalam dalam memburu satelit membawa Amsat-My mengumpul  lebih ramai lagi untuk mempopularkan komunikasi satelit.

Kem Mutiara Semenyih merupakan kem Pengakap Negeri Selangor telah mempunyai bilik radio. Kerjasama bersama MARTS satunya persatuan yang mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
Banyak aktiviti radio amatur oleh komuniti atau kelab dan persatuan mendapat sokongan yang padu dari Marts. Bilik Radio di kem Semenyih ini pasti dapat digunakan oleh komuniti radio selain aktiviti Jamboree di Udara setiap tahun.
Presiden Marts Ir. Mohd Aris Bernawi 9M2IR sangat aktif memberi galakkan dan sokongan sebarang aktiviti radio amatur di Malaysia.
Kelab Radio Amatur Negeri Sembilan (NESRAC) juga aktif memberi bantuan radio komunikasi pada aktiviti di Negeri Sembilan.
Contohnya program Ekspedisi Menuju Puncak di Gunung Angsi sempena Hari Kebangsaan 2017.
Nesrac mempunyai lima komuniti radio yang aktif dalam membantu melancarkan segala program yang dirancang.
Presiden Nesrac Datuk Helmy Jaafar 9W2GHJ juga ahli Majlis Pengakap Malaysia telah bekerjasama dengan Pengakap Negeri Sembilan membantu Kem Pengakap Bukit Putus.
Maka dengan itu, pasti setiap tahun Nesrac dapat membantu dalam aktiviti Jamboree di Udara. Kerjasama ini, menguntungkan kedua belah pihak bagi mempromosika radio amatur di Negeri Sembilan.



Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...