Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX

 Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen penerima AIS iaitu 9M2ZAK dan 9W2DCW.


credit 9M2ZAK

Stesen penerima AIS di Pontian adalah 9W2DCW lebih berdekatan laut berbanding 9M2ZAK di Kulai. AIS memantau pergerakan vesel boleh dipantau juga melalui laman sesawang APRS.FI

Kepad peminat aprs yang mencuba menjadi stesen penerima AIS bolehlah melawat laman sesawang Zak seperti pautan di bawah.

https://9m2zak.blogspot.com/2024/05/how-to-transfer-ais-signal-to-aprsfi.html

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

Radiosonde RS41-SGP T4040282 di Selat Melaka


 Ahad pagi semalam radiosonde RS41-SGP T4040282 telah muncul di Selat Melaka. Kemungkinan dilepaskan dari Lumut oleh pihak berkuasa keselamatan negara. Stesen radiosonde yang berjaya menjejak belon ini adalah 9W2XOR_BASE. Belon ini mencapai altitud ketinggian maksimum 34,640m. Isyarat terakhir adalah 14,346m. Koordinat 3.83135 darjah Utara dan 99.86711 darjah Timur.


Pagi semalam belon KLIA sebelah pagi turut jatuh ke darat. Altitud ketinggian terakhir adalah 137m sahaja. Manakala, ketinggian maksimum mencecah 29,470m. Koordinat 2.72515 darjah Utara dan 101.51102 darjah Timur.

credit 9W2MDZ

Pagi itu Zahrin 9W2MDZ telah melancarkanmisi pencarian belon KLIA tersebut secara solo.

credit 9W2MDZ

credit 9W2MDZ

credit 9W2MDZ


Belon KLIA malam itu juga telah jatuh ke darat. Peluang untuk mencarinya cerah memandang altitud ketinggian terakhir hanya 134m sahaja. Jatuh masih kawasan berdekatan dengan belon Klia pagi itu juga.

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...