Tahniah kepada calon yang lulus ujian CW

Tahniah kepada rakan-rakan ham yang lulus ujian CW yang diambil 17 Mac yang lalu di SKMM Cyberjaya.Seramai 51 calon yang mendaftar, hanya 40 orang calon yang hadir dan lulus hanyalah 16 orang. Salah seorangnya adalah 9w2ntt Halim dan 9w2yr Pak Yup. Maka panjanglah sayap mereka terbang lebih jauh lagi. Kepada 9w2jbi Abg Jamal tidak mengapa boleh cuba dan cuba lagi. Ikut azam Pak Yup yang mencuba sebanyak 5 kali, akhirnya berjaya juga. Saya mendoakan agar rakan ham terus cuba sehingga berjaya.9w2dya

Misi Perdana de' Everest 2011

Majlis Pra Pelancaran Misi Perdana de' Everest 2011 di Hotel Istana telah disempurnakan oleh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Seramai 7 pendaki telah dipilih untuk menyertai misi Perdana de' Everest 2011 melalui laluan Tibet. Misi ini akan diketuai oleh Presiden Persatuan Kembara Negara, Dato' Dr. Khalid Yunus (67) dan ikuti oleh Mohd. Illaham Ishak (36), Sharul Azuan Shahruddin (30), Zainul Fikri Mohd. Idris (31), Mohamad Shaheir Sabaruddin (27), Mohd. Dendera Billah Zamzuri (30) dan pendaki wanita tunggal iaitu Roslizawati Rashidi (27).

Le Tour de Langkawi 2010

Le Tour de Langkawi 2010

Kesempatan melihat peleton melalui dilokalan di Cheras Kajang highway ketika peringkat ke 6 dari Putrajaya ke Genting Highlands menunjukkan betapa hebat pelumba-pelumba basikal merebut kejuaraan. Selain pelumba basikal itu sendiri, dapat dilihat konvoi pasukan yang bertanding menggunakan jelopi buatan Malaysia.Tayangan ke pelusuk dunia secara tidak langsung mempromosikan Malaysia di mata dunia. Antara banyak jelopi itu,satu menjadi tarikan kerana ia memasang antena yang lebih tinggi untuk tujuan komunikasi. Cuba scan apa jalur yang digunakan oleh mereka tetapi tidak dapat ditemui.Sekadar melihat dari jauh kenderaan mpv itu yang sememangnya berfungsi sebagai perhubungan diantara mereka.Klik tajuk kedua diatas untuk melihat gambar-gambar menarik sekitar acara berlangsung.9w2dya.

Kelas RAE

Merujuk kepada notis terbaru SKMM, peperiksaan akan diadakan pada,

Tarikh: 14/4/2010
Masa: 2.00pm
Lokasi: Tengah & Utara.

Sehubungan dengan itu, Astra Wilayah Tengah akan menganjurkan Kelas Persediaan seperti di bawah:

(1) Kelas Pertama
Tarikh: 28/03/2010 (Ahad)
Masa: 9.00am - 5.00pm
Tempat: Pusat Pendidikan JAIS, Jln. Bukit Jati, Kg. Jawa, Klang.

(2) Kelas Kedua
Tarikh: 04/04/2010 (Ahad)
Masa: 9.00am - 5.00pm
Tempat: Pusat Pendidikan JAIS, Jln. Bukit Jati, Kg. Jawa, Klang.

Tenaga Pengajar: 9M2AGC & 9M2GTR
Bayaran: RM40.00*
Lain-lain: Nota & Alatulis disediakan.

*Bayaran minima dikenakan bagi mengisi tabung repeater 9M4RBC yang semakin kempis, bayaran dewan kuliah dan nota-nota.

Untuk keterangan lanjut atau tempahan dan bayaran, sila hubungi:

9W2MSG - Pak Suhaimi - 016-3064300 / 016-3859795
9W2AKY - Abang Zaki - 012-3353253

sekian terima kasih.

de 9w2msg.

"PERSAHABATAN MELALUI UDARA"

MARES
>>>ATTENTION TO ALL SWLs<<<
We are please to informed that MARES will be organizing a RAE preparation class. Please find the details below:
Class:
MARES RAE Preparation Class 2010-1
Date:
Saturday 13 - Sunday 14 Mac 2010 (2 days)
Time:
Registration: 8:00 AM (Saturday only)
Class: 8:30 AM till 5:30 PM (both days)
Venue:
Dewan Serbaguna Jabatan Perpaduan Daerah Petaling
Sayap A, Bangunan Persekutuan, Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Direction:
Please refer to the map for direction to Dewan Serbaguna Jabatan Perpaduan.
Fee :
MARES Members - RM80.00 (Inclusive of revision materials and tea breaks)
Non-Members - RM100.00 (Inclusive of revision materials and tea breaks)
Revision only - RM70.00 (Inclusive tea breaks)
Registration & Payment:
- Participation for the classes will be based on first come first serve basis. Class is limited to maximum 35 participants. Please register early.

- Participants are required to submit completed Class Registration Form and make full payment, NO LATER than the class registration deadline. Otherwise, participation to the class will not be confirmed.

- Class registration deadline is 12 Mac 2009.

- Payment can be made;

a) by cash payment to Abdul Mutalib 9M2SQL (017- 6391632) or

b) by cash deposit to Bank Islam account 14-041-01-005646-4 (Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia ). Please keep the proof-of-payment information (bank cash deposit slip).

- Class Registration Form can be submitted. a) direct to to Abdul Mutalib 9M2SQL (017- 6391632) or

b) Email to rae[at]mares.org.my, together with proof-of-payment information (scan/picture/details of bank cash deposit slip).

c) Fax to 03-7781 1859 (Attention To: Abdul Mutalib 9M2SQL), together with proof-of-payment information.
For further details, please contact the Education Bureau as follows:-
Abdul Mutalib 9M2SQL

Email: 9m2sql[at]mares.org.my

Cellphone: 017-6391632

Good luck to all candidates, from MARES.

73, de
9M2SQL

Gotong-royong V47 di rumah Pak Razif 9w2JQQ

Pada 28 haribulan Februari semalam diadakan aktiviti gotong-royong membuat antena yang diadakan dirumah Pak Razif di Taman Seri Indah, Balakong Cheras.Ramai rakan ham yang turut hadir untuk memberi sokongan dan mempelajari membuat antena dari Pak Razif yang berpengalaman membuat antena dari bahan kitar semula. Kreativiti dan berani membuat uji kaji dapat menghasilkan antena yang boleh berfungsi dengan baik. Antara rakan ham yang hadir ialah 9w2ntt,9w2tbc,9w2bjt,9w2wnn,9w2psu,9w2jbd,9w2zyl,9w2abs,9w2gfa,9w2bct,9w2uwr,9w2pdt,
9w2pga,9w2byy,swl Zamri,swl Amar,swl Jasrul sehingga 2 petang. Selepas itu saya pulang kerana ada tugasan. Ketika hendak pulang 9w2bct sibuk persiapan untuk dx. Sebelum itu 9w2pdt juga memasang antena dari jelopinya. Selain mempelajari membuat antena ada juga rakan berkesempatan memancing ikan baung di Sungai Langat.Banyak perkara dapat dipelajari dan perkongsian ilmu dan maklumat sesama rakan-rakan bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Pak Razif atas kesudian beliau mengadakan aktiviti ini bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman disamping dapat bertemu rakan-rakan yang sebelum ini hanya qso diudara sahaja. Tidak terlupa juga pada V47 yang mengadakan aktiviti ini bagi mengeratkan lgi hubungan sesama rakan komuniti.9w2dya

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...